Sunday, May 29, 2011

allah tak bagi pahala untuk mencarot.

gua tak nak buat entri sedih.
tapi tak tau la.
it's about feeling right now.

gua nak halau feeling ni jauh-jauh.
tapi gua manusia biasa.kalau selalu happy memang celaka jugak.
hidup tak thrill.
nak thrill mesti ada turun naik.suka duka, gelak ketawa kan?

yang buat gua sedih ni banyak.
da lama gua pendam.
tapi banyak menekan kebelakangan ni.

kawan-kawan,
dulunya banyak yang riang menyapa. kini hilang.
lantaran vocal gua yang lantang menyatakan suara kebebasan + ketidakadilan
baik berkenaan institusi pengajian dan jugak keadaan semasa.
"baik tutup mulut" katanya.
gua jawap "agaknya ni la tanda-tanda kecil kiamat yang allah nak tunjuk terang-terangan kat gua= menyembunyikan kebenaran."


keluarga.
gua tau, banyak janji yang tak tertunai.
gua manusia biasa. gua tak minta sanjungan.
jauh sekali junjungan sebagai emas dalam keluarga.
gua mengangkat diri sendiri dalam stage tersendiri.
pangkat professional gua langsung taknak bawak dalam institusi kekeluargaan.
gua belum berjaya. jadi, jangan angkat + beri harapan yang tinggi sangat.
gua gayat, takut terjatuh.
jatuh bangunan boleh claim PERKESO, jatuh dalam hidup ni memang payah nak bangkit balik.
tolong. dalam hidup gua, da banyak jaga hati manusia sekeliling.
yang sedih gua gembirakan.
yang serius-serius, gua kasi lawak free.
sampai benda serius yang gua bahaskan dianggap satu gurauan.
tolong, fahami gua.

gua tak suka ketegangan.
kalau situasi tegang, gua suka mencarut.
mencarut tu dosa, Allah tak bagi pahala.

untuk sahabat-sahabat yang diam menyepi, gua doakan kejayaan kalian.jangan tulis gua riak, jangan cakap gua angkuh.kalau dulu gua berkongsi rezeki sekarang masih sama.mungkin ada kurang sikit.gua tanggung bukan satu mulut.banyak mulut gua nak suap. terima kasih Allah yang bagi rezeki untuk gua.

untuk keluarga gua, terima kasih gua ucapkan. tu je. 

Wednesday, May 25, 2011

ala blog che det.

1. mencarut sekarang ni lebih mudah dari lidah basah dengan zikrullah.

2. banyak benda yang dah tebalik.yang salah nampak benar.yang benar tu disalahfahamkan.

3. pada zaman sekarang ni jugak ramai manusia lebih suka mendiamkan yang benar.kalau ko cakap benar ko akan dipersalahkan dan dimalukan dengan berkata "background macam apa, lagi nak cakap banyak!"

4. pada zaman sekarang ni jugak, orang suka berkata "kita orang muda ni rilek-rilek suda.jangan nak kecoh-kecoh pasal politik sangat"

5. dalam masa yang sama, orang yang suka mengata ni akan cakap "ko ni tak lebih macam tin kosong."

6. nak hidup kat dunia nyata perlu tahan maki.nak pikir sangat cakap orang yang belakang-belakang ni memang sampai kiamat tak abis. yang penting kehidupan kena jalan ye dak? mentaliti semua manusia tak sama.ada benda yang kau buat/lakukan orang sekeliling jadi 'jaki', da adat dunia.

7. terima kasih dunia pengalaman!

Catatan Separuh Penggal 2011.

Friday, May 20, 2011

hilang stim, tiada klimaks.

sudah hampir semingu kelat mata untuk lena.
sial, lagi gampang penat yang kepalang mata menyabung melawan kantuk.

tuhan,
apa nikmat tidur gua sudah kau tarik?
nikmat yang selalu ku salahguna.dan aku lakukannya kadangkala seharian.
atau, syaitan-syaitan dimata ini sudah kau 'hilangkan'?

mata yang tak mampu di katup.
minda bergerak menyusun kata.dan jari gua terus menyambung nikmat penulisan.
ayat gua macam jahanam!
semuanya melayan kekusutan.

di hujung penulisan, gua tertanya
"apa dunia gua sekarang tidur itu tidak penting?!"



p/s:
hidup da tak stim, tiada klimaks.

Tuesday, May 17, 2011

SELAMAT HARI GURU: monolog tahun terdahulu.


yang lalu, aku bermonolog memberi ingatan dan penghargaan kepada kalian.
kali ini, sedikit kelainan. ingatan yang disebut sebagai dialog memori kalian.
pesanan, amanat dan teguran yang membina aku sebagai manusia terdidik di masa sekarang.

yang aku coretkan ini, mungkin ada yang menyakitkan.
mungkin memberi malu. mungkin juga terinspirasi.
dan kerana itu semua aku gagah berdiri.
sama seperti anak didikan mu yang lain.
untuk guru-guruku, (guru matapelajaran, guru kelas, guru IPT, guru pekerjaan, guru kehidupan)
begitu pun dahsyat kamu semua, betapa hardcore kalian beraksi, anda tetap GURU.
SELAMAT HARI GURU.


INGATAN 1.

sempena hari guru ni,gua teringat kat sorang cikgu english yg true hardcore, punitha malar a/p murugesu.

p/s:
kalau dia still jadik guru or still dengan sikap hardcore,gua ingat dia guru yang akan kutip saman terbanyak dari ibu bapa pelajar.dia punya ganas, memang azab!


PENDAPAT.
kalau dah murid sekolah rendah pun dah 'Kerja Berat Sampai Rebah' apa lagi guru-guru kan? Selamat Hari Guru kepada semua guru ku yg menjadikan aku manusia harinie.

p/s:
guru cuma menjadi simbol 'belasahan' ibubapa pada zaman sekarang, haih!


TABIAT BELAJAR.
"some people talk in their sleep. but, lecturers/teachers talk while other people sleep" ;D

SELAMAT HARI GURU.


INGATAN 2.
"sebagai ketua, awak kena berubah.kalau tak berubah sape yang nak ikut cakap awak" kata puan hamidah, lecturer maths gua kat kolej dulu.

p/s:
itu lah guru, bukan setakat beri nasihat dlm ilmu yg diorang pakar, tetapi memberi nasihat dalam ilmu kehidupan. aku akan menulis tentang guru ku sepanjang bulan ini sebagai penghargaan untuk mereka.


INGATAN 3.
"awak try apply bidang lain, jangan putus asa.mungkin bkn rezeki awak, tapi ingat pendidikan tu penting" tu nasihat cikgu sahar, pengetua at SMK Lajau ketika aku frust tak dpt masuk UPNM.

p/s:
dia bukan setakat seorg pengetua, tetapi penasihat, penggalak dan pendorong. terima kasih cikgu!



INGATAN 4.
"well done, keep it up!" -kad penghargaan Mdm. Azimah ketika kami kali pertama menyertai English Drama year 2003.

p/s:
kad tu masih disimpan. ;p


INGATAN 5.
"awak semua nak kerja apa nanti kalau SPM pun gagal?berapa kerat sangat off shore company nak ambil bekerja klu takdak kelulusan. ke awak semua suka jadi kuli, org lain jadi org besar?" - Cikgu Zaky Safian Suri.

p/s:
kata-kata ni tersimpan dalam kotak memori. cikgu zaky kini mengajar di G.Musang, Kelantan. Selamat Hari Guru untuk mu pendidik! ;p



INGATAN 6.
sempena hari guru ni jugak, aku teringat lecturer english masa kat sabah branch dulu.madam judith namanya.yang true pasal beliau ni:selalu lupa waktu kelas.tapi, dia confident mengajar dengan ambil waktu subjek lain.

p/s:
kongsi pengalaman.apa pun, dia tetap seorang guru. happy teacher's day, madam. ;p


INGATAN 7.
selain daripada punitha malar a/p murugesu ada lagi sorang pendidik gua kat sek. rendah, seorang ustaz yang memang true hardcore, ust. shukri namanya asal kelantan.

p/s:
sapa yang penah kena tumbuk kat dahi lepas tu memang taubat dah nak escape class! gua dapat pakej: tumbukan di dahi + sepakan di punggung. dia punya azab, nauzubillahhh...!!! keh keh keh! kat mana la ustaz shukri ni mengajar skrg... ;p







Tuesday, May 3, 2011

sumpah laknat ali.


Ali: "abah tak caya ke ali cakap? nak ali SUMPAH LAKNAT gak ke?"

Bapak Ali : "apa sumpah-sumpah?mana ali belajar suma ni?!"

Ali: "lah, yang kat TV tu bley sumpah-sumpah!"


Bapak Ali menggeleng kepala, tanda kesal bilamana stesen TV semasa mempengaruhi realiti kehidupan Ali.

Sunday, May 1, 2011

bicara rock politik pagi.


Ada beberapa perkara yang gua nak update sikit kat sini. Lama sangat tak tulis panjang-panjang kat blog ni. Oleh sebab beberapa perkara kesibukan, so gua tiru cara bagaimana Mahathir ‘bercerita’ melalui blognya.

1.    Bab-bab video seks ni pasal apa kecoh-kecoh sumpah laknat? Pelik kan? PC memang hebat. Sama-sama buat salah, sama tanggung la. kata nak tunjuk kebenaran. Bila polis nak tahan korang, reti plak tanya “pasal apa nak tangkap kami? kami tak buat salah.” Lancau! Tak reti bukak Quran ngan undang-undang Malaysia ke? keh keh keh! Dalam gabra, lu da tunjuk kebodohan lu sendirik. Nak tarik undi biar cara clever-brain psychology Datuk! Itu Anwar Ibrahim lu ada kaji tak profil kemenangan peribadinya? Biarkan DSAI tu kat luar dengan diserang salahlaku macamtu da bley tarik simpati ramai, jangan lupa tu. Gua ingat lepas ni, sapa-sapa nak apply keja gomen kena berani jugak angkat sumpah laknat ni. Sumpah laknat untuk pekerja gomen ni patut meliputi: tak amek rasuah, tak minum arak, bila dapat gaji tak main judi jackpot, tak main perempuan atau permainan sama jenis. Nak tengok berapa ramai boleh apply keja gomen. Ada berani Datuk Najib? Lagi afdhal ahli-ahli yang berhormat buat benda sama. Amacam? keh keh keh! Okeh, FULL STOP.

2.       Yang “1Bumi, 1Melayu” ni kejadah apa wei?! Fatwa mufti jugak ke? keh keh keh! Yang PERKASAM ni sah-sah la demonstrasi. Diorang pun hero jugak bab-bab rebel atas jalan ni. Bangang yang tak boleh rakyat ikut! Banyak sebab kenapa aku perlu tulis pasal PERKASAM bingai ni. Apa Ketuanan me-LAYU ni? Siapa tuan? Siapa hamba? Melayu tu bangsa bukan agama. Yang nak pertahan sampai nak putus urat leher menjerit buat apa? Dapat dosa free jadi pengamal Melayu Assabiah ada la! Lu tau tak wahai PERKASAM dalam sibuk-sibuk lu jerit kejadah sial keramat me-LAYU, bangsa lain kat Malaysia ni da buat duit 4,5 billion. Yang lu pegi demo atas jalan dapat KEBODOHAN je. Gua ingat sikit hari, orang me-LAYU boleh letak past experience dalam resume “DEMO BERSAMA PERKASAM” baru senang sikit dapat kerja dalam conglomerate Malay company.

Bagi gua, dua-dua pembangkang-kerajaan ni sama celaka jugak. Sibuk nak kuasa. Pasal nak kuasa la, dua-dua jadah ni bermaki-hamun, babi-membabi sesama sendirik. Yang sekor nak tubuh kerajaan 16 September, yang sekor lagi rakyat didahulukan. Kejadah apa lu dua side ni?! Kata da dapat calon nak lompat. Sekor lagi cakap “rakyat di dahulukan”; betul-betul sama bullshit!! Yang masuk parti sebab nak projek, nama pangkat, nak sangat datuk-datuk; datin-datin. Ramai gila gua cakap! Yang pasti, title-title, project-project tu da tak guna sama macam Allah cakap, “saat di mana anak pinak, harta benda takkan berguna lagi.” time mati, malaikat tak panggil lu orang dengan segala macam salutation dunia ni! Ingat tu, ingat!

4.      Apa lagi yang gua nak tulis ni? Gua agak teruja sikit menulis ala-Mahathir ni. ada sebab kenapa gua menulis post macamni. Gua sama seperti masyarakat marhein lain naik fed-up bila cerita seks kuar jadik berita utama. Macam celaka gua cakap! Bebudak bawah umur 7tahun teruja la nak tau kejadah video apa dalam TV bangsat tu. Gua yang agak berumur plak segan. Gua tak tau la kalau lu orang suka ‘geli-geli’ tonton video lucah reramai. Agak la, tak macam gang-bang plak kan? keh keh keh! Gua tengok datuk-datuk menteri semacam je bagi komen atas TV. Kalau gua jadik bini lu orang mintak cerai bai! keh keh keh!

5.   Erm… ok la. Gua full stop. Komen sikit la wei! Lama tul tak berbalas komen ngan member-member blog. keh keh keh! Nak tanya PRU13 ni lu orang sokong sapa? Kalau ikut kata member-member gua diorang tak sokong BN. “Kejadah apa dari hidup kat dunia, sampai ke mati muka sama je memerintah. Takde pembaharuan langsung,” katanya. ;p


p/s:
celaka, pagi ni pukul 10 am gua ada appointment sama Ahmad Azam. gua tak tido lagi ni!