Friday, June 3, 2011

kami pengkarya insani.


untuk pengkarya insani.

kita masih di sini ya?
alam yang kian larut hidup yang kian lama
siang dan malam, kita masih berdiri dipaksi bernama bumi.

kita menulis tentang jiwa dan rohani.
masih ada yang sinis menafsir penulisan kita.
pemimpin-pemimpin muda, pertubuhan-pertubuhan nasionalis, itu mereka.
kita tidak ada nama.
picisan hidup itu sebahagian jawatan kita.
bukan kita mahu jadi pencacai, atau anjing-anjing yang menyalak kelaparan.
kita berdiri dipentas tersendiri.
di lorong jalanan, di tepi-tepi insan seni yang berjiwa insani.
kita bukan cabuk kita professional.
tetapi berjiwa sosialis.

cuba teruskan.
kita tidak sokong apa itu parti PAS, tidak jua DAP
jauh sekali KeAdilan.
pentas kita, pentas rohani juga kejiwaan.
kita meratap dan berkarya bersama.
menulis tentang lopongnya pemerintah kedua belah; pembangkang juga kerajaan.
menulis tentang runtuhnya institusi keluarga, perilaku sebagai akhlak.
rohani juga ketuhanan; meski agama kita jauh berbeza.

kita tidak dipandang kerana tidak kenal mana Datuk atau Datuk Seri.
kita tidak berlindung dibawah mereka.
lembayung kita luas, KASIH ILLAHI.

jangan takut.kita menulis kerana jiwa.
rohani kita yang perlu dibetulkan demi agama yang tidak setakat tertulis pada identiti kertas itu.
biar kita meratap di jalanan dunia.
jangan kita mendabik kerana nama-nama  VIP yang kita kenal kerana rupa.
sabar kawan, kita indie.
terus tersenyum untuk karya yang mungkin membersih hati mereka.



p/s:
"orang yang berjiwa sosialis tidak perlu berada dilandasan parti yang berjiwa kapitalis.kamu hanya memakan permainan mereka. maka kamu akan diangkat sebagai penderhaka" bisik sang VIP bergelar Datuk Seri.

aku dan kawan-kawan cuma tersenyum sinis kerana kami pengkarya berjiwa sosialis!

KUALA LUMPUR,
JUN 2011.

No comments: