Tuesday, February 5, 2013

#BukanJalanPilihan II


Suasana malam ni, bagi gua satu mood untuk menulis. Idea tak penuh, tapi persoalan datang mencurah-curah. Macam angin, datang dan pergi. Entah siapa tiup perasaan, gua sendiri tak pasti. 

Mungkin ilham dari Tuhan. Dia bagi izin untuk gua pinjam rasa ini, mungkin.



Sempena pertukaran gua ke department satu lagi sikit masa lagi, yang mana bakal melengkapkan kitaran gua sebagai seorang hotelier; meski pada awalnya gua berkeras untuk meletak jawatan - kembali ke Kota Lumpur. Tetapi dengan restu dan peluang oleh Tuan Jeneral Besar Hotel maka gua akan terus berkhidmat di tanah kelahiran ini. Ini ruang yang perlu gua terokai.

Iyalah, kadang-kadang ruang yang terbuka luas depan mata; sebagai manusia yang biasa-biasa selalu jugak kita terlepas pandang. Memang benar, hidup ada dua pilihan YA dan TIDAK. Dan, sebab dua pilihan ini lah gua sukar buat keputusan. Untuk kali ini, memang gua serah bulat-bulat dekat Tuhan. Semoga Dia permudahkan segala urusan hidup dan akhirat gua.

Entah apa rasanya meninggalkan bidang yang sudah 11 tahun gua berkecimpung dengannya. Entah lah. Yang pasti, ini bukan jalan pilihan. Ini takdir bahagian gua. Bahagian masing-masing, Tuhan empunya cerita. Hidup mesti selamba. Rezeki Tuhan bagi, kena percaya.

Proses kehidupan, macam tu lah lagaknya. Tak boleh tidak, kena terima bulat-bulat. Pahit, masam, manis, masin telan je bulat-bulat. Kental tak kental belakang punya cerita. Perangai kejam, dia akan tumbang dengan keikhlasan juga kesungguhan kerja lu sendiri.

Kata orang? Gua dah lali. Letak dekat belakang. Sampai masa, dia sendiri bosan. Kerja sekarang, kena selalu pandang ke hadapan. Peranan-peranan hidup, tanggungjawab juga masa depan. Halangan dan dugaan ni sentiasa datang; baik dari depan mahu pun belakang. Lu rilek je, senyum dan diam. Tak tiris mana pun perasaan. Tuhan ada, Dia Allahuakbar.

Kita patut fikir "kita" dan "orang-orang yang kita suka", tu je. Chill lah oi!

No comments: