Akhbar Daily Express hari ini menggunapakai tajuk besar "No Bridge Promises". Saya hanya ketawa kecil kerana sudah menjangkakan jawapan sedemikian waima sebelum kehadiran YAB Timbln. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 2 hari lalu.
Saya konsisten untuk mengatakan TIDAK kepada pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok kerana yakin ianya bakal menjejaskan reputasi ekonomi Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir.
Kita tidak perlu mengambil perbedaan dengan mengumpan isu Jambatan Pulau Pinang I & II kerana saya yakin wakil-wakil kerajaan yang ada sekarang bijak membuat perancangan ekonomi dengan tidak menggadaikan status sedia ada Labuan sekarang. Warga Labuan The Great harus sedar, membina sesebuah empayar juga perlu perancangan yang bukan hanya memakan masa 3 atau 5 tahun lamanya. Untuk kerja-kerja pelaksanaan mungkin, ya tetapi tidak untuk ekonomi masa panjang.
Suara-suara yang mewakili politik minoriti kadang kala perlu diketepikan kerana ekonomi dan sumbernya tidak terhad kepada kuasa politik semata-mata.
Mekanisme yang perlu di ketengahkan sekarang cuma memberi tender terbuka pengangkutan air demi memastikan operasi dan pelaksanaannya sempurna dan terkawal. Saya percaya mekanisme yang telus, jujur dengan hasrat memberi kemudahan sempurna kepada masyarakat itu lebih elok dan terpuji daripada kita gah mengetengahkan pemimpin yang entah apa-apa.
Sudah tiba masanya kita menerima keputusan ini dengan hati terbuka meskipun idea jambatan itu dicetuskan sendiri oleh mantan PM kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi sedikit masa lalu.
Sekarang, kita tanyakan kepada wakil suara politik minoriti; idea pembinaan jambatan ini siapa yang tiru siapa?
heh.
No comments:
Post a Comment