aku berjalan di celah-celah
kesibukan kota warga ku
menjilat setiap mereka
yang brlalu-lalang!!!
arghhh!!!
ku cari ketenangan
di balik kesibukkan kota ini
tenang tapi tercemar!!
"Di mana wajah comel kacak warga ku???!!!"
mereka bukan warga ku!!!
kesibukkan kota warga ku,
terselit wajah asing mereka!!
bukan mendiskrimasi kulit, bila aku berkata!!!!
bukan mencaci kedaifan, bila aku berkata!!!
ku cuba cari wajah warga ku,
arghhh, mungkin hanya seketika
kerana
warga ku terlalu senang rupanya!!
mungkin wajah warga ku hanya ada:
di tepi jalanan durjana!!!
di lereng lembah hina!!!
MeeT uNcLe sHaH:
Eksperimen hasil dari sedikit catatan perjalanan ke Johor Bharu tempoh hari. Erm, cukup jika aku kata sebagai pengembara jalanan aku cukup senang memerhati dan menganalisis dengan cara tersendiri. Perjalanan pagi itu, tercemar dengan tingkahlaku sesetengah warga asing yang mabuk di tengah jalan.
So, anda boleh membayangkan bagaimana perlakuan mereka yang "hilang waras seketika" ketika di bawah pengaruh air syaitan itu!!!
Seperti yang aku kata, post ini bukan bertujuan mendiskriminasi mereka kerana perbedaan kulit mahupun bangsa tapi aku cukup tertanya sampai bila Malaysia ini akan terus "bersandar" kepada tenaga asing???!!! Memang benar, sesetengah lapangan kerja kita masih memerlukan tenaga mereka, baik bidang professional atau separuh mahir, tetapi bukan harus di monopoli 100%!!!
Atau, mungkin(seperti yang ditulis dalam Catatan Perjalanan) kita yang harus berubah???!!! Satu persoalan yang mungkin kita boleh kongsikan.
3 comments:
Saya juga 'rimas' dengan 'mereka' . Juga bukan kerana wujudnya sentimen 'bias' dlm diri dan 'menjeling-jeling' ciri-ciri perbezaan. Jauh sekali untuk bersikap begitu dan memandang rendah terhadap mereka.
Namun, sedarlah... "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung." Baik, tak mengapa jika mereka tidak memahami pepatah ini.
Mungkin mereka harus tahu dan harus belajar apa itu ertinya 'HORMAT'. HORMAT kpd negara yang 'ditumpangi', HORMAT kpd rakyat yang 'dikelilingi', hormat kpd tatasusila dan peraturan di Malaysia, dan hormat akan adab dan budaya kita.
Namun, ini bkn my main points. Realitinya, (melalui pemerhatian saya sebagai anak negeri Johor yang dibanjiri pendatang asing, dan pengalaman beberapa orang ahli keluarga), mereka ini sangat rajin bekerja.
Demi sesuap nasi, kesungguhan untuk mencari 'erti hidup' yang lebih baik 'ditonjolkan' melalui budaya mereka bekerja.
Bayangkan, syarikat milik bangsa Cina terutamanya (maaf untuk berkata jujur; tanpa selindung, bukan untuk menjadi 'racism') mahukan keuntungan. Jadi, berbaloi mereka mengupah beberapa orang pekerja asing dengan kadar gaji yang lebih rendah berbanding mengupah seorang pekerja 'local' yang dikatakan lebih 'demand'.
Tetapi, itulah faktanya. Dengan kadar tukaran mata wang asing yang rendah bagi negara-negara mereka, mereka fikir berbaloi untuk mendapat 'nilai' yang pada kita mungkin tidak setimpal.
Namun, SAYA TIDAK MENYOKONG MEREKA 100%. Saya sendiri mahukan bangsa dan negara kita maju! Bersandarkan kpd tenaga kita semua; tenaga rakyat Malaysia. Saya juga SANGAT KECEWA dengan masalah ini. Kerajaan nampaknya menutup kedua-dua mata mungkin?
Saya masih dan sangat percaya bahawa masih ada lagi orang Malaysia yang masih mahu bekerja dan menggalas beban yang 'tergalas' oleh warga asing kini. Orang kita juga rajin bekerja. Orang kita juga bukan 'terlalu malu' bekerja di kilang-kilang atau menjadi 'cleaner'. Cuma, peluang itu tidak diberikan.
Berkaitan dengan 'ketidaksopanan' mereka, kerana budaya mereka yang dibawa dr negara mereka sendiri selain 'kegagalan berasimilasi' dengan masyarakat kita. Mereka hanya 'hidup' dlm kelompok mereka dan kita bersama mereka sebenarnya punya 1 gap yang sangat luas. Jadi, perwatakan mereka adalah cuba untuk 'survive' dengan gaya dan keadaan mereka sendiri.
Masih banyak lagi isu yang berkaitan hal ini, namun ini sahaja yang mahu saya nyatakan.
Harap, ada penyelesaian komprehensif. Anda fikir bagaimana?
p/s: Maaf kerana comment yang terlalu panjang. Saya meluahkan apa yang terbuku.
Kita perlu hormat kepada orang lain dulu sebelum orang menghormati kita :-)
p/s:Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu
Salam Semua,
Lollipop,
Itu yang maksudkan secara tersirat dalam post ini.
Terima kasih kerana berjaya mencari yang tersirat disebalik post ini.
Faizal Zakaria's Blog,
Saudara, saya sendiri pernah berkawan dalam kelompok Indonesia. Bagi saya, mereka begitu menghormati orang lain kerana kita adalah serumpun.
Apa yang saya maksudkan disini, terlalu banyak kebanjiran warga asing, hingga menenggelamkan warga sendiri.
Bukan bermaksud mendiskriminasi mereka, cuma saya membawa pembaca berfikir di mana anak tempatan???
Apakah anak muda tempatan kita terlalu meilih dalam pekerjaan?? Atau, memang kita dipinggirkan warga sendiri??
Itulah persoalan utama post ini. Harap dapat difikirkan. Apapun, terima kasih atas respon yang diberikan!!! ;p
Anak Melayu,
Baca komen saya atas nama MeeT uNcLe sHaH dalam anwaribrahimblog.com(http://anwaribrahimblog.com/2009/02/06/kenyataan-akhbar-majlis-pimpinan-pakatan-rakyat-2/#comments)
Terima kasih kerana melawat blog ini.
Post a Comment