Tuesday, September 27, 2011
Thursday, September 22, 2011
Catatan Gampang
gua bagi baik punya ayat.
sekarang gua boleh campak semua prinsip
kepercayaan demi kepercayaan dipijak dek kegampangan kapitalis!
dedikasi gua, lu boleh campak tepi!
lu kaya gua miskin.
cuma pengalaman dan kebolehan yang gua ada.
apa lagi yang tinggal kalau semua lebur?
prinsip win-win situation di landa kesialan.
adat ber-kapitalis, yang kecil kau pijak; begitu mudah kan?
ayat-ayat operation nak lembutkan hati
nak senangkan hati
mahu beri tenang hati
kirim salam sama itu!
p/s:
ni Catatan Gampang gua.
sekarang gua boleh campak semua prinsip
kepercayaan demi kepercayaan dipijak dek kegampangan kapitalis!
dedikasi gua, lu boleh campak tepi!
lu kaya gua miskin.
cuma pengalaman dan kebolehan yang gua ada.
apa lagi yang tinggal kalau semua lebur?
prinsip win-win situation di landa kesialan.
adat ber-kapitalis, yang kecil kau pijak; begitu mudah kan?
ayat-ayat operation nak lembutkan hati
nak senangkan hati
mahu beri tenang hati
kirim salam sama itu!
p/s:
ni Catatan Gampang gua.
Sunday, September 11, 2011
bermulanya penulisan jiwa manusia.
Bismillahhirrahmannirahim,
Dengan nama Allah, aku mulakan penulisan panjang ini.
Otak aku agak beku kebelakangan ni, biasalah bila dah masuk alam pekerjaan. Secara langsung, aku lebih suka bersosial secara sendirian. Menemani hati, katanya. keh keh keh!
Banyak benda sebenarnya aku nak tulis. Tapi semuanya tentang persoalan kehidupan, atas label manusia bergelar hamba. Mana orang nak baca kan? Lain cerita kalau aku tulis tentang ke Melayuan, politik kepartian, peribadi lawan politik; sumpah naik hits blog ni. HAHAHA! Ok, kang kena condemn pulak.
Ini hidup kita.
"Kubur masing-masing" adalah pernyataan umum yang sebenarnya mengabaikan tanggungjawab sosial sebagai seorang manusia yang menolak konsep "watawasaubil haq!". Makin lama, aku rasa macam sendirian bila manusia sekeliling hidup dengan hal sendiri. Contoh kata, member kau ajak lepak; bila jumpa dia layan BBM ko layan WiFi. Itu contoh anti-social paling gampang pernah aku dan kita semua buat, lihat dan tonton. Kita nampak kemungkaran orang lain kita aibkan tapi tak bagi nasihat dengan alasan "kubur masing-masing". Paham kan maksud aku kat sini? Ini satu persoalan umum, bila kita hidup di kota metropolitan. Modenasasi yang membunuh kemanusiaan. Anak-anak kecil tak lagi bermain di lapangan luas. Kemahiran hidup mereka terhad, tak macam dulu-dulu; boleh main sorok-sorok, polis tangkap pencurik, konda-kondi, memancing dsb. Apa yang nyata, anak-anak sekarang lagi hebat 'berladang' di MukaBuku, 'berbisnes' di MukaBuku, 'lastik burung' di 'BurungMarah'! keh keh keh! Bukan maksudnya kita perlu menidakkan kemajuan, tapi biarlah berpada. Apa yang aku nampak, budak sekarang manja melampau. Kalau dulu macam tu punya perangai, memang hari-hari makin rotan!
Ini pekerjaan kita.
Setelah beberapa peristiwa yang aku sudah tempuh, sudah aku lalui dan aku depani; aku makin takut nak rapat dengan somebody yang berpangkat ataupun yang bawah sikit dari aku. Bila aku rapat dengan yang di atas, keluar ayat sebegini rupa "untong lar, banyak cable besar!" Cable bapak kau! Apa yang aku dapat, atau aku kejar atas usaha sendiri dan bantuan orang biasa. Bukan ada cable. Tak boleh ke bila tengok kejayaan orang lain ko support dengan ayat perangsang? Bukan rugi pun. Ni satu peel orang kita yang paling aku tak suka. Jadah apa cable-cable ni! Macam tu jugak bila aku rapat dengan orang yang bawah sikit dari aku. Confirm keluar ayat "untong la, rapat ngan Zul; tak kena marah." Celaka, kalau dah bengap lembap memang aku sound la. Jadah apa kau kecoh kalau keja macam siot. Siput pun lagi maju dari ko; tau tak? keh keh keh! Ini masalah mentaliti sebenarnya. Tentang kematangan korang berfikir. Tentang cara kita mengolah pemikiran supaya sama baris seperti professional lain. "Nak simpan bodoh tu memang tak salah, tapi sorok-sorok lah sikit kan?"
Ini penulisan jiwa manusia.
Ok, manusia. Aku manusia, kau pun manusia. Apa ada hal kan? keh keh keh!
Saturday, September 3, 2011
kalau ini satu dosa
kalau ini satu dosa
maka, aku harus terima.
perjuangan kau, perjuangan ku.
aku generasi pasca-merdeka
mencantum semua silangkata berhubung kalian adalah tokoh merdeka
kalau ini satu dosa mengangkat mereka
seperti mana kalian mengangkat diri sendiri
aku harus terima
aku faham sejarah perjuangan, sejarah yang kau cuma baca dari buku teks Tingkatan 4/5
aku tergelak gila-gila
kah kah kah
sama celaka perasaan hati bila ditipu sang pencinta.
kau?terus mendabik dada.
aku tak mengangkat Chin Peng.
aku cuma mengangkat Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Burhanuddin Al-Helmy, Wahi Anuar
aku angkat mereka ke satu 'stage' sama seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman
sama,tiada beza.
aku harap sejarah di tulis semula supaya perspektifnya lebih terbuka
maaf, aku bukan penjilat telor atasan
bukan pencacai politik.
aku memerhati, mengkaji dan analisis.
tolong bersihkan jiwa kami sebagai anak merdeka
apa kau takut 'title' pejuang itu diambilalih?
kalau ini kau anggap satu dosa, aku terima.
Subscribe to:
Posts (Atom)