agaknya kau lupa pada kata bijaksana,
"dalam memastikan lawan mu kalah dalam perdebatan, kau harus bijak berkata-kata."
agaknya minda kau masih cetek sesuai dengan umur dan cara kau berfikir.
jangan disangkal kalau aku kata itu adalah kebodohan.
agaknya kau merasa bijak/terlebih pandai dengan pengalaman yang sedikit itu.
berulang kali aku terasa macam dipijak.
dan, kau berulang kali rasa di puja.
aku suka memuji. tapi berpada-pada.
pengalaman yang ada sehingga kini, aku guna sebaiknya.
tak susah menilai kau.
dengan kebodohan yang selalu kau tunjuk disebalik perlakuan.
aku tak terasa bangga dengan position ini.
yang seperti selalunya yang ku ulang
"position ini tolak tepi supaya korang terus selesa bersama"
sayang, kau masih tidak terfikirkan.
bodoh mu memang tak disangkal.
kalau bercakap hanya pada level seusia mu, apa yang kau ada?
aku tak terguris dengan kata-kata itu.
cuma tersenyum. hanya kerana kecewa yang sedikit; kebaikan sudah tidak terlihat.
ingat seperti yang aku kata, "tuhan bayar cash sekarang ni kat dunia."
dan, aku rasakan seperti bodoh juga kerana percaya kau.
No comments:
Post a Comment