Tuesday, February 26, 2013

#BuatSehabisBaik

Sepanjang gua hidup selama hampir 24 tahun ni entah berapa juta kali gua kena pesan; "buat sehabis baik." Habis yang macamana? Baik yang macamana? Paling tidak, kalau tak kena gaya memang jadi "asal boleh" dan "asal siap"

Realiti.

Mak gua pesan, buat satu-satu benda ni kena bersungguh, jangan sekerat jalan. Orang tua-tua begitu lah. Pesannya berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang buruk; mungkin. Entahlah.

Orang bunuh diri pun punya pilihan untuk bunuh diri sehabis baik. Bunuh diri paling bergaya. Dan, kita yang biasa-biasa ni takkan nak buat benda biasa-biasa untuk kehidupan yang panjang ye dak? Betullah, dalam hidup nak senangkan orang lain bukan kerja mudah. Serius. Soalnya macam, kurus salah; gemuk pun salah. Jadi, kehidupan kita penuh serba salah, sebab nak puaskan orang sekeliling.

Yang penting, pilihan dekat kita. Bila kau usaha untuk satu-satu impian, kau pasti nak buat sehabis baik; paling smooth dan paling bergaya. Kau boleh jual segala ability yang kau ada, kemahiran yang kau ada. Jangan sampai jual maruah dah la. HAHAHA! Betul? Bak kata Zahiril Adzim, "kalau tak mampu 'kejar' impian, jalan pun boleh".


Yang ini, boleh 'jalan'dengan bergaya. heh.

Wednesday, February 20, 2013

Pangkal Rahim Industri Yang Bakal Aku Tinggalkan.

Lama aku termenung depan monitor ni sebelum aku mulakan penulisan. Aku duduk diam, rasa nak menulis tapi idea tak nak keluar. Jalang. Tak sundal langsung idea malam ni. 

Okey, first of all; akan bakal tinggalkan pangkal rahim yang aku dah duduk selama 11 tahun. Ini pedih. Seriously, pedih. Aku banyak rasa sepak terajang dari industri ni. Aku belajar bercakap, tatacara pengucapan khalayak dan perkhabaran dari industri ni sendiri. Caci maki pun aku belajar dari sini. Pengalaman terbaik datang dari jalanan mungkin perkhabaran yang paling layak. Paling layak untuk macai-macai kehidupan juga pelacur macam aku dan kau orang semua.

Aku banyak lacurkan masa muda aku dalam industri ni. Kerja keras, jual ability dan idea. Jual maruah je aku tak pernah buat sepanjang 11 tahun ni. Orang kata, dan tilikan-tilikan yang pernah aku cerita tahun lepas, ada 50% benarnya. Bukan nak percaya sangat, tapi benda tu buat aku teringat. heh.

Perpindahan ni mungkin ada baiknya. Mana tau dapat tutup sikit mulut petualang kehidupan. Yang hidupnya macam parasit, sentiasa mahu fikir kesenangan diri sendiri. Dan, semoga kerja-kerja kehidupan aku tak dijahanamkan dengan perangai celaka industri. KetentuanNYA, inshaALLAH.

Oh ya, aku tak sabar nak tunggu 21st February. Cuti panjang oi! ASSALAMUALAIKUM dunia!

Wednesday, February 13, 2013

Jika Esok Saya Pergi....

Jika esok saya pergi,
awak dah tak susah nak kejutkan untuk solat Subuh.

Jika esok saya pergi,
awak dah tak tergeliat nak pujuk-pujuk kalau saya masih merajuk.

Jika esok saya pergi,
awak dah tak perlu kusut kalau saya asyik marah-marah.

Jika esok saya pergi,
awak kena cari pengganti. tak hensem macam saya pun tak apa.
saya nak dia sayang awak sama macam  saya sayang awak.

Jika esok saya pergi,
tolong jaga bunga terakhir ni elok-elok.

Jika esok saya pergi,
awak kena kuat. jangan nangis.
masa tu saya dah tak ada nak kesat air dekat mata awak.

Jika esok saya pergi,
didik anak dengan peribadi yang elok. ajar dia doa sama untuk saya.


Jika esok saya pergi,
saya nak awak tau jika Allah izin saya masuk syurga 
saya akan bawa awak, pimpin tangan awak dan kita jalan masuk Jannah sama-sama.
heh.


Friday, February 8, 2013

#BabiDalamIndustri

bukan fed up dengan industri
tapi perangai babi pemain industri buat jadi bosan.

kau boleh pijak, kau boleh caci
sampai orang bawah rasa terpuruk, rasa kena benci.
lantas dia angkat kaki.

satu orang bawa pergi hati
mungkin kau dah boleh senang hati
mungkin sangat kau bangga buat perangai babi.

bawahan bukan anjing.


cerita pasal babi dalam industri bukan sekali dua aku hadap. telan je nasib, telan satu-satu.

Tuesday, February 5, 2013

#BukanJalanPilihan II


Suasana malam ni, bagi gua satu mood untuk menulis. Idea tak penuh, tapi persoalan datang mencurah-curah. Macam angin, datang dan pergi. Entah siapa tiup perasaan, gua sendiri tak pasti. 

Mungkin ilham dari Tuhan. Dia bagi izin untuk gua pinjam rasa ini, mungkin.



Sempena pertukaran gua ke department satu lagi sikit masa lagi, yang mana bakal melengkapkan kitaran gua sebagai seorang hotelier; meski pada awalnya gua berkeras untuk meletak jawatan - kembali ke Kota Lumpur. Tetapi dengan restu dan peluang oleh Tuan Jeneral Besar Hotel maka gua akan terus berkhidmat di tanah kelahiran ini. Ini ruang yang perlu gua terokai.

Iyalah, kadang-kadang ruang yang terbuka luas depan mata; sebagai manusia yang biasa-biasa selalu jugak kita terlepas pandang. Memang benar, hidup ada dua pilihan YA dan TIDAK. Dan, sebab dua pilihan ini lah gua sukar buat keputusan. Untuk kali ini, memang gua serah bulat-bulat dekat Tuhan. Semoga Dia permudahkan segala urusan hidup dan akhirat gua.

Entah apa rasanya meninggalkan bidang yang sudah 11 tahun gua berkecimpung dengannya. Entah lah. Yang pasti, ini bukan jalan pilihan. Ini takdir bahagian gua. Bahagian masing-masing, Tuhan empunya cerita. Hidup mesti selamba. Rezeki Tuhan bagi, kena percaya.

Proses kehidupan, macam tu lah lagaknya. Tak boleh tidak, kena terima bulat-bulat. Pahit, masam, manis, masin telan je bulat-bulat. Kental tak kental belakang punya cerita. Perangai kejam, dia akan tumbang dengan keikhlasan juga kesungguhan kerja lu sendiri.

Kata orang? Gua dah lali. Letak dekat belakang. Sampai masa, dia sendiri bosan. Kerja sekarang, kena selalu pandang ke hadapan. Peranan-peranan hidup, tanggungjawab juga masa depan. Halangan dan dugaan ni sentiasa datang; baik dari depan mahu pun belakang. Lu rilek je, senyum dan diam. Tak tiris mana pun perasaan. Tuhan ada, Dia Allahuakbar.

Kita patut fikir "kita" dan "orang-orang yang kita suka", tu je. Chill lah oi!

Friday, February 1, 2013

#BR1M, Korupsi, Keadilan dan Prinsipnya.



Beberapa hari lepas, gua steady bersembang dengan boss gua. Inipati yang menyentuh hal-hal BR1M, Korupsi, Keadilan dan prinsip asasnya.

Bos : "you tak apply ke BR1M yang RM250 tu?"

Gua : "tak."

Bos : "mesti you claim part smartphone tu kan? boleh beli phone baru la ni you, rashid."

Gua : "pun, I tak claim boss."

Bos : "eh, pelik betul you ni. orang lain duk berebut claim itu, ini. you pulak taknak. alah, undi tu soal ke dua lah, orang bagi amek je la."

Tegas betul boss gua tentang perihal macam tu.

Gua tenang, dalam hembusan nafas padu gua susun ayat perlahan-lahan,
"I ada prinsip, boss. Bukan nak menidakkan hal-hal welfare yang government provide, tapi tu lah; prinsip I bukan untuk I ludah then jilat balik. Benda yang I tolak, totally I tolak. Lain lah, kalau diorang provide welfare yang menyeluruh dalam jangkamasa panjang; provide insuran bertakaful contohnya. I buat analogi macamni, kalau pemancing jangan bagi dia joran untuk dia teruskan hidup, sebab dia akan jual joran tu dengan harga tinggi, bagi dia kail dan umpan supaya dia boleh berdikari. Bagi duit supaya rakyat belanjakan balik? Dari segi ekonomi, itu perancangan paling teliti untuk ranapkan sesebuah organisasi."


Boss gua terus pura-pura busy.