- Ya, yang ini adalah logo kolej yang gua sayang. Stand for "INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY TWINTECH". I was study here, since 2007-2010. Starting at IUCTT Sabah Branch, end at Kota Bharu Campus.
- Kenapa gua sayang Twintech ni adalah pokok persoalan yang perlu gua jawap selepas setahun gua meninggalkan alam kampus. "Campus life" is a real life where me, and my friend live our life as student, survivor, and founder.
- Twintech Sabah - August 2007, permulaan kepada kesedaran gua bilamana gua lihat sistem pendidikan swasta 'menekan' golongan marhein yang biasa-biasa seperti gua. Saat itulah yang menukar persepsi gua, budak UiTM juga biasa-biasa. Hatta, budak UTP, UKM, UM dan lain-lain universiti awam. Ya, biasa-biasa.
- August 2007, Q6-1, Country Heights; menjadi markas gua berkenalan dengan rakan-rakan lain. Manakan gua bisa lupakan, EDWIN, KEVIN, RAFI, FRED. Senior yang mula menyapa, gua sambut dengan senyum mesra. Fourtin, Azie, Man dll. Auntie Dora dengan si uncle jauh sekali gua tak pernah lupa.
- Q6-1, masihkah seperti dulu? Life kat sini, sungguh gua hargai. Cuba tanyakan kepada mereka yang gua sebut di atas, apa nostalgiknya Q6-1 kepada kami semua. Pada masa-masa gua mula 'bencikan' Twintech kerana sikap sambil lewa dalam kebajikan student, Q6-1 nilah markasnya. Buat kali pertama dalam sejarah IUCTT Sabah Branch, himpunan pertama beramai-ramai gua kumpulkan kekuatan. Gua ulang, KEKUATAN! Bukan demonstrasi tak puas hati. Bukan kerana sokongan politik. Bagi gua masa tu, sikap menunggu dan lepas tangan admin memang kurang ajar. Lu orang bayang, lusa tamat kontrak asrama tamat dengan pemilik, esok lu kena bagi balik kunci hostel in addition, carik rumah sendiri! Babi, celaka punya manusia.
- Gua taip surat, mintak tandatangan sokongan student asrama kolej sekitar Country Heights. Alhamdulillah, kekuatan ada. Sayang, ada yang masih bacul menyokong ketidakadilan. Untuk pengetahuan, masa tu gua baru umur 18 tahun. 18 tahun! Senior gua tua 2,3 tahun macamtu. Surat minta penjelasan + campurtangan pihak atasan gua serah kepada Dr. Jurin Gunsalam. Thanks, Dr. Jurin, I appreciate you all the time.
- Saat pada masa tu,gua sudah pasrah. Kolej nak buang gua, nak burukkan reputasi gua; gua tawakal. Allah ada. Saat masa gua dicemuh sebagai pelajar bodoh oleh seorang lecturer lelaki ni, gua masih mampu tergelak. Saat ada penyokong beliau berkata gua susahkan pelajar lain; gua masih senyum. Siapa goyang sebenarnya? Gua bukan mengaku gua gagah. Tak! Masa tu gua fikir, hak dan keadilan sebagai pelajar.
- Siapa tau, gua pernah diugut di shopping complex bernama "Centre Point" oleh sorang pelajar senior lelaki. Bangang tu sumpah gua lupa nama. At the end, gua dengar dia antara kumpulan senior pertama yang quit sebab tak percaya dengan kebolehan admin dalam mengendalikan kebajikan pelajar. kah kah kah!
fucking people! - Siapa tau, apa perasaan gua bila digelar bodoh oleh seorang lecturer yang bermuka-muka. Yang pada akhirnya, si lecturer tu pun quit jugak sebab kononnya takde masa depan bersama Twintech. kah kah kah! another fucking people.
- Siapa tau, sebenarnya ramai yang memuji tindakan gua masa tu. Tapi tak berani ke depan bersama bimbang kepada "kuasa besar". Bila gua jumpa sorang-demi-sorang; masing-masing mereka memuji keberanian gua. Frankly speaking, gua tak harap pujian. Sumpah, demi Allah. Dalam setiap langkah kehidupan gua; gua tak mintak dijunjung, lillah. Masa tu gua melihat local Sabah, hanya mampu tunduk dengan 'gula-gula manis'. Gua harap, local sabah masa tu mampu mencorak sendiri tanpa tunduk kepada orang-orang berpangkat. Ketakutan yang menjadi nightmare dalam hidup diorang, gua cuba pecahkan menjadi serpihan KEBERANIAN yang perlu diolah semula. *celake, power ayat gua.
- Masa tu, perlu diingatkan sekalian mereka, macamana gua dicerca, di cemuh,dikeji oleh sebilangan mereka gua tak pernah walau sepatah berkata "nak pindah kolej". Sumpah, lillah tak pernah. Yang pernah gua luahkan cuma satu "jangan jadikan Twintech ni sebagai one-stop station, there's our future. masa depan kita kat tangan kita".
- Kepada yang pernah mencaci, mengeji, mengejek tindakan gua masa kat Sabah Branch dulu; harap lu orang fikir, tengok balik diri sendiri. Gua bermula dan tamat di IUCTT. Gua ulang, IUCTT! Bukan UiTM, bukan Politeknik, bukan KYS, bukan Cosmopoint.... Fikir lah.
- Jun 2008 - gua mengorak langkah ke Pantai Timur. Yup, IUCTT Campus Kelantan. The first student transferred from Sabah Branch to Campus Kelantan. Sampai kat sana, orang pertama sambut gua, Sir Ibrahim. The oldest lecturer. Masalah timbul bila benda-benda yang sepatutnya disediakan/faxed oleh Sabah Branch takde kat gua. Masa tu gua pasrah lagi. Sapa suruh gatal sangat rebel kan? keh keh keh
- I study a lot of things here. Cultural, life style. Sikit demi sikit, gua berubah. Tak lanyak lagi life yang huru-hara. Great people was here, lecturers; admin, staff and the whole warga Twintech.
- Rakan-rakan yang banyak menyokong program/aktiviti yang dianjurkan, team kepimpinan MPP; walaupun hanya sedikit yang bekerja.Ya, sedikit. Perlu juga dicatatkan, di sini gua dilantik Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.
- Masa tu sikit huru-hara, sebab gua 'ditinggalkan' tanpa misi yang jelas untuk memacu satu badan induk pelajar yang dipandang tinggi. Berprestij kata modennya. Bermodalkan ketidakpuas hati golongan majoriti gua cuba mengorak satu demi satu program. Penekanan utama gua masa tu ramai yang tak tau. Gua melihat masalah penyatuan dan perpaduan. Mereka hanya bersatu bilamana membicarakan soal-soal pengurusan sediaada, seperti yang 'sedia maklum'. Tapi masih sama pokok pangkal masalahnya, iaitu tiada yang mahu kedepan bersuara.
- Grand project dalam kepala gua cuma satu, Annual Dinner. Gua teringat, ada suara yang berkata "mustahil, mustahil dan mustahil" Ada lagi punya suara, "nak buat dalam kolej kumpul student pun susah lagi nak buat kat luar dengan kos yang besar. memang tak harap la"
- Gua adalah gua. Saying "yes" for impossible thing others perception. Kolaborasi masa tu memang gagal, dari belasan yang dilantik, cuma 2,3 orang bekerja. Memula gua give-up jugak dengan sikap sambil lewa. They know how I done my work, passion and effort kena ada. Satu demi satu masalah gua atasi. Dari A sampai ke Z. I really appreciate for those people yang sanggup sama-sama bekerja walaupun ada yang bukan committee member. Cheker, Kak Afifah, Mustaqim, En. Suhaimi; thank you guys.
- Dalam masa kesibukan gua tu, mula tersebar cerita gua ambil duit hasil kutipan 'table fee'. Malaun mana start punya cerita gua lupa. Sumpah lillah, jangan kan kata RM1, seposen pun gua tak claim. Gua tau mana batas gua sebagai seorang penggerak. Gua tau apa kelebihan gua masa tu. Gua ingat lagi Duan cakap kat gua, "gila kau, tak claim?!" Gua reply, "gua claim ke, tak claim ke tetap timbul citer pasal duit ni" Dalam pengurusan sebegitu, dengan takde specific account bank gua terpaksa bawak ke hulu, ke hilir cash money berjumlah ribuan ringgit tu. Sumpah, gua goyang bawak amanah tu.
- Tapi still jugak ada mulut celaka, kutuk gua makan duit. Yang gua ingat, citer-citer kedai kopi. keh keh keh. Ada cerita pasal isu duit, tapi gua malas nak kecoh-kecoh. Cuma gua pasti, bebudak rumah sewa gua ingat siapa datang jumpa gua tanya pasal collection tu.
- Alhamdulillah, passion and effort suma pihak banyak membantu. Hampir separuh kita berkumpul di Ballroom Renaissance Hotel Kota Bharu. Masalah banyak timbul, dan kita belajar memperbaiki daripadanya. Perbincangan, team work sangat perlu dalam menjayakan satu-satu usaha yang membawa kepada penyatuan.
- Gua akui, gua bukan hebat. Gua bukan local Kelantan yang selayaknya menerajui kepimpinan student yang rata-ratanya adalah local Kelantan. Gua tau, ada yang persoalkan kenapa bukan local Kelantan yang pegang jawatan Presiden. Gua ingat lagi, bila ada suara berkata "sebenarnya orang kelantan ni tak jahat, yang banyak jadi jahat kat kelantan ni orang luar" sambil mata menjeling gua. Itu cuma persepsi yang biasa-biasa tapi bangang untuk kematangan seorang manusia seperti gua. Isu ni gua pernah jawap sikit masa dulu.
- Masa mula-mula dilantik, selesai Mesyuarat Pertama gua secara berdepan meluahkan kepincangan, berbincang dengan COO, En Ashaari Mohd Salleh. Bagi gua, cakap belakang takde guna. Bak kata pepatah lama, "cakap berdegar-degar, ekor bergelumang tahi". Face-to-face. Banyak persoalan, banyak masalah gua ungkapkan. Macam biasalah, gua manusia biasa. Ada benda yang mampu gua buat, gua laksanakan. Sesetengah perkara tidak.
- Tapi, inilah bukti yang kenapa gua sayang kolej gua. Misi, visi gua masa tu melaksanakan kesedaran. Alhamdulillah, gua tengok sekarang banyak program luar dalam masa sama pasti dapat melakukan sedikit promosi untuk kolej kesayangan ni.
- Gua manusia biasa, sepanjang masa-masa ni (2007-2010) mungkin gua ada tersalah kata, terkasar, termaki. Gua mintak maaf. Jujur dari hati, gua tau ada sebilangan lecturer terasa hati dengan gua, rakan-rakan taulan, rakan-rakan kepimpinan. Sumpah lillah, gua tak mintak disanjung. Lu orang nak maki gua, makilah. Lu orang nak cakap gua tak layak jadi Presiden, cakap lah gua tak amek hati dah.
- Suma tu dah berlalu. Gua tau; ada yang dulunya ke hulu ke hilir ikut gua sebenarnya just want to take some advantage. Nak nama. Gua tak heran, manusia macamni. Biasalah, adat dunia. Ada masa-masa kita kena sokong, ada masa-masa kita di jatuhkan. Tapi, sumpah lillah gua tak amek hati. Tak doakan yang jahat-jahat untuk kawan-kawan yang gua sayang. Gua doa yang terbaik untuk kita semua.
- Untuk suma pihak dari Sabah Branch( team Q6-1, Major, Dr. Jurin, Ms Sarina dll) ke Twintech Kota Bharu( En. Suhaimi, Pn. Razana, En Zakymin, admin, staf, rakan MPP) ; thank you very much. Tanpa kalian mungkin gua jadi orang yang takde prinsip, takde hala tuju. Dan, tanpa kalian mungkin sampai sekarang gua tak tau makna "kenapa gua harus sayang kolej gua!"
p/s:
aritue Ain Amatikah ada tanya kenapa gua always keep update with IUCTT, tulisan ni adalah jawapan nya.
3 comments:
bravo rashid..sadis gk cite ek...
ada nama yg tercicir, Huda + Abe Shah(penasihat rohani), bekas-bekas pelajar, ex-staff Twintech and our team especially.
i really appreciate u guys!
memang sedikit yg bekerja untuk dinner tu... T_T"
tapi last2 yang tak buat kerja jugak la makan free
Post a Comment