Monday, December 27, 2010

aku mahu melacur.


malam ini aku mahu tidur dengan lena.
                  aku mahu mimpi indah.
                 aku mahu angkat semua masalah.
transfer ke fail pending.
aku tidak mahu fikirkannya buat sementara.

esok lusa, aku mahu melacur.
“jangan melacur jauh sangat, nanti aku susah nak cari kau.” pesan sahabat.
heh!
aku perlukan duit untuk kehidupan, jadi melacur itu tidak salah.
duit juga lambang kemodenan.

pulau kecil.
            mahu aku mimpikan kau?
janji kau hilangkan masalah ini.
janji kau tidak tamak, tidak lapar pada kekayaan.
oh, ya lupakan pangkat status kau.
jangan tiru kehidupan abang mu kuala lumpur.

sudah hujan.
mata aku masih terkebil.
dalam ruangan gelap, meraba supaya cepat kepenatan.
sial, gagal.


*kalau sudah tertidur, aku tidak lupa set otak supaya mimpikan indah.


p/s:
"Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci" - Fared Ayam





No comments: