Saturday, November 17, 2012

tak ada untungnya untuk orang gila macam aku.
tapi kau tetap iya kan.

mungkin kau rasa terabai, tapi kau pendam.
mungkin sebab, ini habit yang sudah jadi kau punya kebiasaan.
makan bertahun.

membebel? aku rasa kau dah jenuh.
dah berbuih.
bukan sekali dua. tak terkira.

mungkin kau sedar, aku buat benda ni sebab kau.
aku tak nak benda-benda macam ni jadik penghalang ke jalan Tuhan.
dunia dan ketuhanan, aku cuba seimbangkan.


sebab,
jalan yang bakal kita lalui masih panjang.
tingginya angan dan impian. harapan juga kebahagiaan
pada Tuhan bakal kita persembahkan.

aku tau,
lewat malam bujang ini; selalu ada keresahan.
gangguan iblis syaitan yang entah apa-apa.

Tuhan,
pulihkan aku dari kegilaan ini.


#LabuanTheGreat #DemiCinta #TillJannah.
17-11-2012.

Monday, November 12, 2012

November Rain 2012.

kadang-kadang,
kita bagi peluang yang entah apa-apa kepada hidup sendiri.

keluh kesah
gembira duka
tangis ketawa
pengisian juga entah apa-apa.

fasa-fasa kehidupan yang sudah kita lalui
frasa-frasa bahasa kehidupan
guru-guru juga ilmu kehidupan
kematangan juga keanak-anakan
entah apa ada cerita di sana, sehingga kita jadi seperti hari ini.

sampai sekarang, point of view kita berubah.
tiada lagi caci maki kehidupan
tiada lagi celaka-celaka paling nyata

tiada lagi yang meremukkan hati.

jadi, apa yang aku tunggu lagi di sini?

oh ya, sedang menunggu hari rupanya.


#LabuanTheGreat
In The Cold November Rain, 2012.

Friday, November 2, 2012

siapa tiru siapa?

Akhbar Daily Express hari ini menggunapakai tajuk besar "No Bridge Promises". Saya hanya ketawa kecil kerana sudah menjangkakan jawapan sedemikian waima sebelum kehadiran YAB Timbln. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 2 hari lalu.

Saya konsisten untuk mengatakan TIDAK kepada pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok kerana yakin ianya bakal menjejaskan reputasi ekonomi Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir.

Kita tidak perlu mengambil perbedaan dengan mengumpan isu Jambatan Pulau Pinang I & II kerana saya yakin wakil-wakil kerajaan yang ada sekarang bijak membuat perancangan ekonomi dengan tidak menggadaikan status sedia ada Labuan sekarang. Warga Labuan The Great harus sedar, membina sesebuah empayar juga perlu perancangan yang bukan hanya memakan masa 3 atau 5 tahun lamanya. Untuk kerja-kerja pelaksanaan mungkin, ya tetapi tidak untuk ekonomi masa panjang.

Suara-suara yang mewakili politik minoriti kadang kala perlu diketepikan kerana ekonomi dan sumbernya tidak terhad kepada kuasa politik semata-mata.

Mekanisme yang perlu di ketengahkan sekarang cuma memberi tender terbuka pengangkutan air demi memastikan operasi dan pelaksanaannya sempurna dan terkawal. Saya percaya mekanisme yang telus, jujur dengan hasrat memberi kemudahan sempurna kepada masyarakat itu lebih elok dan terpuji daripada kita gah mengetengahkan pemimpin yang entah apa-apa.

Sudah tiba masanya kita menerima keputusan ini dengan hati terbuka meskipun idea jambatan itu dicetuskan sendiri oleh mantan PM kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi sedikit masa lalu.

Sekarang, kita tanyakan kepada wakil suara politik minoriti; idea pembinaan jambatan ini siapa yang tiru siapa?

heh.