“SUASANA I”
ku kira disini noda tidak menggila
di sini insan tidak mengganas haloba
memanah, menghirup segala kepuasan kesenangan
merangkak, memanjat, menjilat segala kemewahan.
Hikayat mencari ilmu ini masih aku teruskan. Ini, destinasi yang aku pilih untuk masa depan. Tak sangka, antara ramai mereka; aku je yang tercampak di sini. Kenapa? Kerana, aku yakin ada sesuatu yang terindah akan aku lakarkan… Meskipun masa masih akan menjadi penentu.
Begitupun, diri ini masih cuba mencelah dalam sinar masa depan yang masih terlalu jauh untuk aku jalani. Dalam situasi macam ni, kekuatan mental mempengaruhi pemikiran menjadi pemangkin kekuatan. Macam yang pernah aku tulis sebelum ni, “peluang datang tanpa henti, begitu juga dengan cabaran”. Dan, aku tahu apa yang aku mahukan. Keinginan datang dari dalam diri aku, hadir bersama dorongan mereka yang sekeliling aku.
Perjalanan ini… erm, sudah terlalu jauh aku “berjalan” rupanya… adunan masa lalu, mencambah keyakinan untuk aku meraih kejayaan meskipun bukan mencapai tahap maksima. Aku cuba menjadi se-realistik yang mungkin. Berharap, yang kegagalan lalu tidak akan mengongkong aku mencuba sesuatu yagn baru.
“SUASANA II”
apakah impian ku hanya bayangan
mengejar setiap lintasan
bertaburan dilanda taufan kepalsuan
yang terperangkap, terjerat
di antara cinta dan noda
di antara mulia dan durjana
mengadu tenaga menggadai sukma
untuk menampung hidup yang sementara
Harapan dan cita-cita…. Bukan semudah menciraknya di atas kertas putih dan menarik ramai khalayak untuk menatapnya. Pengorbanan, berkorban sudah cukup untuk melengkapkan sebuah cerita. Mungkin terpaksa melukakan hati-hati mereka yang berada di luar sana. Cukup sekali dengan leka… Seringkali aku cuba ikrarkan… hidup bukan seperti perahu. Andai terlajak boleh diundur semula. Hidup adalah ketetapan. Terlepas peluang bukan sesuatu yang baik untuk masa depan. Doakan aku agar merebut peluang yang ada didepan mata ini. Hikayat mencari ilmu ini takkan terhenti dijalanan ini, Insyaallah.
“HIDUP INI”
hidup ini sebuah cerita
hidup ini satu lakonan
mencari kepada kepastian
mengenal kepada kezahiran
berputarnya hidup ini bagai diadakan
pulangnya hidup ini andaikan keraguan.
*Sajak SUASANA I-II karya M.Kelana 12/1/1999
Kaki punya bicara:
disini,
hanya ada AKU
mungkin ada KAMU
mungkin bersama MEREKA
dan SEMUA.
1 comment:
salam mus,
kesilapan yang dilakukan mengejar kejayaan dan peluang memberi panduan untuk terus menghadapi cabaran...aku sendiri harap aku tak lemah hadapi kritikan dan kesilpan..
Post a Comment