Sunday, March 25, 2012

kau lukiskan impian, aku bina segalanya II


2 tahun itu bukan jangka masa singkat
tidak ada pelan terancang dengan indah
saat kita jatuh, ada tangan yang berdoa untuk bangkit semula
saat kita bangun dengan jayanya tangan itu terus berdoa
semoga kekal ke hari tua.

hati ini milik kamu sayang
dunia ini kadangkala mencaci jijik dengan impian kita
dunia ini selalu buat kita kecewa dengan manusia yang perangai celaka
dunia inilah yang impian kita lukiskan, membina kejayaan dari mimpi ngeri masa lalu

maafkan 
kalau aku pernah terjerit
maafkan
kalau aku pernah menengking
maafkan
kalau pernah tangan aku sampai ke tubuh 
maafkan
kalau aku pernah buat kau kecewa dengan cerita masa lalu
maafkan 
kalau ada hati-hati yang celaka merebut cinta kita
maafkan.


ingat sayang,
masa depan adalah sinambungan masa lalu
yang sentiasa bercerita jatuh bangun kita
yang sentiasa beritahu sisi gelap kita
jangan mengalah
kerana Tuhan itu ada.


ingat sayang,
dunia ini takkan pernah melepaskan masalah kepada kita
cuma kita perlu kurangkan mengeluh dengan perilaku dunia
yang kadangkala kejam
yang kadangkala celaka.

mari,
kau lukis impian
aku bina segalanya, kembali.

No comments: