gelanggang bacul
tak menang tapi bersorak
tak sedar maruah hilang tergadai.
gelanggang bacul
patutnya satu lawan satu
nak menang panggil datang bawak kaum
biar kalah maruah janji menang dalam kaum.
hati mati, kelu dalam gelanggang bacul.
cakap belakang tak teragak.
cakap depan tergagap tak terucap.
gelanggang bacul
takkan bubar.
duduk dalam kaum
rehat dengan kaum.
santai dengan kaum.
ptuih!
tak cukup putus urat, air ludah bersepah-sepah!
perihal manusia.
Wednesday, December 26, 2012
Monday, December 17, 2012
untuk siapa?
Selalu sangat kita dengar dan kita ucapkan, "ingat sikit orang belakang" atau paling tidak kita ucap; "ingat sikit masa belakang". Selalu dan kerap.
Entah untuk memotivasi atau sekadar kata-kata pemanis bicara. Dan, tanpa sedar bila kita kita tersedar dengan situasi; itu sebenarnya kita memasuki satu ruang bernama kedewasaan. At the same time, ianya sedikit sebanyak mengingatkan tentang masa-masa pada saat kita dalam keadaan rabak, selekeh, tidak terurus.
Helaian-helaian kehidupan yang satu ketika dulu kita tangiskan kerana kehilangan, Allahuakbar kembalikan. Kegembiraan. Tapi, jarang kita bersyukur. Pencerahannya, kita kembali kenal diri, kenal kepada Tuhan. Kembali kepada fitrah manusia. Itu, satu turning point yang bila tiba masanya; kita kembalikan diri pada jalan keTuhanan.
Pada masa ni, kita masih sibuk selongkar masa depan. Kita cakar, kita sepak, kita terjah halangan yang entah apa-apa. Pendek kata, lu redah ikut suka. Nak hidup brader!
Tapi, hari ini aku sendiri tak berapa yakin sangat nak buat serupa macam masa belakang dulu. Jauh sekali nak ingat atau ambil peduli pada orang-orang belakang. Cerita dulu-dulu. Dah malas nak ambil kisah. Dah hidup dalam dunia baru, cerita-cerita masa belakang ni kalau boleh patut tutup serapat-rapatnya. Aku nak tutup dan kunci dalam satu ruang infiniti. Satu ruang, yang biar masa saja yang bercerita tentang kisahnya.
Aku sendiri sebenarnya dah rasa lain. Aku dah jarang ber-sarka. Jarang sangat. Ini ketenangan bila aku kembalikan diri kepada kota kelahiran. Allahurrabi. Dengan tanggungjawab kerjaya dan keluarga, aku rasa; aku dah perlu tinggalkan sedikit keseronokan usia muda. Be matured. Kata-kata, "you still younger" ni aku dah lupa. Sebab, tak ramai tahu sepak terajang yang pernah aku rasa. Ya, dalam usia yang masih muda ni.
Mungkin, aku patut buku kan cerita ni. Mungkin. Dan, entri ni aku tak tau nak tuju pada siapa. fuhh.....
gua dah rilek-rilek.
Thursday, December 13, 2012
selamat malam sayang
selamat malam sayang,
ini orang gila kesayangan kamu mahu berimaginasi
bukan khayalan masa lalu.
selamat malam sayang,
ini arjuna mimpi realiti kamu mahu bersama
puitis tinggi bahasa cinta.
selamat malam sayang,
maafkan jika pembaringan kamu terganggu.
maafkan jika gurauan kebelakangan, kamu terasa hati.
maafkan jika kekasaran berlaku.
maaf, maaf dan maaf.
ini mimpi yang jadi realiti.
biar tiada lagi termimpi bidadari
kerna aku tahu, kamu sudah di sisi.
selamat malam sayang,
semoga esok pagi, dan selepasnya kamu jadi makmum yang paling sejati.
semoga esok pagi, dan selepasnya kamu jadi makmum yang paling sejati.
yang paling setia menanti dan menemani.
LabuanTheGreat,
Pulau Kelahiran.
Disember 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)