Tuesday, March 20, 2012

kawan dan masa.


kadang-kadang,
gua terfikir ada ramai kawan yang satu masa dulu rapat 
ketawa sama-sama
ada problem kongsi sama-sama
air segelas kongsi sama-sama
nasik sepinggan kongsi sama-sama

bila jalan kehidupan berbeza
kosong.
rasa macam kau-kau dan aku; tak pernah kenal.

mungkin sebab masa.
mungkin la, kan? siapa tahu.

aku sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
kau sibuk, ah lupa; terkapai-kapai dengan pelajaran; kerjaya dan mungkin jugak keluarga.

kadang-kadang mungkin tu cuma alasan.
mungkin sebab kita bosan dengan kehidupan.
entah lah.

1 comment:

Muhd Aizie said...

Kawan bukan semua sama.