Sunday, November 30, 2008
Cerita Tentang AKU dan....
Friday, November 28, 2008
UPDATE : MINIT MESYUARAT BPN BIL 5/2008
Tarikh : 27 November 2008 Khamis malam Jumaat
Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm
Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara
Kehadiran : 31 online
1. PanglimaCyber 2. Cheguman 3. Che Moq 3. Ahlang 4. Fazrulls 5. Selendang_delima 6. Dr Novandri 7. Bro Jingga 9. Zealforce 10. Mizi24 11. Perjuang Bangsa 12. Abg Tuah 13.Warga Borneo 14. Apai_ngelai 15. Summadak 16. Taipingmali 17. Sang Tawal 18. Slumber
13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..
BIL
AGENDA
TINDAKAN
1.
Ucapan Speaker
1.1 Ucapan ringkas dari PanglimaCyber Selaku Speaker Dewan
1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri
1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui
Semua Ahli
2.
Perlantikan AJK
2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula
.2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:
i. Penasihat – Dr Novandri
( belum rasmi masih menunggu jawapan )
ii. Speaker – Panglima Perang Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Desprado
vii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie
( wakil Kelab UMNO Mesir )
x. Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mali
v. Selangor- Melayu Sepang
vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii. Negeri Sembilan –
viii. Melaka-
ix. Johor- Jebat
x. Pahang-
xi. Terengganu-
xii. Kelantan-
xiii. Sabah- Sumandak
xiv. Sarawak- Apai Ngelai
2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.
2.3 Manakal jawatann yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang..
Semua Ahli
3.
Membuat Peraturan Forum
3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.
3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.
3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku Setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.
3.4 Cadangan
3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka.Cadangan diterima.
Semua Ahli
4.
Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan
4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui sebagai hari Perbahasan.
4.3 Hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk membincangkan soal Organisasi BPN.
4.4 Semua Ahli bersetuju
Semua Ahli
5.
Logo
5.1 Membincangkan logo Forum BPN.
5.2 Cadangan Ahli:-
i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di
atas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan sedikit saiz logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi esok 28.11.2008 jika logo selesai diubah oleh beliau..
Semua Ahli
6.
Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam
Semua Ahli
JIKA ADA TERTINGGAL ATAU KESALAHAN MINTA ISI RUANG KOMEN DI BAWAH.
Disediakan oleh,
Selendang Delima
Setiausaha 2
Bloggers Pembela Negara
Wednesday, November 26, 2008
MeeT Me as SOD aT Twintech RestauranT!!!
Laporan ke III Sidang Maya Blogger Pembela Negara
Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN )semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama.
Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.
Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber…
Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :
1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.
Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.
2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.
3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..
4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.
5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.
Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…
6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..
7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..
8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..
9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/
10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.
Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.
Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...
Sekian.
Laporan disediakan oleh
Panglima Perang Cyber
Http://penembak-tepat.blogspot.com
Siap pada Jam 3.54 pagi Hari Rabu 25 Nov 2008
Tuesday, November 25, 2008
MeeT Me At Twintech Kitchen Part 1
Huh, memang penat gak jadik chef ni!!!! Hahaha!!! But, this is my first experience involved in kitchen operation, very nice moment... During the whole operation, me assigned to cook Mee Kari. This task cooperation between me and ruby!!!! Hahaha!!!, Cheker provide appetizer(Rojak Buah) The chef of the day is Mimi.
This week, kitchen operated by Hotel Management Student while Restaurant Operated by Food Service Student. Memang gempak!!! At first, memang semua nampak gugup, and finally ; gempak!!!! Anyway, semuanya mengajar aku how to create something be more simple and perfect!!!
Esok, giliran DHM plak operate restaurant.. Aku jadik Supervisor of The Day(SOD)!!!! Ada sedikit masalah, thats the reason why i change with udin... Nantikan citer aku plak... Hehehe....
RESOLUSI KEDUA 'BLOGER PEMBELA NEGARA' !
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )
Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:
1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.
2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.
3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.
5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam
6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.
7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.
Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.
Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.
Sekian terima kasih dari saya.
Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.comSetiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara
tambahan : Blogger yang tidak 'bersungguh sungguh' memberi sokongan dengan membuat senarai ahli BPN dan juga tidak menyiarkan resolusi dianggap tidak berminat dan akan diputuskan samada dikekalkan dalam senarai atau tidak selepas 14 hari diberi peluang untuk mengemukakan alasan atau melaksanakannya.
Perjuangan memerlukan tindakan bersepadu dan bersepakat dan tidak ada lagi prejudis atau persepsi negatif sesama ahli blogger yang ingin membina SUARA BLOGGER yang kuat dan hebat impaknya...Walaupun kita bukanlah blogger yang hebat dan tinggi hitsnya atau terkenal di Malaysia.
Perbahasan semalam turut disertai ahli PAS dan suasana perbahasan sangat hangat sehingga masa sepatutnya tamat jam 11 malam terlajak ke 11 40 malam.. Namun suasana ukhwah sesama ahli sidang dapat dilihat dengan mereka berlapang dada memberi pendapat dan menerima kritikan.Syabas kepada semua....
Monday, November 24, 2008
Tahniah Maman a.k.a Edwin...!!!!
Selamat bertunang kepada sahabatku, Maman a.k.a Edwin the sarawakian yang akan bertunang dengan miss shika, sumandak sabah... heheheheh...
Semoga korang akan terus bahagia hingga ke akhir hayat dan harapnya pertunangan ni akan merangsang korang untuk terus mengejar kejayaan dalam hidup masing-masing!!!
hehehe...15ribu pon 15ribu lar bro... As long as carry on with ur ambition!!! Aramai tih!!!




Subscribe to:
Posts (Atom)