Salam Semua.
Sedar tak sedar, pejam celik da hampir setahun aku memegang tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar IUCTT Kota Bharu ni. Bukan mahu berbangga diri, sekurang-kurangnya sudah mencipta prestij dalam latihan kepimpinan diri. Dan, dalam tempoh setahun ni la jugak aku sudah meluahkan sedikit perasaan, kecewa; harapan; impian dan pelaksanaan. Alhamdullillah, 60% sudah tercapai. Paling tidak pun, penglibatan hampir keseluruhan senior-junior yang sama-sama membantu ke arah kecemerlangan ini.
Tak ramai yang tahu, berapa banyak sudah makian/celaan yang aku telan sendiri. Pahit, tetapi manis untuk dikenang. Ramai yang tahu, keberhasilan dari setiap apa yang dianjurkan adalah hasil sokongan kalian. Tanpa sokongan dari semua kalian, sungguh aku cakap “there is nothing to do with a new leadership”. Dengan berpegang kepada "everything is a struggle to be read"; aku juga percaya kepada takdir. And, fate asks me to stop at the right time.
Aku sedar, kalaupun ada yang berkata I am the person most qualified to carry out what is best; but I have to go. Beri laluan pula, kepada yang lain. Kadangkala, politik student lagi melucukan compared to truly political environment at out there.
Setahun ni, banyak mencabar kesabaran aku. Sorry to say, kalau-kalau ada yang terkena sedikit makian, hinaan dari salahfaham yang manusia cipta. Itu benda lain. Aku manusia biasa, nobody perfect. Memaki dan mencarut, benda paling mudah aku lafazkan bila ditekan soalan yang menerjah kepada mentality luar biasa.
Dan kerana peluang ini amat terhad, aku berterima kasih kepada mereka yang memberi peluang seumpama begini; IUCTT Kota Bharu terutamanya dalam membina kredibiliti diri dan melaksanakan kepercayaan itu melalui apa yang aku cuba realisasikannya. Tak mudah, berdepan konflik itu sudah satu kepayahan insan lemah seperti aku. Ucapan ini, juga kepada mereka yang “menanda” aku untuk memacu badan pelajar ke satu level yang terbaik; yang pernah aku capai dalam hidup aku.
Kepada exco-exco barisan yang ada sepanjang setahun ni, terima kasih atas sokongan kalian. Kerjasama, planning kalian, bantuan, wang ringgit, titik peluh. Fuhh, sungguh kalau nak kira aku tak tau nak cakap apa atas kerjasama korang. You all are the best leadership during this period.
Yang pastinya tempoh ini, da sampai ke penghujung. Dalam mesyuarat berikutnya, insyaallah; aku akan umumkan benda ni secara rasmi. Untuk next leader for our council, harap korang aku buat yang terbaik, konsisten terhadap apa yang korang luahkan, mantapkan pemikiran. Trimas IUCTT Kota Bharu!
Jangan mengkritik kalau tidak mampu memimpin diri!
No comments:
Post a Comment