Sunday, July 31, 2011

sarat sejuta persoalan.

"apakah dengan hanya memperlihatkan malu dan diturunkan ujian, manusia itu benar-benar beriman? aku tak rasa macam tu.sebab, Allah tak jadikan manusia tu sekadar menunjukkan rasa malu dan menerima ujianNYA!", tegas sang sahabat.

"hidup ni bukan setakat tau cari jalan pulang je kawan.kena jugak tau selok belok jalan supaya kau tak sesat."

aku hanya diam terkaku.


p/s:
berilmu tetapi gagal mengamalkan.gamam dalam dunia realiti!

Monday, July 25, 2011

epilog mimpi


angkatkan aku ke realiti
biar angan ini tidak sekadar fantasi.

mimpi-mimpi ku terdahulu
tentang impian, tentang cita-cita.

mimpi-mimpi yang membawa aku jauh.
yang kadang-kadang buat aku cemas
bimbang yang aku kendong berciciran
yang aku genggam lerai jadi debu arang.

banyak sudah aku korbankan
demi hidup mengejar cita-cita.
benar ada impian terlerai.
dalam kesakitan, aku membina lagi mimpi.
mimpi, mimpi dan mimpi lagi.

realiti, bangkitkan aku.

Wednesday, July 20, 2011

R.E.T.R.O.















kau tahu makna retro?
kenangan.
dulu aku retro.
dan, aku membesar dengannya.
ia pengalaman.
satu juta kali hidup, retro itu tetap indah untuk kau kenang.

retro.
bangkitkan aku.
kadang-kala aku senyum sendirian.
kadangkala berfikir, begini lagaknya bila makin hari dikejar dewasa.
masing-masing ada kehidupan.
ada komitmen.
ada tanggungjawap yang perlu diperjelas.

retro,
kenangan itu bisa menemukan kembali.cuma entah bila lagi masanya.
untuk masa sekarang,
usah malu mengintai kepada sahabat yang dulunya kau bersama.
biar di intai antara nampak.

adakalanya,
kita perlu di ingatkan kembali dengan retro masa lalu.
masa yang lebih banyak senggangnya.
masa yang banyak bersilang kaki di kedai kaki lima.
masa yang penuh pengisian pengalaman mengurus kehidupan.
masa yang seringkali kau bersungut "pehh, banyak tul assignment!"
dan dihujung minggunya kita ceria bersama "CS, CS, CS!!!"
di malam dingin, melalak bersama lagu-lagu rock retro ke dinihari.
keh keh keh!

jangan malu.
kita intai masa lalu bernama R.E.T.RO.


p/s:
small buble, a space yang huru-hara, a comfort zone; that is R.E.T.R.O to me. ;)

Monday, July 18, 2011

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥​ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•dari MukaBuku ke Blog with love•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥​ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

     1."selepas mendung dan hujan, muncullah pelangi,walaupun tak dapat kau sentuh tetapi jadi penawar hati bagi yang tahu menghargai"-Kosmo
p/s:
i realize one thing, hargai apa yg wujud depan mata.jangan bila dah hilang baru menggagau mencari makna 'hargai'. peace all Malaysian


     2.  harinie, baca Utusan.
p/s:
nama Anwar Ibrahim je penuh dari page depan sampai ke tengah halaman.nasib baik nuar berahim bukan ahli sukan, kalau tak sampai last page pun ada nama ANWAR IBRAHIM.
kah kah kah!
     4. "dunia ibarat wanita tua bongkok tiga.disolek dengan cara apa sekalipun, tetap nampak hodoh dan kedutan pada wajahnya"
p/s:
dunia mati kerana isi nya sendiri.

     5. SMS dari sorang kawan.
"melayu susah jana pendapatan sendiri sebab org cina, org india rakus kaut tenaga orang melayu.sebab akal diorang bijak."
replied, "ko salah kawan.kalau ikut value price between otak org cina/org india, otak melayu lagi mahal.sebab OTAK MELAYU BELUM DIGUNA SECARA MAKSIMUM!"
p/s:ayat "OTAK MELAYU BELUM DIGUNA SECARA MAKSIMUM" gua kasi besar supaya kawan ni sedar MELAYU MASIH TIDUR!

     6. Manusia lebih suka memupuk dendam dan kebencian. dan aku percaya itu antara kejayaan iblis syaitan yang dilaknat Tuhan.
p/s:
Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturahim."~silaturrahim masih 'kecil' dimata manusia yang punya otak dan akal kemajuan!~

Sunday, July 10, 2011

BERSIH-MERDEKA. please don't fight!


  1. 9th. July 2011, BERSIH patut dicatatkan dalam Malaysia Books of Records setelah Peristiwa OPS LALANG 1987. Ini, tangkapan terbanyak seramai 1667(SUMBER: PDRM). Wow!
  2. Ini bukan sejarah yang terbaik dan indah untuk dikenang. Tetapi sebagai satu pengisian betapa nikmat kemerdekaan yang dinikmati lebih 50 tahun akan lenyap dalam hanya tidak sampai 24 jam dek kerakusan dan pengaruh elemen ekstrim.
  3. Ramai mempertikaikan aku berapa di pihak mana, malah wujud  'ustaz usatazah BERSIH' berhujah  atas landasan agama yang pada akhirnya mereka conclude kepada satu ayat, KEADILAN. Ya, semua mahu keadilan dalam pilihanraya. Tetapi, apa yang menjadi kemusykilan kenapa perlu menjerit, "REFORMASI"?
  4. Kalau aku join the rally, benda pertama akan aku persoalkan, "mana dia copy of the memorandum yang kononnya mahu diserah kepada YDP Agong?" Kemudian, aku akan persoalkan prinsip keadilan pilihanraya itu sendiri. Jika pihak yang satu itu berjaya, apakah keadilan akan kembali kepada rakyat 100%?
  5. "Apapun yang kita percaya atau pegang, kita perlu persoalkan ianya kembali supaya kita tidak jadi seperti orang yang kita benci"- Fared Ayam. Kawan, inilah apa yang ingin aku sampaikan menerusi persoalan diatas. Jangan kerana terpengaruh oleh perjuangan, kita biarkan elemen-elemen ekstrim ini menguasai diri sendiri. Yang pada akhirnya memberi kepuasan hanya kepada satu pihak, sedang di satu pihak lain menderita dan terancam kerana perbuatan membabi buta.
  6. Untuk aku, apapun alasannya baik mahu mencapai "MAKKAL SAKHTI", KERAJAAN RAKYAT atau KEADILAN UNTUK SEMUA; perbuatan 'menjelajah secara ganas' di jalanan bukan membuktikan pihak itu hebat dan kelihatan macho di mata ramai. Tidak! Apa yang tertunjuk hanya satu kebodohan kerana menggelabah dan seolah tidak yakin dengan anggota parti dan juga sokongan ramai terhadap mereka. Kalau sudah takdir Ilahi, kamu akan menang biarpun dengan satu undi! Believe me!
  7. Aku menulis bukan mahu dipandang HERO atau MACHO di mata ramai. Apa yang aku ketengahkan adalah pemikiran sendiri dan simpati. Terfikir sejenak, "apakah kita mahu negara ini dipenuhi dengan elemen ekstrim, liar dek kerana mahu berkuasa?" Datuk-Datuk Yang Berhormat, apa salahnya jika hal ini dibincang dan dikolaborasi secara professional? Bukankah itu lebih MACHO, TERHORMAT, dan BERGAYA?
  8. Setelah semuanya berlalu, ramai kalian bersimpati dengan pimpinan BERSIH yang kononnya teraniaya dek kerana 'kezaliman' polis. Aku tersenyum betapa mudahnya kalian menjatuhkan hukum! Dalam hati berkongsi jerih payah sahabat-sahabat yang menyarung seragam SANG SAKA BIRU. Ya, mereka sudah bekerja awal seminggu rasanya. Tidur tak cukup, tinggal anak bini, makan tak tentu. Tetapi kalian? Enak ditangkap, diambil keterangan kemudian bersantai dengan menu yang dihidang oleh PDRM. Kemudian, maki PDRM sebagai anjing kerajaan! Adakah anda dilayan seperti binatang? Tidak. Malah, dilayan lebih bergaya dan kenyang daripada SANG SAKA BIRU itu sendiri!
  9. Untuk lebih berkesan, letakkan diri kalian sebagai penyarung uniform SANG SAKA BIRU. Tertekan, lapar, sakit hati, penat. Pasti itu yang kalian rasakan. Itu hanya bayangan yang sekadar imagine, bukan realiti. Maka, kalian lebih suka memuaskan nafsu mereka yang terdesak dan rakus untuk sokongan yang majoriti!
  10. Inilah susahnya bila pemimpin mahu berlagak HERO dan bergelar PELINDUNG kepada khalayak ramai. Tetapi, tanpa sedar kalian hanya wujud untuk merosakkan satu struktur yang dipanggil PERPADUAN. Spin sana, spin sini. Siapa jiwanya lemah, dan masih terkapai mencari hala tuju perjuangan dipengaruhi. Maka golongan golongan perosak semakin besar, dan semakin besar. Struktur tamadun bangsa yang diperkukuh untuk beratus tahun lamanya hanya musnah dalam masa singkat! Nah, inilah yang kita dapat untuk memuaskan nafsu golongan tertentu.
  11. Kawan, hendak berjuang tidak salah. Tetapi harus kena pada cara dan matlamat asalnya. Kita semua hasil dari golongan perjuangan, iaitu KEMERDEKAAN Apa, kalian fikir untuk meraih kemerdekaan itu semudah hanya berkata, "wei kita perlu berjuang untuk kemerdekaan dan keadilan tanah sendiri!". Tidak, kawan. Berapa banyak nyawa terkorban, banyak juga darah mengalir. Banyak juga kita kehilangan. Kita perlu masa untuk menstrukturkan kembali semuanya. Manusia-manusia dikerah supaya lebih berilmu dan bertamadun. Tetapi, kita setelah berpuluh tamadun itu terhasil dengan minda lebih yang intelek, dinamik lebih suka melihat ia runtuh dan hancur dari berusaha untuk mengekalnya. Pelik bukan?
  12. Ingat kawan, berapa ramai jumlah yang hadir bukan kayu ukur kemenangan. Apa yang perlu, kita hanya berusaha untuk melihat hasilnya dalam PRU 13 ini nanti. Jangan risau. Kita perlu yakin dengan transparency  bangsa Malaysia itu sendiri.
  13. Kepada pihak satu lagi, biarkan maklumat itu bebas bersirkulasi. Beri peluang dan pujian kepada mereka. Biar rakyat menilai, kerana aku percaya pencernaan maklumat yang dibebaskan akan menjadikan khalayak lebih bijak membuat konklusi sendiri.
  14. Apa yang aku kesalkan bilamana terdapat sebilangan ibubapa membebaskan anak mereka untuk bersatu dengan kerakusan mereka yang tertentu. Apalah ertinya andai sekecil usia itu mereka sudah dibelai dan dimanjai dengan elemen ekstrim! Dan, aku percaya 'segunung emas' yang dicurah mereka pasti bertukar 'sepulau racun' yang akan menghancurkan hidup sendiri.
  15. Tolonglah, apapun perjuangan kita; parti mana kita bernaung jangan sesekali hancurkan kemerdekaan ini. Bukan senang untuk dapatkannya. Tidak semudah kita membaca ABC atau 123. Jerih payah golongan terdahulu menggadai harta, menggadai nyawa usah kita leburkan untuk mencapai KEADILAN yang kalian tidak pasti matlamat halatujunya.
  16. Untuk hal ini, aku mahu jadi berprinsip. Dalam sesetengah perkara, aku bersetuju dengan BERSIH tapi bukan dengan cara pelaksanaannya. Tidak! Dalam penentangan dan perjuangan, aku percaya bilamana kita dapat membaca KEBODOHAN pihak lawan, dengan mudah kita jatuhkan mereka. Ini baru cara sihat. Bukan politik kotor seperti yang biasa dimainkan.
  17. Aku sendiri rasa tidak selesa bila bertindak gelopoh dan gelabah. Itu cara orang bodoh. Biarlah berapa tebal ijazah yang kau ada, tetapi otak dan akal masih ditakuk lama jika terus berusaha memuaskan kepentingan sendiri. Untuk sekalian kalinya, aku tidak ada kepentingan besar sebagai pemimpin peringkat atasan bagi pihak yang kalian tentang. Tetapi, sebagai warganegara aku mahu kita sama-sama berfikir meruntuhkan itu memang senang tetapi untuk mengembalikan maruah keadilan itu bukan sesuatu yang mudah. Tidak perlu korbankan struktur kukuh tamadun untuk bergaya sebagai HERO kerana kau perlu bersusah payah untuk kembalikan struktur kukuh dan utuh untuk KEADILAN yang kau laungkan!


p/s:
Untuk 'ustaz usatazah' BERSIH tolong faham, aku bukan menghina kalian dari status terdahulu kerana berkali-kali mengungkapkan perkataan BODOH. Perlu kita ingat, pada masa sekarang ISLAM tidak runtuh kerana kuasa luar tetapi runtuh kerana sikap kita sendiri. Fikir-fikirkanlah!

Untuk sahabat-sahabat BERSIH, aku bukan mengisytihar perang untuk bermusuh ke atas kalian. Kita masih berjuang juga walaupun bukan dengan cara hardcore atau extreme. Dan, aku nampak kita terlalu taksub sehingga melupakan perkara kecil yang sebenarnya besar dalam perjuangan. Harap kalian faham.


(SUMBER GAMBAR: PDRM.)

Tuesday, July 5, 2011

sama-sama bermotivasi!


  1. Sekali lagi, bilamana manusia dihamparkan dengan segunung emas, nescaya mereka takkan cukup dengan segunung emas itu.
  2. Sedari kecil, aku perasan hidup hanya indah tetapi tidak mencabar bilamana kita hanya mampu membina mimpi tanpa berusaha. Tak kira jalan mana yang kau pilih untuk meneruskan kehidupan bagi aku tak penting, asalkan BERUSAHA dan lalui JALAN HALAL.
  3. Tak perlu kau "tikam" orang lain untuk kelihatan hebat dan sama tinggi dengan manusia moden. Nampak seperti berkebolehan, tapi jangan sesekali kau lupa hukum Tuhan.Yang kau pegang sekarang hanya undang-undang hutan.Entah dari "rimba" mana kau belajar.
  4. Dalam hidup ni, langkah panjang atau pendek perjalanan hidup boleh kau lihat perbezaannya sesama manusia. Kau perhatikan dari cara ia berfikir, kalau pendek; tingkahnya gopoh dan rakus. Kalau langkahnya sudah panjang, dari jauh sudah kelihatan bodohnya. Tak perlu kata apa-apa. 
  5. Wahai manusia yang rata-rata bergelar HAMBA. Usah angkuh, usah bongkak. Sehebat mana kedudukan, secanggih mana kau rancangkan, jangan kau 'langgar' apa itu QADA' DAN QADAR'. Jangan kufur pada nikmat. Jangan kau menyesal pada bala atau nestapa yang menimpa. Apa sebagai MANUSIA kau lupa siapa "Tuan Empunya"?!
  6. Untuk hidup yang lebih mendepan, jangan kau harapkan kesenangan. Mana ada emas datang di longgok semudah kau melafaz kata. Ulul Azmi, Nabi-Nabi yang bersifat maksum pun Allah beri ujian. Kau manusia, darjat apa yang kita ada? Maksum jauh sekali!
  7. Kau tahu, dalam hidup, aku pegang prinsip "ilmu harus dilawan dengan ilmu", biar sama bisa dan sengatnya. Tapi untuk KEBODOHAN, aku perlu berbuat bodoh juga. Buat-buat tak nampak pun tak apa. Kerana, seperti kata Imam Syafie, "...kerana orang bodoh itu tidak memahami landasan ilmu". Nah, kau nampak kan? Kata-kata yang bersahaja.
  8. USAHA, USAHA, USAHA, dan USAHA.Kalau kau tak mampu berlari mendaki tangga, naik LIFT pun tak apa. Dunia sudah maju. Dengan mendaki tangga, peluh yang menitik itu lebih dihargai.Dari semudah kau menaiki LIFT; masuk-tekan-tekan lagi-buka-sampai! Mana ada 'peluh usaha'! 
  9. Kalian faham kan? Bahasa yang aku guna ini bukan bahasa tinggi. Aku mana reti 'berbunga-bunga'. Jauh sekali "berbahasa dalam". Aku guna bahasa seharian warga Malaysia. 
  10. Nah, ini kesan duniawi. Bilamana kita terbiasa dengan materialistik yang menjadi 'lipstik' selamanya yang kau kejar hanya duniawi. Kita harus faham dan belajar "perumpamaan" ini. Aku katakan 'perumpamaan' kerananya labelnya ada ILMU KEHIDUPAN juga aku namakan Penyampaian 10 Perkara.
  11. Penyampaian 10 Perkara ni satu resolusi diri. Aku harap kalian kongsikan dan kita sama-sama bermotivasi!