- Satu benda yang aku realize masa kini, ramai antara kawan-kawan aku kerap bertanya dan mengadu tentang soal hati mereka terhadap orang yang mereka sayang. Ya,, adakalanya masalah perhubungan buat kita jadi kelu, empty. Ye lah, benda-benda ceria yang biasa kau hadap hari-hari, akhirnya hilang satu demi satu sebab perhubungan tu retak. Tak kisah la sebab ada orang ke-3 ke, dah tak percaya, dan paling gampang sebab kau takda harta.
- Ok, fine. Bagi aku benda-benda semua ni memang bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi, bila orang yang kau sayang tu bahagia dan kau hidup merana. Soal hati dan perasaan bro, mat rempit pun boleh menangis apatah lagi manusia yang biasa-biasa macam kita kan?
- Aku tak nafikan, aku sendiri pernah lalui benda semua ni. Kalau tak, aku tak berani tulis dan bercakap benda yang tak pernah aku alami. Perkongsian pengalaman. Bodohnya aku masa tu, aku kembali cari benda-benda yang takda faedah dan bawak mudarat kat diri sendiri. Rokok, rokok, rokok... Bila dengan rokok aku rasa feel tu hilang. Sedih dah ke laut. Damn. Pada akhirnya, aku jadi tegar sama rokok.
- Real love is not easy to find. Macam aku aku cakap, benda-benda yang ceria, si bunga yang kerap SMS kau ayat-ayat cinta buat kau rasa lebih perfect, semangat!!! Setiap hari, kau rasa macam taknak tidur, asyik nak bergayut, SMS, webcam bagai suma tuh. Once, its broken; forever effect to your recent life. Cinta, bila hanya kau ikut perasaan treat them like, you know cinta kau letak lebih dari Tuhan memang tak ke mana. Kalau kau kahwin pun mungkin tak bahagia. Mungkin la.
- Bagi aku once hubungan tu dah tak boleh blah, kau perlu move on. Ia mungkin ambik masa yang lama. Mungkin 3 bulan, mungkin setahun. Mustahil jugak untuk selamanya kan? Buat apa kau merana sorang, padahal si bunga tu dah hidup bahagia. Wake up la kan? Yang penting, mak bapak kau masih ada. Kawan-kawan yang supportive ada. Try la benda-benda baru yang mungkin boleh bagi kau bahagia lebih dari masa kau ber-couple tu.
- Ada baiknya kau putus saat kau belum ada official relationship. Bertunang, contohnya. Mungkin tu sakitnya lebih dalam. Benda-benda soal jodoh, soal hati perasaan ni bukan boleh kau expect exactly 100% jadi macam kau nak. Qada' dan Qadar Allah bro. Mungkin masa kau bercinta sakan tu kau dah sia-siakan peluang baik depan mata, lupa tuhan, lupa hukum. Once kau break, kau dah boleh kembali mencari Tuhan. Semua tu adat dunia. Tuhan tempat kita mengadu.
- Untuk aku sendiri, aku ambil masa dalam beberapa bulan untuk lupa 'orang' tu dalam hidup aku. Sehingga sekarang, aku tak boleh hidu perfume yang dia pakai. Memorable places yang pernah aku pegi dating, favorite song etc. Gampang kan? Sampai sekarang aku still rasa sakit. Tengok kereta brand HONDA jangan cakap lah. Rasa nak calar-calar pun ada. kihkihkih
- Kita hidup hanya sekali. Meratap sampai keluar airmata darah sekalipun kalau Tuhan kata hubungan tu setakat tu saja, kau perlu pasrah. Bila aku cakap KITA HIDUP HANYA SEKALI tu maknanya perlu move on. Make a new life. Tak perlu nak meracau macam dah hilang nyawa. Buat dosa kita tak pernah menangis, kenapa bila putus cinta; hilang orang yang kau sayang perlu meratap sebegitu rupa? Ini muhasabah.
- Untuk kawan-kawan yang aku sayang, ini pesan yang aku quote dari official Facebook "TERFAKTAB".
Thursday, November 24, 2011
kita hidup hanya sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment