Tuesday, February 24, 2009

Salah Siapa??? Dari PRU 2008 Ke 2009!!!

Salam Semua. Erm, rindu plak nak menulis dalam blog ni. Biasalah hidup sebagai student, ada kala "terlebih masa" dan kerapkali merasakan masa itu tidak mencukupi!!!???Nak citer ape ea???? Borong ar citer pasal study, Twintech macam tu gak; nothing changed. Erm..........................................................???? ____________________________________________________________________ Sedar tak sedar; PRU12 da nak mencecah ke usia setahun pada 8 Mac ni. Satu pilihanraay yang bagi aku "meletupkan" sejarah konsisten pemerintahan BN. Isu, isu, isu, isu........................................... Tak habis-habis. Tak sampai sebulan selepas pilihanraya, da keluar macam-macam kontroversi. Same with this 2009!!! Habis, rakyat yang mengundi korang, bila nak balas budinya??!!!! Takkan nak sampai PRU13 , baru nak buat kerja???!!! PM da tunjuk pekerti terbaik pun, korang suruh resign. Sape yang nak jawab??? Aku bukan sokong mana-mana parti pemerintah. Cuma, sebagai pelapis masa depan, aku cukup tercabar dengan situasi "memberangsangkan" kepada keruntuhan negara Malaysia ni. Peliknya, takde pun mana-mana politician yang buat program nak majukan belia/beliawanis ke ape ke... Habis-habis pun, latih mat rempit jadi lagi hebat!!! Pelik kan??? Yang buruk, disanjung; yang terpuji, buat tak tahu!!! Bukan harta 7 keturunan yang rakyat mahukan dari MP. Cukup sekadar, membalas balik budi mereka sebagai pengundi dengan memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dijanjikan. Ni tak, dari pucuk(pimpinan teratas) sampai ke dasar; tak habis-habis dengan isu dan benda remeh-temeh dibangkitkan!!! Lompat parti, tukar pemimpin, ambil alih negara!!! Sungguh, pening rakyat dengan pemimpin macam ni!!!! So, sempena ulangtahun 365 hari PRU12 ni, harap-harap MP kat Malaysia ni sedar sikit!!! Masih banyak perkara perlu diambil perhatian. Apatah lagi, krisis ekonomi sedikit sebanyak telah "menghentam" perkembangan ekonomi negara ni. Ini, bukan atas kepentingan peribadi tau!!! Jangan sampai satu masa nanti, apa yang korang kejar bertaburan, yang dikendong berciciran!!! Fikirlah. MeeT uNcLe sHaH: Tak hairan kalau MP Labuan melantik wakil untuk bekerjasama dengan beliau. Mungkin, susah nak bekerjasama dengan UMNO Bahagian kot!!!??? Salah Siapa??!!!! Satu persoalan yang perlu diberi perhatian ahli UMNO sendiri. PR, cukup-cukuplah bertelagah dengan kaum di Malaysia. Bersatulah demi kebaikan negara. Boleh saling membetulkan secara "berhemah" dan "terhormat". Tunjukkan yang "Malaysian Politician" ni ada maruah bukan kredibiliti yang "melampau"!!! ( Pesanan kepada Semua Ahli-ahli Yang Berhormat) Dari Pusat Sumber Twintech KB. 24 Febuari 2009.

7 comments:

amiechomel said...

shahzul, jwb tag!

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Uncle Shah,

Tak ramai anak muda yang berfikiran positif macam saudara. Kebanyakannya hanyut dilemaskan oleh janji-janji manis Pakatan Rakyat. Sedangkan janji Pakatan Rakyat kebanyakannya tidak betul. Sebagai contoh janji untuk menghapuskan kemiskinan tegar di Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng tidak terlaksana pun.

Teruskan menulis untuk mencambah daya intelektual anda.

www.permatangpauh2u.com

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

Madam,
Best gak tag kali ni. Tpy, yang aritue pon ak reply g.

Wait for a few days sebab lap top still in service.

Syeikh Al-Hafiz,
Pertamanya, terima kasih kerana singgah ke blog ini.

Post ini sebenarnya saya ulas secara ringan dan berkecuali. Maknanya, baik kerajaan atau pembangkang mereka harus menitikberatkan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi.

Jadi, tidak timbul mengenai sokongan kepada BN mahupun PR.

Terima kasih.

bungaraya said...

Kira Okey dari sudut isi dan kemahuan dalam penulisan ini. Tahniah. Malah jangan tidak sabar. Persoalan yang terungkap diminda mengambarkan keseriusan dalan menongkah arus perjuangan. Tapi kesabaran biasanya yang akan menentukan kejayaan.
Begitulah suasananya politik. Sungguh seni dan abstrak sehingga selalunya kita tidak akan tahu sesuatu tindakan yang pemimpin itu lakukan. Ia sangat berbeza dengan sebuah perjuangan. Mungkin, mungkin perlantikan wakil parlimen hanya sebuah agenda dan permainan politik? Mungkin ia hanya sebuah "gertak"? Mungkin cara ini juga boleh memenuhi kehendak sebahagian generasi yang sudah muak dengan gelagat Ketua-Ketua kampong masa ini? Semua itu jawapannya hanya Wakil Rakyat sahaja yang tahu.
Kenapa terdapat kalangan kita yang sangat duka melihat suasana perlantikan tersebut? Sedang dalam masa yang sama yang perlu kita runsingkan ialah masalah lain yang lebih prioriti. Umpamanya Biasiswa untuk anak-anak kita di Wilayah ini menyambung pengajian dipUsat Menara Gading. Suasana Penyeludupan yang berleluasa yang tidak ada tindaskan dari pihak penguatkuasa yang bertanggungjawa. Masalah rasuah dikalangan kakitangan PBT yang terbiar lama malah seolah diberikan galakan untuk melakukan perbuatan jijik tersebut. Perbuatan seks bebas dikalangan anak muda bangsa sehingga mereka berani melakukan perbuatan tersebut hatta di tangga-tangga diUjana Kewangan dan Menara di Sea Sport serta didalam tandas di sea sport. pa dah jadi? Mmana suara kepimpinan yang asyik setiap waktu beradu tenaga fikir dalam mainan politik.

singamaraja said...

Salam ziarah ya, menambah ilmu yang haq wajib Pak

Tingau said...

Bersatulah demi kebaikan negara. Boleh saling membetulkan secara "berhemah" dan "terhormat"
i like dis words..so pikir2kan la ..

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

bungaraya,
terima kasih kerana memberi pandangan. satu situasi politik yang amat merisaukan!!!!

sama-sama kita berdoa agar negara kembali aman.

singamaraja,
terima kasih kerana singgah.

TobilungGurlz,
terima kasih kerana singgah.