Sepertinya aku ni mahu kembali kepangkal kehidupan. Banyak betul persoalan yang memaksa aku ‘tengok’ dan ‘rasa’ kehidupan dari sudut yang lain. Aku tak sempurna. Da banyak betul kesilapan(samada sedar/tidak) yang aku buat kat dunia ni.
Umur 21 tahun sekarang ni, bai. Congak tambah-tolak-darab-bahagi; dosa mungkin dikira atas bahu sendiri start umur akil baligh sekitar umur 12-15 tahun camtu. Ada la dalam 5-8 tahun kan? Ibadat? Kalau nak kira memang sikit. Dosa? Waallahualam.
Aku tau ramai yang persoalkan kesilapan yang aku buat 2,3 tahun lalu. Dosa aku minta ampun dengan ALLAH, sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI. Kalau manusia nak buat perkiraan, teruskanlah. Aku tak halang. Aku boleh aku nak tiru semangat Datuk Haji Zaid Ibrahim, calon PKR DUN Hulu Selangor tu. Gentleman, gua cakap lu!
“Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t. Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia…”
(p/s: aku amek separuh je. yang lain ada bau politik)
Jangan la cakap bila aku tulis camni, ko nak kata aku buang tebiat or da nak mati ke ape. Ini realiti. Takkan tunggu aku umur 40, 50 tahun baru nak tulis soal kesedaran akidah, penghayatan Islam? Tu pun, kalau umur panjang? Umur pendek ape citer? Da banyak da citer yang selama ni aku main pejam telinga untuk jadikan sebagai pengajaran. Member meninggal sebab minum arak, eksiden lepas buat maksiat and so on. Sedar aku sekejap je, takde muhasabah lepas tu. Pelikkan manusia ni?
Beberapa hari lepas, aku baca notes published by Bart on his FB profile (kat sini). Aku cam tersentuh. Ye la, umur kita pun kalau nak kira antara pejam-celik. Pendek dan sekejap je. senang citer camni la. Dulu umur kita 2,3 tahun je kan. Tup-tup, sekarang ni 21 tahun. Sekejap ke lama? Ha, pikir kat situ.
Da hidup kat mukabumi ni, kalau nak berubah tak payah la nak tunggu ‘seru’ ke ‘hidayah’ ke. Kalau kita tak doa nak hidayah benda tu tak ada. Benda baik tak penah datang bergolek bai. Sama la jugak bilamana kebiasaan kita (orang MELAYU), bila tengok orang nak pegi Mekah. Tak kira la nak buat umrah or haji, mesti cakap macamni: “tolong la doakan aku gak ek.” Kalau nak harap orang tu doa kat kita, then; kita sendiri tak penah doa kat ALLAH, tak jadi suma tu kan?
Aku tulis bukan sebab nak ‘public attraction’ cam artis hedonis kat Malaysia. Aku tulis ni sebab kesedaran dan aku nak bangkit dari kesilapan lalu. Bukan jugak sebab isu arak zaid Ibrahim-umno yang tengah popular seminggu dua ni. Tu politik gua tak masuk campur. Tergerak hati aku nak tulis macamni, sebab da ramai kawan-kawan aku tanya “life ko macam dulu lg tak?”, “betul ke ko da berubah?”
Betul, dan aku tak main-main. Aku dalam proses transformasi diri. Aku tengok kebesaran ALLAH, aku tengok hadith, baca kat tafsir AL-Quran online. Tak paham, aku mesej je sape-sape yang study agama. Bukan nak bangga diri. Kita nak ubah orang, biar kita berubah jadi manusia dulu. Tak perlu, nak gunakan ‘kemodenan’ untuk ketepikan kehidupan Islam.
Hisshhhh, aku da panjang membebel plak kat sini, kan? Apa-pun, ini adalah muhasabah diri aku. Nak terima atau tak, it’s up to you guys! Wassalam.
1 comment:
salam mus, dah lame tak singgah kat blog..aku baru nak update..bzy?hakhak..fb tu boleh plak..thnx mus, perkongsiannyer..aku bari trpk..duk suh org doakan bile plak kite sndiri nak mintak...thnx lot
Post a Comment