yang lalu, aku bermonolog memberi ingatan dan penghargaan kepada kalian.
kali ini, sedikit kelainan. ingatan yang disebut sebagai dialog memori kalian.
pesanan, amanat dan teguran yang membina aku sebagai manusia terdidik di masa sekarang.
yang aku coretkan ini, mungkin ada yang menyakitkan.
mungkin memberi malu. mungkin juga terinspirasi.
dan kerana itu semua aku gagah berdiri.
sama seperti anak didikan mu yang lain.
untuk guru-guruku, (guru matapelajaran, guru kelas, guru IPT, guru pekerjaan, guru kehidupan)
begitu pun dahsyat kamu semua, betapa hardcore kalian beraksi, anda tetap GURU.
SELAMAT HARI GURU.
INGATAN 1.
sempena hari guru ni,gua teringat kat sorang cikgu english yg true hardcore, punitha malar a/p murugesu.
p/s:
kalau
dia still jadik guru or still dengan sikap hardcore,gua ingat dia guru yang
akan kutip saman terbanyak dari ibu bapa pelajar.dia punya ganas, memang azab!
PENDAPAT.
kalau
dah murid sekolah rendah pun dah 'Kerja Berat Sampai Rebah' apa lagi
guru-guru kan? Selamat Hari Guru kepada semua guru ku yg menjadikan aku
manusia harinie.
p/s:
guru cuma menjadi simbol 'belasahan' ibubapa pada zaman sekarang, haih!
TABIAT BELAJAR.
"some people talk in their sleep. but, lecturers/teachers talk while other people sleep" ;D
SELAMAT HARI GURU.
INGATAN 2.
"sebagai ketua, awak kena berubah.kalau tak berubah sape yang nak ikut cakap awak"
kata puan hamidah, lecturer maths gua kat kolej dulu.
p/s:
itu
lah guru, bukan setakat beri nasihat dlm ilmu yg diorang pakar, tetapi
memberi nasihat dalam ilmu kehidupan. aku akan menulis tentang guru ku
sepanjang bulan ini sebagai penghargaan untuk mereka.
INGATAN 3.
"awak
try apply bidang lain, jangan putus asa.mungkin bkn rezeki awak, tapi ingat
pendidikan tu penting" tu nasihat cikgu sahar, pengetua at SMK Lajau
ketika aku frust tak dpt masuk UPNM.
p/s:
dia bukan setakat seorg pengetua, tetapi penasihat, penggalak dan pendorong. terima kasih cikgu!
INGATAN 4.
"well done, keep it up!" -kad penghargaan Mdm. Azimah ketika kami kali pertama menyertai English Drama year 2003.
p/s:
kad tu masih disimpan. ;p
INGATAN 5.
"awak
semua nak kerja apa nanti kalau SPM pun gagal?berapa kerat sangat off shore
company nak ambil bekerja klu takdak kelulusan. ke awak semua suka jadi kuli, org lain jadi org besar?" - Cikgu Zaky Safian Suri.
p/s:
kata-kata ni tersimpan dalam kotak memori. cikgu zaky kini mengajar di G.Musang, Kelantan. Selamat Hari Guru untuk mu pendidik! ;p
INGATAN 6.
sempena
hari guru ni jugak, aku teringat lecturer english masa kat sabah branch
dulu.madam judith namanya.yang true pasal beliau ni:selalu lupa waktu
kelas.tapi, dia confident mengajar dengan ambil waktu subjek lain.
p/s:
kongsi pengalaman.apa pun, dia tetap seorang guru. happy teacher's day, madam. ;p
INGATAN 7.
selain
daripada punitha malar a/p murugesu ada lagi sorang pendidik gua kat sek.
rendah, seorang ustaz yang memang true hardcore, ust. shukri namanya asal
kelantan.
p/s:
sapa yang penah kena tumbuk kat dahi lepas tu
memang taubat dah nak escape class! gua dapat pakej: tumbukan di dahi +
sepakan di punggung. dia punya azab, nauzubillahhh...!!! keh keh keh! kat
mana la ustaz shukri ni mengajar skrg... ;p
No comments:
Post a Comment