Friday, December 31, 2010

FULL STOP. (again)

2010.
Disember, 10 entri penutup.

2010,
Disember, 10 hari bercuti dipenghujung.

2010,
Disember, 10berita gembira.

2010,
Tinggal cerita.


GOOD BYE!


Monday, December 27, 2010

aku mahu melacur.


malam ini aku mahu tidur dengan lena.
                  aku mahu mimpi indah.
                 aku mahu angkat semua masalah.
transfer ke fail pending.
aku tidak mahu fikirkannya buat sementara.

esok lusa, aku mahu melacur.
“jangan melacur jauh sangat, nanti aku susah nak cari kau.” pesan sahabat.
heh!
aku perlukan duit untuk kehidupan, jadi melacur itu tidak salah.
duit juga lambang kemodenan.

pulau kecil.
            mahu aku mimpikan kau?
janji kau hilangkan masalah ini.
janji kau tidak tamak, tidak lapar pada kekayaan.
oh, ya lupakan pangkat status kau.
jangan tiru kehidupan abang mu kuala lumpur.

sudah hujan.
mata aku masih terkebil.
dalam ruangan gelap, meraba supaya cepat kepenatan.
sial, gagal.


*kalau sudah tertidur, aku tidak lupa set otak supaya mimpikan indah.


p/s:
"Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci" - Fared Ayam





Saturday, December 25, 2010

2010 ke 2011.-tiada harapan padu.

Salam.

Natal cuma hari. Aku sedang bercuti, menghabiskan sisa-sisa 365hari 2010. Beristerirehat bersama sahabat-sahabat amat menyeronokkan dari bercuti sendirian. Apa impian 2010? Sudah dicapai, atau sudah lerai lantaran terlalu banyak aku kejar?Kejar-digenggaman- terlerai. 3 words that you can describes what happen to my life. The things that get into my life, aku seronok. Berdepan masalah, mencari penyelesaian, merombak kehidupan. heh!







Ada yang tanya, camane 2011? Aku ada banyak perancangan 2011. Nak listed 1 by 1 memang letih. Entah terkejar atau tidak. Tapi, setidak-tidaknya aku sudah sedia berAKSI ke arah itu. AKSI apa? Tunggu je la. Aku malas nak tulis dulu, tak surprise la kan? hehehe..... AKSI 2010 sudah aku tutup, sedikit awal dari sekalian korang. 6hari mendatang aku cuma mahu berehat. Penat dengan AKSI 2010. Aku sedang menanti/merancang AKSI 2011.








Ada AKSI sahabat-sahabat yang buat aku terINSPIRASI, ada yang buat terKESIMA,terKELU. Antara percaya atau tidak.

Oh, ya Natal. Selamat Hari Natal ya! Happy New Year!


p/s:
jangan ada yang "tercuti 3bulan" kerana Tahun Baru!



penutup AKSI 2010!

Thursday, December 23, 2010

2011 ongoing.


1. Blog tukar wajah.
2. Menjadi penunggu email. sudah dapat feedback alhamdullillah bakal berAKSI 2011.
3. Fcuked up bila berurusan dengan MARA. macam main tarik tali.
4. Somebody tolong aku camana nak letak button like(Facebook) kat blog.

Tuesday, December 21, 2010

Khayalan.


aku membayang berucap di khalayak ramai.
tepukan, tepukan!
aku dihormati.

karpet-karpet merah menjadi jalanan.
makanan-makanan mewah menjadi suapan.
hari-hari ku disinar kilauan cahaya kamera.
figura kehidupan yang sibuk.

isteri ku aktif. dimedan kesukarelawan, bantuan-bantuan semuanya memerlukan publisiti kami.
di dada akhbar, keratan wajah ku. di dada media, akulah empayar kuasa.

aku bercakap pasal melayu.
aku bercakap pasal ketuanan. aku bercakap pasal kesamarataan.
menteri-menteri takut kepada ku. aku sumber kekayaan mereka.
siapa melawan, tunggu masa untuk aku aturkan "kuasa" mereka.

oh, ya aku PRESIDEN UMNO.
aku PERDANA MENTERI.





p/s:
khayalan.
PM Najib- ini PM aku.

Saturday, December 18, 2010

Mati.

Tidak ada idea.
Tolong bagi idea sikit.
Mati. Beku. Kaku.

Macam-macam.
Cuba kejar hidup. Mati, bila ada yang rakus.
Mati...
  Mati...







 

Sunday, December 12, 2010

Wednesday, December 8, 2010

Masih Ada Sayang.FULL STOP.


Aku tak pasti resah apa lagi yang aku lalui sekarang. Bila aku belek-belek Fbook, terbaca profile (status) ex-girlfriend aku; khabarnya akan bertunang hujung minggu ni. Aku rasa semacam. Something like…ish, korang paham sendiri la! Mungkin aku tak patut berperasaan macamtu, sebab dia pun berhak untuk bahagia kan?

Sebagai manusia biasa, aku tak dapat lari dari perasaan masa lalu. Aku pernah bersamanya, dan lalui kegembiraan, kekecewaan, kesedihan dan macam-macam sepanjang perkenalan kami. Sepanjang aku hidup dari perkenalan kami sampailah sekarang ni, aku mungkin tipu dan berlakon dengan hubungan istimewa macamtu. Perasaan yang bukan perasaan. Sebab mahu dilihat macam Casanova, tak lebih macam siot plak kan Casanova ni? heh!

Dia duduk nun jauh di Kedah sana. Seingat aku, surat terakhir yang aku dapat dari dia ni, Mac 2009 lalu. Siap kirim dari kedah-labuan-kota bharu! amek ko, jauh berjalan cinta ni! And, surat terakhir tu pun mungkin dah berkubur/hanyut bersama banjir di kota bharu. Maybe kot? Masa tu, prinsip aku macam ni; “mana-mana tempat yang aku pegi mesti ada sorang awek(more than one maybe) untuk dijadikan kenangan”. Macam siot kan aku dulu-dulu? heh!

Sampai la saat ni, baru aku pikir da berapa ramai perempuan yang aku da tipu. Aku cakap dengan jujur, aku menyesal. Tapi aku masih bersyukur sebab sempat ditemukan dengan wanita-wanita yang betul-betul paham aku. Macam aku miliki sekarang. Dan, dalam sibuk berpasangan dah banyak jenis perempuan yang jumpa. Yang kaki kikis, kaki duit, kaki jantan. Pendek kata, macam-macam la! Dalam hal ni, aku tak salahkan perempuan. It’s about me.

Sekarang, aku dah tamatkan semua cerita tu. But, a bit of that feeling still ada dalam diri aku. Masa senggang aku always remind me about my past life. Apapun, masing-masing berhak untuk bahagia kan? Sebab, kalau cinta sudah hilang jangan korang harap keadilan akan datang!


p/s:
kalaulah buku kehidupan dapat ditukar….(semua tu cuma kalau…) oh, ya cikgu-cikgu aku tak penah ajar what’s love really is. so, can somebody tell me? XD

Monday, December 6, 2010

ingin ku kirim bunga yang layu,bimbang hati mu terluka. ingin ku cipta puisi cinta,takut dikata kasanova. ingin aku teruskan perhubungan,ada ahli yang masih melarang. lantas,hati cuma tertanya meninggal satu persoalan bersama "keINGINan" p/s: update guna enset.salam maal hijrah.

Wednesday, December 1, 2010


“…..cintailah aku sepenuh hati, sesungguhnya aku tak ingin kau pergi. takkan mampu ku hadapi dunia ini…”

-Cintai Aku Sepenuh Hati oleh Ari Lasso-


p/s:
sesungguhnya aku tiada apa-apa. aku cuma ada kamu.