Friday, April 29, 2011
tak nak mencarut dah!
yang jadi gila kerana kekayaan.
yang jadi gila kerana percintaan.
yang jadi gila kerana kekuasaan.
cerita dunia yang aku, kau dan kita semua pijak sekarang. semuanya.
di sudut persendirian, aku keletihan.
mahu terus kepada kematian, serasanya ibadat belum disedia.
ada cinta yang perlu disemai.
mahu menjadi kaya supaya di lihat sama pandang.
mahu berkuasa supaya dilihat dan di hormat sama..
mahu begini sendirian
bimbang ada yang terasa ditinggal dan di lupakan.
mahu kejar dunia
terasa akhirat berlari meninggalkan.
mahu bersosial
dosa lampau lantas menginsafkan.
mahu kembali beragama
terdengar pula suara sumbang.
dunia, dunia.
cerita lalu yang ku tinggalkan mengejar terus ke masa depan.
betapa ramai menyorok dari kebenaran.
yang aku tatap cuma kebodohan.
i'm tired of this world.
please, go away!
Tuesday, April 26, 2011
berulang. dan, aku harapkan kau takkan lupa penulisan ini.
berulang.
keberangkalian dan kemungkinan yang kau hujahkan.
kemenangan dan kekalahan kemahuan yang kau laungkan.
kejahilan yang kau tegakkan.
kebenaran yang kau sembunyikan.
berulangkali aku teruja.
bila lihat kebodohan sama yang kau tunjukkan.
bila lihat penipuan sama yang dilagukan.
bila ungkapan "i love you" kau ungkapkan.
berulangkali aku tertanya.
bila lagi bahagia dan kita tertawa bersama?
bila lagi dapat ku pimpin tangan dan kita seiringan di jalanan?
bila lagi,bila?
yang menjawab hanya suara yang berarak membawa kerinduan.
berulang.
puisi ini untuk kau, aku ciptakan.
puisi ini jadi nyanyian lara bila aku dilukakan.
puisi pengubat bila aku kerinduan.
yang aku nyanyikan bila sendirian.

Thursday, April 21, 2011
tolong ingatkan aku.
busy, peranan aku dalam blog semakin terabai.
yang aku perasan 'hangat' blog semakin pudar.
menjadi penulis picisan.
mengupas soal-soal hidup dan kemanusiaan.
mana siapa lagi yang peduli?
penulis picisan macam aku tak dibayar.
lain cerita kalau menulis tentang memuja pemimpin.
menulis siapa benar siapa salah.
yang salah, caci habis-habisan.
yang benar, puji sampai hilang tekak suara.
keh keh keh!
tapi sesekali grenade idea bersuara.
memecah kepercayaan pemuja idola.
mengundang persepi, "oh, ini pembawa ideologi PR!"
murah betul idea.
hebat betul manusia kalahkan kuasa Allah Ta'ala.
sekian lama memerah tenaga
tiba masa beristrirehat.
mana destinasi?
keh keh keh!
kampung halaman memanggil- kerinduan, katanya.
dah, jangan cari aku selama 7th May ke 15th May.
p/s:
aku tinggalkan kota kesibukan ni. ;p
Thursday, April 14, 2011
baru di kejutkan.
dengan mimpi sahabat yang sudah kembali ke alam satu lagi.
dia tersenyum.
aku menyapa dalam bahasa yang aku sendiri tak faham.
kami berbahasa.
dalam satu pemahaman yang mungkin timbul hanya dalam mimpi itu.
yang aku faham engkau cuba berkata
"bila kau sudah miliki cinta, jangan terlalu mengejar dunia; reserve sikit untuk akhirat"
aku tersedar dengan pemikiran yang dalam.
NOKTAH.
al-fatihah untuk mu kawan.
Tuesday, April 12, 2011
bodoh yang kau pelihara.
agaknya kau lupa pada kata bijaksana,
"dalam memastikan lawan mu kalah dalam perdebatan, kau harus bijak berkata-kata."
agaknya minda kau masih cetek sesuai dengan umur dan cara kau berfikir.
jangan disangkal kalau aku kata itu adalah kebodohan.
agaknya kau merasa bijak/terlebih pandai dengan pengalaman yang sedikit itu.
berulang kali aku terasa macam dipijak.
dan, kau berulang kali rasa di puja.
aku suka memuji. tapi berpada-pada.
pengalaman yang ada sehingga kini, aku guna sebaiknya.
tak susah menilai kau.
dengan kebodohan yang selalu kau tunjuk disebalik perlakuan.
aku tak terasa bangga dengan position ini.
yang seperti selalunya yang ku ulang
"position ini tolak tepi supaya korang terus selesa bersama"
sayang, kau masih tidak terfikirkan.
bodoh mu memang tak disangkal.
kalau bercakap hanya pada level seusia mu, apa yang kau ada?
aku tak terguris dengan kata-kata itu.
cuma tersenyum. hanya kerana kecewa yang sedikit; kebaikan sudah tidak terlihat.
ingat seperti yang aku kata, "tuhan bayar cash sekarang ni kat dunia."
dan, aku rasakan seperti bodoh juga kerana percaya kau.

Saturday, April 9, 2011
"video seks tu apa?"
bila semua mahu berlagak HERO
lagi gila terasa kehidupan dunia.
bila semua mahu memberi hujah agama
terasa diri duduk bersama ustaz-ustaz yang jauh lagi jahil dari ilmunya.
bila semua manusia berusaha memberi pandangannya
supaya kelihatan sama educated seperti yang lainnya
tidak ada kematangan. yang ternampak cuma kebodohan mereka bila bersuara.
dalam situasi sekarang
budak-budak kecil cuma mampu terpinga dan bertanya
"VIDEO SEKS ITU APA?"
nah, kau telanjangkan kebodohan dan kesialan moral mu sendiri!
dan, bila semua berlumba-lumba menjadi HERO menelanjangkan pelakon seks
aku tergelak dan berkata "BODOHNYA MELAYU KU!"
itu yang kau bangga dengan me-LAYU?
keh keh keh!
bangsa lain berlumba-lumba mengejar kemajuan.
kau tidak habis-habis dengan kata dusta dibuai mimpi manis propaganda!
dan, sekarang aku cuba menulis sebanyak mungkin tentang SEKS.
me-LAYU sudah pakar. badan-nya manusia lain. tapi, wajahnya si polan.
keh keh keh!
Wednesday, April 6, 2011
apa kata kau?
aku percaya setiap yang terluah ini adalah kata hati.
jangan dangkal kalau tidak mahu terima.
sebilangannya berkata "masih ada cara selain mengkritik"
kalau benar, cara lain itu efektif kenapa tidak dilakukan dahulu?
apakah dunia sekarang terlalu tua, sehingga kau takut meluahkan kebenaran?
atau, periuk nasi kau jangan diganggu-kacau?
takut resepi dan keenakkannya tidak terasa?
tolong, tolong.
ini bukan yang pertama.
dan aku yakin, bukan untuk terakhir kali.
sudahlah, aku akan biarkannya tergantung mencari jawapan.
manusia-manusia rakus yang merimaskan.
manusia-manusia yang tua dan mudanya sama gila.
keliling-kelilingnya yang sama celaka.
aku berbahasa sastera berkurang ajar ni, apa kata kau?
biar sahaja sejarah yang menilai.
p/s:
arrogant VS. loyal
Subscribe to:
Posts (Atom)