- PKR dah mula berpengaruh dekat pulau kelahiran gua ni. Baru beberapa hari lepas, Leader De'Facto PR, DS Anwar Ibrahim berkempen bersama-sama dengan kepimpinan PR yang lain seperti YB Sivarasa, YB Azmin, YB Zuraida juga pemimpin-pemimpin PKR juga DAP turun padang ke pulau ni.
- Anwarisme ni umpama virus. TS Ibrahim Menudin veteran UMNO secara rasmi mengumumkan kemasukan kedalam PKR, mungkin beliau ni gua perati akan menjadi orang penting dalam Cabang Labuan. Mungkin lah. Pemerhatian gua tak lebih kepada manifiesto PKR dalam memenangi hati-hati kecil anak pulau, juga siapa yang menjadi keanggotaan dalam cabangnya.
- Dari segi manifiesto, ada beberapa perkara yang gua tak berkenan. Sebenarnya, tidak ada salah PKR mahu bertapak secara kukuh di pulau ni TETAPI sentimen yang dibawa harus sesuai dengan sensitiviti masyarakat setempat. Katakanlah, kita sibuk membicarakan soal liwat Anwar Ibrahim ataupun isu-isu yang mencalar kredibiliti pemimpin-pemimpin PR itu adalah soal-soal peribadi mereka sendiri. Soal peribadi pemimpin dengan kepimpinan parti kerajaan tidak perlu menjadi isu dalam usaha menawan hati-hati kecil anak watan! Ini serius, isu peribadi Anwar adalah isu antara beliau dengan pembesar-pembesar UMNO bukan masalah warga pulau untuk kita ambil endah.
- Isu-isu yang melanda kepimpinan di Federal tidak perlu dicampur aduk, senang cerita. Anwar ni bekas orang nombor dua UMNO, pembesar UMNO. Jadi, tabiat orang UMNO ni memang tak boleh dibuang dari tebiat Anwar. Dia ni berkawan dengan orang-orang berpangkat. Dia bawak isu sebab mahu jadi PM. Lu orang ingat dia kisah sangat ke dengan kesusahan rakyat? Dia ada ambik berat ke pasal rakyat miskin? Takde punya lah. Percaya cakap gua, slogan kuasa rakyat ni sekadar mengaburi mata rakyat tak lebih mahu bagi kita yang biasa-biasa ni berperasaan macam orang-orang besar jugak. Tak percaya, cuba tengok kronologi BERSIH, 901, dan juga peristiwa malam merdeka tu hari. Apa jadik? Kita hilang kemanusiaan sebab politik? Gila!
- Bila gua menulis macamni jangan la kawan-kawan kata yang gua ni pencacai UMNO. Gua percaya kepada politic natural. Takde provokasi melampau. Easy. Semua rakan-rakan pembangkang kenal gua punya prinsip macamana. Even, dengan YB Sivarasa tuhari gua dah wish "Good Luck, YB". Dia terkejut. Tapi gua balas, "Opposition is in the right track. You're drive for opportunity. Once, you fail; you lost the opportunity" Dia senyum, sebab dia faham. Sentimen yang dimainkan di Federal tidak layak untuk dijadi bahan politik di pulau kecil ini.
- Yang buat gua jadi tak paham, kenapa Cabang Labuan ni dah mula berebutkan kuasa nak jadik calon PRU? Sentimen kaum-kaum juga agama dah mula kena canang. Orang UMNO tergelak-gelak jugak perati perangai korang. Percaya cakap gua permainan sentimen yang melampau-lampau baik dari PR mahupun BN dekat pulau kecil ni nak jadi apa? Nak jadi macam dekat Federal? Kemudian, orang lain ketawakan kebodohan kita? Macam tu? Sedar la sikit, macamanapun pegangan politik kita; jalinan saudara tu tetap ada. Persaudaraan tu penting.
- Jambatan? Kau bawak isu jambatan? Kajian ni patut secara menyeluruh oi! Bukan sebab BN tak nak buat; kau terhegeh-hegeh nak buat. Setakat nak bagi senang ke tanah besar Sabah tu tak payah la buat benda melampau-lampau. Realisitik lah sikit. Ekonomi ni benda menyeluruh. Buat jambatan ni bukan cerita untuk 5tahun macam PRU, ni cerita mungkin sampai 7keturunan. Ah, boring gua nak explain benda ni sebab gua dah explain through Facebook gua masa Hari Wilayah tuhari.
- Ok lah, sebenarnya gua dulu memang sokong propaganda Anwarisme ni. But since dia cakap pasal isu PTPTN terus gua fed up. Lagi-lagi hal BERSIH dengan 901. Yang pasal PTPTN tu, dia lupa ke yang ada jugak student buat loan MARA dengan lain-lain bank? Adam Adli ni bengap sangat nampak gaya. Kuat sangat terpengaruh.
- Last but not least, membuang Anwar daripada UMNO memang senang untuk Mahathir lakukan; tapi membuang perangai UMNO dalam tabiat Anwar takde sekor pun boleh lakukan! Pecaya cakap gua. Mungkin pulau kecil ni bakal jadi mangsa.
Monday, September 17, 2012
Anwarisme Dan Pulau Kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment