Thursday, February 19, 2009

Kenyataan Maaf Kepada MBL

Merujuk perkara yang disebutkan, dengan sejujurnya saya memohon maaf jika terdapat kesalahan fakta mahupun komen-komen yang menyinggung perasaan pucuk pimpinan baru Majlis Belia Labuan. 2. Bukan niat dihati mahu menjatuhkan reputasi seseorang atau pucuk pimpinan MBL sendiri dengan komen-komen mahupun kata-kata saya di dalam blog Minda Belia. 3. Untuk makluman, saya telah dijemput oleh pemilik blog oleh pemilik blog tersebut melalui komen terdahulu di dalam blog ini. Kemudian, melalui salam perkenalan pemilik blog daripada pemilik blog tersebut. 4. Sebagai anak kelahiran Labuan yang kini menyambung pelajaran di luar Labuan, saya berbangga meliha perkembangan anak Labuan dengan menggunakan pelbagai medium untuk menggerakkan sesuatu jentera. Tanpa saya sedari, blog itu dibangunkan tanpa rasa tanggungjawab. 5. Pada mulanya, saya menyangkakan blog itu didirikan oleh Majlis Belia Labuan sendiri. Apatah lagi, blogger yang mengunjungi blog itu memang biasa saya lawati blog mereka. Bagaimanapun, setelah melayari semula blog tersebut. lebih kurang minggu lalu; saya dapati terlalu ramai pendapat "menekan" setiap post blog berkenaan. 6. Menyedari tanggungjawab sebagai blogger, saya tidak teragak-agak untuk memohon maaf serta mengirim pesanan ringkas kepada saudara/i Zai seperti yang dipinta biarpun ada sedikit salah faham mengenainya. 7. Perkara seperti ini, amat saya kesali kerana terlalu ramai manusia menggunakan blog untuk menjatuhkan reputasi seseorang. 8. Saya berjanji akan membantu MBL dalam apa jua lapangan kerja sebagaimana yang saya janjikan kepada saudara/i Zai demi pembangunan dan juga keharmonian belia Labuan pada masa-masa akan datang. 9. Kesempatan ini, saya gunakan untuk menyatakan cadangan kepada pucuk pimpinan MBL agar blogger-blogger muda Labuan dapat disatukan dibawah satu unit dibawah seliaan MBL sendiri. 10. Melalui permohonan maaf ini, saya harap tidak ada lagi permasalahan yang timbul antara saya dan juga MBL supaya perkara ini tidak akan membantutkan usaha pembangunan semula MBL. 11. Dengan itu, saya menyeru kepada sahaba-sahabat blogger yang lain supaya berhati-hati ketika memberi komen dimana-mana blogger yang boleh mendatangkan curiga. Harapnya, apa yang terjadi kepada saya ini dapat menjadi pengajaran kepada diri dan juga mana-mana individu sebagai pengendali blog. 12. Besarlah harapan saya jika Presiden MBL sendiri memberi kritikan dan juga pandangan dalam blog saya ini supaya masalah ini tidak lagi menjadi satu isu yang boleh dimanipulasikan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Disamping itu, saya juga menyeru kepada pengendali blog tersebut supaya bersemuka dengan pucuk pimpinan ataupun memberi kenyataan maaf kepada MBL jika beliau benar-benar mengambilkira konsep persefahaman bersama. 13. Dengan itu, perhatian daripada pihak MBL saya dahului dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan. Yang Benar, http://meetuncleshah.blogspot.com Nota Kaki: Salam Perkenalan dari pengendali blog Minda Belia dapat dilihat dengan click kepada Laman Sembang disebelah kanan blog ini dengan click kepada older messages. Saya dimaklumkan oleh saudara/i Zai yang kini blog Minda Labuan kini hanya dibuka/ boleh dilawati oleh orang-orang berkenaan sahaja. Motif dan rasa tanggungjwab beliau sebagai blogger benar-benar saya tidak fahami.

5 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum....

Terima kasih atas kenyataan yang telah anda buat. Mungkin Presiden MBL masih belum berkesempataan untuk melayari blog ini, jadi biarlah saya menjadi wakil MBL. Saya sungguh teruja dengan saudara. Jarang hendak jumpa anak muda seperti anda yang cukup berani mengakui kesilapan. Dalam Hidup ini tidak lari dari kesilapan, tetapi belajar dari kesilapan adalah ilmu yang cukup berharga. Dalam saya sibuk dengan mengendalikan urusan perniagaan seharian, saya menerima sms dari Setiausaha Kehormat MBL tentang permohonan maaf anda. Akan tetapi, oleh ,kerana sibuk , saya tidak mengendahkan sms tersebut. Barulah hari ini bila ada kelapangan barulah saya melayari blog saudara.Saudara , sebenarnya masalah ini tidaklah berat sangat, hanya, zaman Kepimpinan MBL yang lalu belum ada wujudnya blog2 seperti sekarang ini. Cuma, jika ada perasaan tidak puas hati kutukan hanya dari mulut ke mulut. Berbeza dengan sekarang ini,kecanggihan teknologi yang ada dimaanfaatkan dengan berbagai cara. Saya langsung tidak pernah tersinggung atau ambil hati dengan kenyataan yang menyentuh diri saya dalam blog minda belia tersebut, memang benar saya selalu tidak kelihatan dalam program2 MBL atau Belia, akan tetapi rakan2 saya yang lain dalam kepimpinan MBL yang begitu komited dalam membangunkan belia pun terkena tempiasan yang sama. Asyik keburukan mereka saja yang dibicarakan, akan tetapi kebaikan dan pengorbanaan mereka tidak pernah dikhabarkan. Untuk pengetahuan pemilik blog Minda Belia, sepanjang 8 bulan Kepimpinan Baru MBL menerajui MBL, sudah ada 45 aktiviti yang dianjurkan samaada anjuran MBL atau agensi lain. Bukan hendak menunjuk2 akan tetapi inilah realitinya. Sebab tiada kepentingan bila anda memegang jawatan dalam MBL , cuma atas dasar semangat sukarela saja mereka-mereka ini terus berjuang memertabatkan belia di Labuan ini. Sebenarnya banyak lagi yang hendak diperkatakan, akan tetapi kawan dah tel nak ajak gi Anjung Ketam.

TIMBALAN PRESIDEN MBL
BASRAN HJ.YUNUS

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam DEPUTY PRESIDEN,

Pertamanya,
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Y.Bhgia DEPUTY PRESIDEN kerana sudi mengunjungi blog ini walaupun sibuk dengan urusan seharian juga respon yang saudara berikan sebagai wakil MBL.

Dalam hal ini, tiada apa yang perlu saya selindungkan. Saya mengambilkira falsafah, "sama-sama menghormati". Atas sebab itu, saya tidak teragak-agak untuk meminta maaf di dalam blog ini.

Sementelahan pula, tiada respon yang diberi oleh pemilik blog Minda Belia seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat MBL kepada saya melalui SMS.

Saya akui dalam usia saya yang masih muda ini, tidak terlepas dengan terlanjur bicara serta agresif dalam meluahkan pandangan jua kritikan tanpa mengambilkira implikasinya di kemudian hari.

"Kejujuran jadi pemangkin kejayaan"
Itu yang saya terapkan dalam hidup ini.

Alhamdullillah. mudah-mudahan perkenalan juga kunjungan saudara tidak tamat sampai disini. Mana tahu, jika saya balik ke Labuan bulan April ini; kita dapat bertemu dan bertukar-tukar pandangan.

Sekali lagi, saya memohon maaf jika komen saya dalam blog Minda Belia itu menyinggung perasaan pucuk pimpinan MBL.

Kunjungan Y.Bhgia Tuan Deputy President saya ucapkan jutaan terima kasih.

Unknown said...

Salam Belia.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe

Siapa takbur dia dikeji
Siapa jujur dia dipuji

Terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak MBL di atas sikap keterbukaan saudara memohon maaf kepada MBL.
Amat sukar menemui anak muda yang berani mengakui kesilapan yang dilakukan secara berterus-terang seperti di bog saudara ini. Meskipun blog Minda Belia telah dihadkan pengunjungnya, saudara tetap mencari alternatif lain demi menunaikan janji yang telah dibuat.
Benarlah saudara telah mengambil ikhtibar akan perkara yang berlaku sebelum ini dan semoga langkah murni saudara ini akan diteladani oleh yang lain. mengenai blog minda belia tersebut, mereka telahpun membukti siapa dan sehingga ke tahap mana 'PENCAPAIAN' mereka dalam memperkasa minda mereka dan minda belia seperti yang telah diperjuangkan di dalam blog mereka.

Semoga isu ini hanya berakhir di sini. Banyak lagi yang perlu aiusahakan kini terutamanya yang berkaitan belia. Buang yang keruh, ambil yang jernih. tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini, tetapi mengakui kesilapan diri sendiri itu adalah sebaik-baik manusia. Belia seperti saudara inilah yang dicari dan diharap dapan menjadi pelapis kepimpinan akan datang. Cuma satu, jangan mudah perpengaruh, agar silaturrahim itu nantinya tidak keruh.

Salam perkenalan, salam penuh takzim dan salam penuh penghargaan kepada saudara. Semoga dipermudahkan segala urusan, murah rezeki dan berjaya di dalam bidang yang diceburi. Semoga akan ada kesempatan untuk saudara dan MBL bersua...Kami mahukan belia seperti anda...

zai,
s/u mbl
0135409613

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

KEPADA :-
MEET UNCLE SHAH
SERTA SEMUA PEMBACA

SAYA MERUPAKAN PEMILIK LAMAN WEB MINDA BELIA BERKENAAN DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEMUA ARTIKEL YANG SAYA TULIS DIDALAM BLOG TERSEBUT. ANDA SEMUA BOLEHLAH MEMANGGIL SAYA DENGAN NAMA JEK, BERASAL DIKAMPUNG BATU ARANG, SERTA DULU ADALAH AHLI PERSATUAN BELIA DIKAMPUNG KERUPANG NEGALANG KERANA MENGIKUT KELUARGA YANG TINGGAL DISANA. PERSATUAN BELIA DISANA KINI ENTAH MUNGKIN WUJUD MUNGKIN TIDAK. SATU KETIKA DULU, KETIKA SAYA MENJADI AHLI BIASA PERSATUAN BELIA YANG SAH, SAYA PERNAH MENJADI AJK (KINI DIKENALI SEBAGAI EXCO) DALAM MAJLIS.

SAYA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SEMUA AJK MAJLIS DAN JUGA KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT ATAS ARTIKEL YANG DIKELUARKAN DIDALAM BLOG TERSEBUT. SAYA TIDAK PERNAH BERNIAT UNTUK MEMBURUKKAN APATAH LAGI UNTUK MENJATUHKAN MAJLIS, MALAH SAYA MAHU MEMBANTU UNTUK MENINGKATKAN NAMA MAJLIS. SAYA MENGAKU BAHAWA SAYA BERASA TIDAK SELESA DENGAN KEADAAN BELIA YANG TERBIAR DAN TIDAK DIPEDULI. SAYA PERNAH MENYUARAKAN HASRAT INI PADA KEPIMPINAN MAJLIS, TETAPI TIDAK MENDAPAT BALASAN YANG SEWAJARNYA. WALAUPUN BEGITU, SAYA TIDAK BERPUTUS ASA, KERANA PASTI SAYA AKAN MENEMUI TUAN PRESIDEN SENDIRI SETELAH SAYA MENGHABISKAN PENGAJIAN SEMESTER KEDUA SAYA DI UUM,UNTUK PENGETAHUAN SEMUA SAYA BARU SAJA CUTI BELAJAR SELAMA 4 BULAN DAN AKAN BERADA DI UUM. SEKEMBALI SAYA KE LABUAN NANTI UNTUK BERTUGAS SEPERTI BIASA PASTI SAYA TIDAK AKAN MEMBUANG PELUANG UNTUK BERSEMUKA DENGAN TUAN HJ.SYUIB DAN SAHABAT SAYA SAUDARA BASRAN.

SAYA BERASA AMAT BANGGA DAN BERTAMBAH SEMANGAT LAGI APABILA SEJAK AKHIR-AKHIR INI, TEMAN-TEMAN DILABUAN MENGATAKAN MAJLIS SUDAH MULA BANGKIT DAN SEMAKIN AKTIF. PROGRAM DIADAKAN SETIAP MINGGU DAN INILAH KALI PERTAMA SAYA MELIHAT PROGRAM MAJLIS BERTERUSAN TANPA HENTI. MUNGKIN KERANA MEMBACA KELUHAN-KELUHAN DIDALAM BLOG MINDA BELIA, ATAUPUN MUNGKIN JUGA ARTIKEL BLOG ITU HANYA SATU KEBETULAN. TIDAK DAPAT DIPASTIKAN. SAYA MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KERANA RAKAN-RAKAN BELIA YANG SAYA KENALI TIDAK LAGI MENGELUH DAN MENGADU, MALAH KINI SENTIASA MENDAPAT JEMPUTAN AKTIVITI DARI MAJLIS. TINDAKAN AGRESIF DAN PROAKTIF INI TELAH MENJADIKAN MAJLIS MAKIN BERKUALITI SERTA DIKENALI SEBAGAI TEMPAT BELIA BERNAUNG. SUNGGUH HEBAT DAN MEMBANGGAKAN. USAHA HJ.SYUIB DAN AJKNYA YANG TIDAK PERNAH MENGALAH DAN LEMAH SEMANGAT TELAH MEMBANGKITKAN ANJAKAN PARADIGMA YANG DRASTIK MENJADIKAN MAJLIS MAKIN CEMERLANG.

KEPADA MEET UNCLE SHAH,
SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MENJEMPUT SAUDARA MEMBERIKAN KOMEN NEGATIF DIDALAM BLOG TERSEBUT. SAYA MENERIMA SEMUA KOMEN SAMA ADA POSITIF DAN NEGATIF. POSITIF BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN. MANAKALA NEGATIF BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI CABARAN. BELIA PADA MASA KINI AMAT BIJAK DAN BERPENDIDIKAN. BOLEH MEMBEZAKAN POSITIF DAN NEGATIF. WALAUPUN BEGITU, SAYA MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA SAUDARA JUGA SEKIRANYA JEMPUTAN SAYA ITU TELAH DISALAHFAHAM DAN DISALAHERTIKAN SEHINGGA SAUDARA MEMBERIKAN KOMEN-KOMEN SEBELUM INI. DAN SAYA MENGAKU BAHAWA KOMEN-KOMEN YANG SAUDARA BERIKAN ITU TELAH MEMBERIKAN SATU CABARAN KEPADA SAYA, BUKAN HALANGAN.

KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT, MAAF ATAS KESULITAN YANG TELAH BERLAKU. DAN INI MERUPAKAN PENGALAMAN YANG PALING BERHARGA. SAYA BERKEMUNGKINAN AKAN MENJADIKAN MAJLIS SEBAGAI TAJUK TESIS DALAM SEMESTER INI, SERTA AKAN SAYA KETENGAHKAN ISU BAHAWA MAJLIS MERUPAKAN BADAN N.G.O TERBAIK UNTUK DICONTOHI DIPULAU INI. MOHON AMPUN DAN MAAF. KEPADA SEMUA DIDOAKAN SELAMAT BERJAYA.

PENGAKUAN IKHLAS
JEKRI DULLAH

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Semua,

S/U MBL,
Terima kasih kerana respon di dalam blog ini.

Tiada apa lagi yang perlu dikatakan, cuma saya benar-benar berharap supaya satu masa nanti saya dan juga MBL dapa bekerjasama, Insyaallah.


BELIAKU,

Terima kasih diatas respon saudara.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih". Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada semua ini.

Insyaallah, semoga kita akan bertemu satu masa nanti. Untuk makluman, saya kini berada di Koa Bharu, Kelantan.

Ada masa nanti, jemputlah datang ke Kota Bharu dapat kita bertukar-tukar pandangan.