Sunday, May 29, 2011

allah tak bagi pahala untuk mencarot.

gua tak nak buat entri sedih.
tapi tak tau la.
it's about feeling right now.

gua nak halau feeling ni jauh-jauh.
tapi gua manusia biasa.kalau selalu happy memang celaka jugak.
hidup tak thrill.
nak thrill mesti ada turun naik.suka duka, gelak ketawa kan?

yang buat gua sedih ni banyak.
da lama gua pendam.
tapi banyak menekan kebelakangan ni.

kawan-kawan,
dulunya banyak yang riang menyapa. kini hilang.
lantaran vocal gua yang lantang menyatakan suara kebebasan + ketidakadilan
baik berkenaan institusi pengajian dan jugak keadaan semasa.
"baik tutup mulut" katanya.
gua jawap "agaknya ni la tanda-tanda kecil kiamat yang allah nak tunjuk terang-terangan kat gua= menyembunyikan kebenaran."


keluarga.
gua tau, banyak janji yang tak tertunai.
gua manusia biasa. gua tak minta sanjungan.
jauh sekali junjungan sebagai emas dalam keluarga.
gua mengangkat diri sendiri dalam stage tersendiri.
pangkat professional gua langsung taknak bawak dalam institusi kekeluargaan.
gua belum berjaya. jadi, jangan angkat + beri harapan yang tinggi sangat.
gua gayat, takut terjatuh.
jatuh bangunan boleh claim PERKESO, jatuh dalam hidup ni memang payah nak bangkit balik.
tolong. dalam hidup gua, da banyak jaga hati manusia sekeliling.
yang sedih gua gembirakan.
yang serius-serius, gua kasi lawak free.
sampai benda serius yang gua bahaskan dianggap satu gurauan.
tolong, fahami gua.

gua tak suka ketegangan.
kalau situasi tegang, gua suka mencarut.
mencarut tu dosa, Allah tak bagi pahala.

untuk sahabat-sahabat yang diam menyepi, gua doakan kejayaan kalian.jangan tulis gua riak, jangan cakap gua angkuh.kalau dulu gua berkongsi rezeki sekarang masih sama.mungkin ada kurang sikit.gua tanggung bukan satu mulut.banyak mulut gua nak suap. terima kasih Allah yang bagi rezeki untuk gua.

untuk keluarga gua, terima kasih gua ucapkan. tu je. 

No comments: