Sunday, May 27, 2012

kira-kira.

Bila aku kira-kira, bila aku bilang jari sendiri, bila aku ingat-ingat; sudah berapa banyak tekanan yang aku hadap selama lebih kurang 10 tahun aku bekerja dalam bidang ni. Lagi-lagi 2 tahun kebelakangan, beraksi sebagai management team.

Betul, aku masih muda. Sehijau warna daun, macam tu lah aku kira umpama umur aku; 23 tahun. Bright year, bright future, bright star; orang bilang. Orang bilang, bukan aku. Aku sendiri tak pernah sangka seusia ini Tuhan sudah bagi aku stage yang aku sendiri tak pernah sangka. Ayat belit, sebab aku tak tahu celah mana aku nak describe benda-benda macam ni. Dan, aku jugak tak tahu apa pandangan orang-orang sekeliling, orang-orang yang aku lead, sebab diorang lagi berusia dari aku.

Kadang-kadang, aku sendiri rasa tak larat. Rasa nak meratap. Tapi, dekat siapa? Sebab, ini jalan yang aku pilih. Jalan yang Tuhan bagi. Nak tak nak, hadap je lah. Cuma perlu banyak sabar. Situasi arrogant vs. loyal bukan sekali dua aku pernah hadap. Aku pun ada ego aku sendiri serupa dengan orang lain. Aku tak suka benda yang orang tunjuk pandai, tapi benda tu bukan dia yang kasi jalan, bukan dia pecah kepala perah idea, bukan dia berbuih mulut explain benda jadah segala fakta. Lebur hati. Suka, sebab bodohkan orang lain yang konon-konon tak tahu apa-apa.

Kadang-kadang aku terfikir, dunia ini hanya menempatkan manusia ego yang tak bertempat. Bodoh sombong, senang cakap. Konon-konon semua benda dia tahu, dia expert; pendek kata dialah segala-galanya. Padahal, ada hidden agenda. Mahu kena tengok sama tinggi dengan level jawatan. Mahu jilat telor orang besar. Sorry der, aku bukan bergaya macam tu. Seboleh-boleh aku mahu kena lihat sebab working abilities, commitment and willingness. Cakap banyak tak guna. Benda ni korang boleh fikir.

RESPECT, tu je benda penting kalau nak move on sebagai satu team.


tarik nafas panjang-panjang, complicated. biarkan manusia ketawakan kebodohan diri sendiri.

1 comment:

Saya said...

marah abang ni. Dah tu cemana bang?