Friday, April 29, 2011

tak nak mencarut dah!


yang jadi gila kerana kekayaan.
yang jadi gila kerana percintaan.
yang jadi gila kerana  kekuasaan.
cerita dunia yang aku, kau dan kita semua pijak sekarang. semuanya.

di sudut persendirian, aku keletihan.
mahu terus kepada kematian, serasanya ibadat belum disedia.
ada cinta yang perlu disemai.
mahu menjadi kaya supaya di lihat sama pandang.
mahu berkuasa supaya dilihat dan di hormat sama..

mahu begini sendirian
bimbang ada yang terasa ditinggal dan di lupakan.
mahu kejar dunia
terasa akhirat berlari meninggalkan.
mahu bersosial
dosa lampau lantas menginsafkan.
mahu kembali beragama
terdengar pula suara sumbang.

dunia, dunia.
cerita lalu yang ku tinggalkan mengejar terus ke masa depan.
betapa ramai menyorok dari kebenaran.
yang aku tatap cuma kebodohan.



i'm tired of this world.
please, go away!

No comments: