sesekali
bila aku lihat anak muda berpeleseran
terkenang
pada satu masa
kenangan
zaman kebodohan.
bila saat
ini
aku rasakan
seperti tiada kemaluan
atau, seolah
nya berjalan dikhalayak tanpa pakaian.
bila saat
ini juga
aku berharap
Tuhan mengampunkan dosa silam
kalau tidak,
aku hanya mampu berdiam
sehingga
hari pengadilan.
hari itu
sudah berlalu.
zaman
kebodohan sudah tinggal kenangan.
kadangkala
diceritakan sebagai pedoman kepada rakan.
tidak pernah
berbangga.
cuma berharap
kalau dapat kembali
aku mahu
tulis sejarah diri dengan perkara yang baik-baik sahaja.
aku sudah
tinggalkan bersama hati gelap.
kadangkala
lorong hitam melukiskannya semula kepada anak kelahiran selepas aku.
tuhan,
ampunkan
aku.
kalau
dizaman kebodohan itu aku terlalu enak mengukir dosa!
Setiawangsa,
KUALA
LUMPUR.
No comments:
Post a Comment