Wednesday, December 8, 2010

Masih Ada Sayang.FULL STOP.


Aku tak pasti resah apa lagi yang aku lalui sekarang. Bila aku belek-belek Fbook, terbaca profile (status) ex-girlfriend aku; khabarnya akan bertunang hujung minggu ni. Aku rasa semacam. Something like…ish, korang paham sendiri la! Mungkin aku tak patut berperasaan macamtu, sebab dia pun berhak untuk bahagia kan?

Sebagai manusia biasa, aku tak dapat lari dari perasaan masa lalu. Aku pernah bersamanya, dan lalui kegembiraan, kekecewaan, kesedihan dan macam-macam sepanjang perkenalan kami. Sepanjang aku hidup dari perkenalan kami sampailah sekarang ni, aku mungkin tipu dan berlakon dengan hubungan istimewa macamtu. Perasaan yang bukan perasaan. Sebab mahu dilihat macam Casanova, tak lebih macam siot plak kan Casanova ni? heh!

Dia duduk nun jauh di Kedah sana. Seingat aku, surat terakhir yang aku dapat dari dia ni, Mac 2009 lalu. Siap kirim dari kedah-labuan-kota bharu! amek ko, jauh berjalan cinta ni! And, surat terakhir tu pun mungkin dah berkubur/hanyut bersama banjir di kota bharu. Maybe kot? Masa tu, prinsip aku macam ni; “mana-mana tempat yang aku pegi mesti ada sorang awek(more than one maybe) untuk dijadikan kenangan”. Macam siot kan aku dulu-dulu? heh!

Sampai la saat ni, baru aku pikir da berapa ramai perempuan yang aku da tipu. Aku cakap dengan jujur, aku menyesal. Tapi aku masih bersyukur sebab sempat ditemukan dengan wanita-wanita yang betul-betul paham aku. Macam aku miliki sekarang. Dan, dalam sibuk berpasangan dah banyak jenis perempuan yang jumpa. Yang kaki kikis, kaki duit, kaki jantan. Pendek kata, macam-macam la! Dalam hal ni, aku tak salahkan perempuan. It’s about me.

Sekarang, aku dah tamatkan semua cerita tu. But, a bit of that feeling still ada dalam diri aku. Masa senggang aku always remind me about my past life. Apapun, masing-masing berhak untuk bahagia kan? Sebab, kalau cinta sudah hilang jangan korang harap keadilan akan datang!


p/s:
kalaulah buku kehidupan dapat ditukar….(semua tu cuma kalau…) oh, ya cikgu-cikgu aku tak penah ajar what’s love really is. so, can somebody tell me? XD

2 comments:

Zurina J. said...

Masa senggangku, aku selalu terfikir tntg msa laluku..kdg aku myesal.

tp...
aku tau Dia lg tau.

yeeppi!

Al-Rashid Zulkefli said...

yep...! XD