Friday, April 23, 2010
pencinta bodoh itu aku.
Wednesday, April 21, 2010
bukan isu zaid ibrahim!
Sepertinya aku ni mahu kembali kepangkal kehidupan. Banyak betul persoalan yang memaksa aku ‘tengok’ dan ‘rasa’ kehidupan dari sudut yang lain. Aku tak sempurna. Da banyak betul kesilapan(samada sedar/tidak) yang aku buat kat dunia ni.
Umur 21 tahun sekarang ni, bai. Congak tambah-tolak-darab-bahagi; dosa mungkin dikira atas bahu sendiri start umur akil baligh sekitar umur 12-15 tahun camtu. Ada la dalam 5-8 tahun kan? Ibadat? Kalau nak kira memang sikit. Dosa? Waallahualam.
Aku tau ramai yang persoalkan kesilapan yang aku buat 2,3 tahun lalu. Dosa aku minta ampun dengan ALLAH, sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kalau manusia nak buat perkiraan, teruskanlah. Aku tak halang. Aku boleh aku nak tiru semangat Datuk Haji Zaid Ibrahim, calon PKR DUN Hulu Selangor tu. Gentleman, gua cakap lu!
“Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia…”
(p/s: aku amek separuh je. yang lain ada bau politik)
Jangan la cakap bila aku tulis camni, ko nak kata aku buang tebiat or da nak mati ke ape. Ini realiti. Takkan tunggu aku umur 40, 50 tahun baru nak tulis soal kesedaran akidah, penghayatan Islam? Tu pun, kalau umur panjang? Umur pendek ape citer? Da banyak da citer yang selama ni aku main pejam telinga untuk jadikan sebagai pengajaran. Member meninggal sebab minum arak, eksiden lepas buat maksiat and so on. Sedar aku sekejap je, takde muhasabah lepas tu. Pelikkan manusia ni?
Beberapa hari lepas, aku baca notes published by Bart on his FB profile (kat sini). Aku cam tersentuh. Ye la, umur kita pun kalau nak kira antara pejam-celik. Pendek dan sekejap je. senang citer camni la. Dulu umur kita 2,3 tahun je kan. Tup-tup, sekarang ni 21 tahun. Sekejap ke lama? Ha, pikir kat situ.
Da hidup kat mukabumi ni, kalau nak berubah tak payah la nak tunggu ‘seru’ ke ‘hidayah’ ke. Kalau kita tak doa nak hidayah benda tu tak ada. Benda baik tak penah datang bergolek bai. Sama la jugak bilamana kebiasaan kita (orang MELAYU), bila tengok orang nak pegi Mekah. Tak kira la nak buat umrah or haji, mesti cakap macamni: “tolong la doakan aku gak ek.” Kalau nak harap orang tu doa kat kita, then; kita sendiri tak penah doa kat ALLAH, tak jadi suma tu kan?
Aku tulis bukan sebab nak ‘public attraction’ cam artis hedonis kat Malaysia. Aku tulis ni sebab kesedaran dan aku nak bangkit dari kesilapan lalu. Bukan jugak sebab isu arak zaid Ibrahim-umno yang tengah popular seminggu dua ni. Tu politik gua tak masuk campur. Tergerak hati aku nak tulis macamni, sebab da ramai kawan-kawan aku tanya “life ko macam dulu lg tak?”, “betul ke ko da berubah?”
Betul, dan aku tak main-main. Aku dalam proses transformasi diri. Aku tengok kebesaran ALLAH, aku tengok hadith, baca kat tafsir AL-Quran online. Tak paham, aku mesej je sape-sape yang study agama. Bukan nak bangga diri. Kita nak ubah orang, biar kita berubah jadi manusia dulu. Tak perlu, nak gunakan ‘kemodenan’ untuk ketepikan kehidupan Islam.
Hisshhhh, aku da panjang membebel plak kat sini, kan? Apa-pun, ini adalah muhasabah diri aku. Nak terima atau tak, it’s up to you guys! Wassalam.
Friday, April 16, 2010
sepanjang tempoh kontroversi!
Salam Semua.
Sedar tak sedar, pejam celik da hampir setahun aku memegang tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar IUCTT Kota Bharu ni. Bukan mahu berbangga diri, sekurang-kurangnya sudah mencipta prestij dalam latihan kepimpinan diri. Dan, dalam tempoh setahun ni la jugak aku sudah meluahkan sedikit perasaan, kecewa; harapan; impian dan pelaksanaan. Alhamdullillah, 60% sudah tercapai. Paling tidak pun, penglibatan hampir keseluruhan senior-junior yang sama-sama membantu ke arah kecemerlangan ini.
Tak ramai yang tahu, berapa banyak sudah makian/celaan yang aku telan sendiri. Pahit, tetapi manis untuk dikenang. Ramai yang tahu, keberhasilan dari setiap apa yang dianjurkan adalah hasil sokongan kalian. Tanpa sokongan dari semua kalian, sungguh aku cakap “there is nothing to do with a new leadership”. Dengan berpegang kepada "everything is a struggle to be read"; aku juga percaya kepada takdir. And, fate asks me to stop at the right time.
Aku sedar, kalaupun ada yang berkata I am the person most qualified to carry out what is best; but I have to go. Beri laluan pula, kepada yang lain. Kadangkala, politik student lagi melucukan compared to truly political environment at out there.
Setahun ni, banyak mencabar kesabaran aku. Sorry to say, kalau-kalau ada yang terkena sedikit makian, hinaan dari salahfaham yang manusia cipta. Itu benda lain. Aku manusia biasa, nobody perfect. Memaki dan mencarut, benda paling mudah aku lafazkan bila ditekan soalan yang menerjah kepada mentality luar biasa.
Dan kerana peluang ini amat terhad, aku berterima kasih kepada mereka yang memberi peluang seumpama begini; IUCTT Kota Bharu terutamanya dalam membina kredibiliti diri dan melaksanakan kepercayaan itu melalui apa yang aku cuba realisasikannya. Tak mudah, berdepan konflik itu sudah satu kepayahan insan lemah seperti aku. Ucapan ini, juga kepada mereka yang “menanda” aku untuk memacu badan pelajar ke satu level yang terbaik; yang pernah aku capai dalam hidup aku.
Kepada exco-exco barisan yang ada sepanjang setahun ni, terima kasih atas sokongan kalian. Kerjasama, planning kalian, bantuan, wang ringgit, titik peluh. Fuhh, sungguh kalau nak kira aku tak tau nak cakap apa atas kerjasama korang. You all are the best leadership during this period.
Yang pastinya tempoh ini, da sampai ke penghujung. Dalam mesyuarat berikutnya, insyaallah; aku akan umumkan benda ni secara rasmi. Untuk next leader for our council, harap korang aku buat yang terbaik, konsisten terhadap apa yang korang luahkan, mantapkan pemikiran. Trimas IUCTT Kota Bharu!
Jangan mengkritik kalau tidak mampu memimpin diri!
Monday, April 12, 2010
Bicara Merepek!
Lately, aku rasa cam something wrong happened around me. Kenapa, aku tak tau. Bila kita mention peningkatan umur, makin banyak perkara difikirkan. Cost of living, path of career, political environment and so on. Tu sekarang. What will be in the next 5 or 10 years? Lifestyle pun berubah. Takde dah fashion ala b’boyz, hip hop jauh sekali. Sume poyo nak nampak matured. Budak sekolah, especially. Senang citer, duit makan; duit minum, mak bapak tanggung. Tunjuk poyo kat tempat awam buat ape?
Bila kita tengok, apa yang berlaku kita anggap ni proses modenisasi. Tak pe. Tak moden kalau tak up-to-date. Takde tamadun katanya. Nak kira tamadun apa, kalau muka bangsa kita je yang melekat kat pusat-pusat hiburan, program-program reality TV. Dah tu boleh meraung, merah mata sebab di- reject oleh juri. Moden la tu, kan?
Budak yang nak masuk alam IPT ni, aku nak pesan sikit. Benda ni jadik kat depan mata aku. Masalah student ni, kadang-kadang jadi tanggungjawab aku untuk membebel nak sedarkan diorang. Betul, ko da dewasa masuk alam IPT. Tapi, tolonglah. Kat sekolah dulu memang ko samseng, tapi kat IPT ko tinggalkanlah perangai tu kat tepi tangga, belakang lorong or whatever. Sejauh mana yang ko rasa boleh campak jiwa samseng ko tu. Jangan tunjuk, gebang bangga pernah kena gantung, kena buang sekolah.
Kat IPT, semua bebas. Dress code, pergaulan (menipu kalau korang menafikan!). jangan korang hanyut sebab dunia IPT ni betul-betul honeymoon time, only once in a lifetime. Kalau boleh, pergaulan tu bataskan sikit; ikut norma-norma kehidupan Islam. Jangan ikut suka nafsu. Atau, bila ko dah poyo; cuma bergaul dengan manusia-manusia yang sama poyo. Time susah, baru nak kumpul. Contact sana, contact sini.
Situasi kat atas ni, kalau korang kata modenasi memang betul. Tak moden kalau tak poyo. Tapi, serius la aku cakap “budak sekolah sekarang ni memang poyo!”. Tak caye, cuba usha ckit kat sekolah lama korang. Tak pun perhatikan bebudak sekolah pepagi.
sekarang ni aku benci tengok rancangan reality TV dan bebudak sekolah yang layan lagu Metallica!