- Sekali lagi, bilamana manusia dihamparkan dengan segunung emas, nescaya mereka takkan cukup dengan segunung emas itu.
- Sedari kecil, aku perasan hidup hanya indah tetapi tidak mencabar bilamana kita hanya mampu membina mimpi tanpa berusaha. Tak kira jalan mana yang kau pilih untuk meneruskan kehidupan bagi aku tak penting, asalkan BERUSAHA dan lalui JALAN HALAL.
- Tak perlu kau "tikam" orang lain untuk kelihatan hebat dan sama tinggi dengan manusia moden. Nampak seperti berkebolehan, tapi jangan sesekali kau lupa hukum Tuhan.Yang kau pegang sekarang hanya undang-undang hutan.Entah dari "rimba" mana kau belajar.
- Dalam hidup ni, langkah panjang atau pendek perjalanan hidup boleh kau lihat perbezaannya sesama manusia. Kau perhatikan dari cara ia berfikir, kalau pendek; tingkahnya gopoh dan rakus. Kalau langkahnya sudah panjang, dari jauh sudah kelihatan bodohnya. Tak perlu kata apa-apa.
- Wahai manusia yang rata-rata bergelar HAMBA. Usah angkuh, usah bongkak. Sehebat mana kedudukan, secanggih mana kau rancangkan, jangan kau 'langgar' apa itu QADA' DAN QADAR'. Jangan kufur pada nikmat. Jangan kau menyesal pada bala atau nestapa yang menimpa. Apa sebagai MANUSIA kau lupa siapa "Tuan Empunya"?!
- Untuk hidup yang lebih mendepan, jangan kau harapkan kesenangan. Mana ada emas datang di longgok semudah kau melafaz kata. Ulul Azmi, Nabi-Nabi yang bersifat maksum pun Allah beri ujian. Kau manusia, darjat apa yang kita ada? Maksum jauh sekali!
- Kau tahu, dalam hidup, aku pegang prinsip "ilmu harus dilawan dengan ilmu", biar sama bisa dan sengatnya. Tapi untuk KEBODOHAN, aku perlu berbuat bodoh juga. Buat-buat tak nampak pun tak apa. Kerana, seperti kata Imam Syafie, "...kerana orang bodoh itu tidak memahami landasan ilmu". Nah, kau nampak kan? Kata-kata yang bersahaja.
- USAHA, USAHA, USAHA, dan USAHA.Kalau kau tak mampu berlari mendaki tangga, naik LIFT pun tak apa. Dunia sudah maju. Dengan mendaki tangga, peluh yang menitik itu lebih dihargai.Dari semudah kau menaiki LIFT; masuk-tekan-tekan lagi-buka-sampai! Mana ada 'peluh usaha'!
- Kalian faham kan? Bahasa yang aku guna ini bukan bahasa tinggi. Aku mana reti 'berbunga-bunga'. Jauh sekali "berbahasa dalam". Aku guna bahasa seharian warga Malaysia.
- Nah, ini kesan duniawi. Bilamana kita terbiasa dengan materialistik yang menjadi 'lipstik' selamanya yang kau kejar hanya duniawi. Kita harus faham dan belajar "perumpamaan" ini. Aku katakan 'perumpamaan' kerananya labelnya ada ILMU KEHIDUPAN juga aku namakan Penyampaian 10 Perkara.
- Penyampaian 10 Perkara ni satu resolusi diri. Aku harap kalian kongsikan dan kita sama-sama bermotivasi!
Tuesday, July 5, 2011
sama-sama bermotivasi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment