Thursday, February 26, 2009

Misi Cakna Paelstin Di Twintech KB

Salam Semua.
Alhamdullillah, usaha memerangi keganasan Israel nampaknya belum berakhir. Biarpun, aku akui usaha blogger/orang awam/politician kian "berpenghujung" lantaran kuatnya mereka berusaha memenuhkan kembali poket-poket Yahudi.
Hairan bukan, mereka yang dulunya terpekik melolong menyuarakan keamanan kini sepi??!!! Erm, mungkin terlalu "sibuk" dengan politik negara yang kini dilanda ribut "lompat katak" dan "bogel-membogel"!!! sungguh melucukan, bila aku fikir mengenai hal ini. Mungkin juga memalukan!!!
Bukan bermakna aku ni ektremis dalam memperjuangkan kebebasan Palestin. Tidak!!! Tapi, aku masih meluangkan masa untuk mengetahui perkembangan semasa dari Palestin. Cukup memilukan bila aku saksikan sendiri rakaman visual, gambar semasa Misi Cakna Palestin bersama Pemuda Masjid Malaysia.
Misi di Palestin tu kalau kita sedari, ianya juga disertai oleh Angkasawan Negara, Dr. Musaphar. Misi Cakna Palestin Di Twintech KB adalah anjuran bersama dengan Universiti Kolej Antarabangsa Twintech Cawangan Kota Bharu.
Selain ceramah, ianya juga diisi dengan jualan t-shirt, selendang dan lain-lain barangan selain dari tabung derma yang akan disalurkan terus ke Palestin.
Alhamdullillah, kehadiran pelajar dan pensyarah sedikit-sebanyak mengembalikan kesedaran diri yamg isu ini sebenarnya masih belum berakhir!!! Mereka masih dianiaya!!!! Kita seringkali terlupa!!!
Fikirkan saudara-saudaraku!!!!
Ditulis Dari Library Twintech KB.
26 Febuari 2009

4 comments:

fahana_ann said...

betul2..sekejap jer malaysia ni kesemangatannya..huhu..isu lain plak naik yang memang menyesakkan..tapi kalau ini tak jaga,habislah kepimpinan negara..masalahnya,isu tu putar belit kadang2..huhu..

putih said...

salam singgah:)

MeeT uNcLe sHaH said...

Salam Semua,

fahana_ann,
Betul gak ea??? Thanks for the opinion!!

putih,
Terima kasih kerana singgah ke blo ni.

Anonymous said...

from nia ;

semoga misi selamatkan palestin akan terus diperjuangkan oleh umat Islam yang cintakan keamanan dan keadilan !