Thursday, December 13, 2012

selamat malam sayang

selamat malam sayang,
ini orang gila kesayangan kamu mahu berimaginasi
bukan khayalan masa lalu.

selamat malam sayang,
ini arjuna mimpi realiti kamu mahu bersama 
puitis tinggi bahasa cinta.

selamat malam sayang,
maafkan jika pembaringan kamu terganggu.
maafkan jika gurauan kebelakangan, kamu terasa hati.
maafkan jika kekasaran berlaku.

maaf, maaf dan maaf.

ini mimpi yang jadi realiti.
biar tiada lagi termimpi bidadari
kerna aku tahu, kamu sudah di sisi.

selamat malam sayang,
semoga esok pagi, dan selepasnya kamu jadi makmum yang paling sejati.

yang paling setia menanti dan menemani.


LabuanTheGreat,
Pulau Kelahiran.
Disember 2012.






No comments: