pernah dulu
bila ada bulan mengambang memancar aku akan perhati
sambil cakap pada bulan,
"kau cantik hanya bila ada cahaya, nampak buruk bila tiada cahaya."
sekurangnya, bulan itu patuh pada Tuhan.
tak pernah mogok, tak pernah ingkar.
sebab keburukan, hodohnya rupa sebenar ditutup dengan indahnya pantulan matahari.
itu cerita tentang bulan.
ini AkuJanji.
bukan pada bulan.
sebab, dalam hidup aku sekarang
semua tentang kau.
tentang impian.
tentang harapan.
tentang kebertanggungjawapan.
maaf,
kalau syurga yang kau harapkan kerana
terkadang aku bawak NERAKA untuk kau.
maaf,
ini AkuJanji.
Kota Damansara,
Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment