Sunday, February 8, 2009

Misi Hujung Minggu- Berjalan Ke Wakaf Che Yeh

Aneka jenis tudung wanita, kanak-kanak perempuan "Manjalara, Cindai???!! Ntah ape-ape!!
Akhirnya, ada jua kesempatan bersiar-siar bersama sahabat ke Wakaf Che Yeh setelah beberapa kali berjanji. Namun, perancangan sebelum ini, terpaksa dibatalkan kerana masa tidak mengizinkan. Biasalah, student!!! hehehehe Kadang-kadang, ada program yang dilaksana tanpa dirancang!!! Wakaf Che Yeh merupakan salah satu produk "tempatan" yang amat laku!!! Suasananya sama seperti di Downtown dan Uptown di Kuala Lumpur. Biasalah, pasar malam seperti ini semestinya menjadi lubok untuk warga tempatan memasarkan produk juga membeli barang dengan murah.
Aneka Kuih-Mueh Tempatan
Sememangnya, aku akui suasana kat sini memang meriah!!! Apatah, bila menjelang tengah malam; harga barang akan menjadi semakin murah!!! So, tempat ni memang jadi tumpuan kitaorang untuk cuci mata sambil mencari barang untuk dibeli untuk bulan seterusnya!!! Especially, barangan bundle!!! hahahahaa ;p
Buah-buah tempatan yang diniagakan
Apapun, suasana malam tu tercemar dengan sindiket peminta sedekah yang menggunakan kanak-kanak sebagai modal!!! Huh, apa punya jenis manusia la diorang ni!!! Aku tulis kerana aku pun hampir-hampir terkena!!! Ceritanya macam ni, sedang seronok memilih barang bersama Amin; datang pulak seorang kanak-kanak lelaki(lingkungan umur 7-9 tahun) meminta sedekah. So, aku berkira-kira nak keluarkan dompet, datang lagi seorang remaja perempuan!!! Aik, berebut pulak tu mintak duit ngan aku!! "Ish, tadi kate nak mintak sedekah, apesal berebut plak ni?", aku tanya kat budak lelaki tadi, tapi takde jawapan. Bahkan, budak ni berebu lagi ngan remaja perempuan tadi. So, aku pun amek langkah bijaksana sikit!!! Hehehehehe,... Aku kata; "Meh, dik. Ikut abang. Abang bagi duit" sambil tarik budak lelaki tadi. Bukan apa, aku kesian dia datang mengadu tak makan nasi lagi!!! Tetiba, budak tu tak nak!!! Dengan muka pucat plak tu!!! huh, ape ni??? Hati aku dah berbisik sesuatu. Sindiket!!! Takder lain punya. So, aku tinggalkan budak 2 orang in terkulat-kulat!!! Sapa suruh nak mintak sedekah pakai sindiket, ye tak????!!! Ye, tak??? So, tengah dalam perjalanan tu tetiba budak perempuan ni bersuara, " Huk aloh, mintak serial pun kedekut ah!!!" Aik, aku pun berpaling dengan terpinga-pnga!!! Malu ada, marah pun ada!!! Siapa susahkan siapa dalam situasi ni??!!! Amin dengan marah menjawab, " Nate ni!!! Mu mintak sedekoh, mu kecek gitu!!! Bodoh!!!" Perghhh, aku punya blur ngan situasi tu!!! Dengan mata umum memandang!! Apa agaknya, persepsi mereka terhadap kami???!!!! Lantaklah, apa yang penting sehingga sekarang aku masih terfikir manusia durjana mana yang eksploitasikan kanak-kanak seperti mereka?? Ibubapa mereka???? Pendidikan???!!! Arghh, kesian mereka!!! Apapun, jangan teragak-agak hendak ke Wakaf Che Yeh!!! Aku pasti, korang mesti enjoy dengan environment kat situ. Tak macam awal tahun 2005 dulu tau, waktu kali pertama aku sampai Kelantan untuk melancong!!! Dah canggih dengan bangunan baru!!! Jemputlah borong barang disitu!!! Bermacam barang diniagakan dari kuih-muih, makanan juga peralatan asas rumah!!! Dan, anda jangan juga terkejut kalau berjumpa dengan peniaga yang menjual alat unutk memuaskan na*su di sini secara terbuka!!!

2 comments:

Ramlen Salleh said...

MUS.. buat la network dengan peniaga tu.. nanti angkut barang tu ke Labuan masti laku punya.. suply ke gerai-gerai di sini.. he he he....

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam,

Gagak,
Insyaallah.
hahahahaah ;p
Memang cadangan camiatu la. Mudah-mudahan jua sanang berurusan nanti, ada sudah barang-barang yang di survey.