Wednesday, May 30, 2012





lena masih tak datang.


menanti segelas kafein buatan tangan orang tersayang

sekadar harapan.


biar kamu tidur, jangan risaukan aku.

ini hanya sebentar untuk puaskan nafsu

ketamakkan manusia kapitalis



esok,


sampai masanya kau dodoikan lagu kemenangan


biar aku tidur di pangkuan.



tidur lah sayang.


jangan tunggu aku di panggilan.



4.35 AM


KOTA DAMANSARA.

Sunday, May 27, 2012

kira-kira.

Bila aku kira-kira, bila aku bilang jari sendiri, bila aku ingat-ingat; sudah berapa banyak tekanan yang aku hadap selama lebih kurang 10 tahun aku bekerja dalam bidang ni. Lagi-lagi 2 tahun kebelakangan, beraksi sebagai management team.

Betul, aku masih muda. Sehijau warna daun, macam tu lah aku kira umpama umur aku; 23 tahun. Bright year, bright future, bright star; orang bilang. Orang bilang, bukan aku. Aku sendiri tak pernah sangka seusia ini Tuhan sudah bagi aku stage yang aku sendiri tak pernah sangka. Ayat belit, sebab aku tak tahu celah mana aku nak describe benda-benda macam ni. Dan, aku jugak tak tahu apa pandangan orang-orang sekeliling, orang-orang yang aku lead, sebab diorang lagi berusia dari aku.

Kadang-kadang, aku sendiri rasa tak larat. Rasa nak meratap. Tapi, dekat siapa? Sebab, ini jalan yang aku pilih. Jalan yang Tuhan bagi. Nak tak nak, hadap je lah. Cuma perlu banyak sabar. Situasi arrogant vs. loyal bukan sekali dua aku pernah hadap. Aku pun ada ego aku sendiri serupa dengan orang lain. Aku tak suka benda yang orang tunjuk pandai, tapi benda tu bukan dia yang kasi jalan, bukan dia pecah kepala perah idea, bukan dia berbuih mulut explain benda jadah segala fakta. Lebur hati. Suka, sebab bodohkan orang lain yang konon-konon tak tahu apa-apa.

Kadang-kadang aku terfikir, dunia ini hanya menempatkan manusia ego yang tak bertempat. Bodoh sombong, senang cakap. Konon-konon semua benda dia tahu, dia expert; pendek kata dialah segala-galanya. Padahal, ada hidden agenda. Mahu kena tengok sama tinggi dengan level jawatan. Mahu jilat telor orang besar. Sorry der, aku bukan bergaya macam tu. Seboleh-boleh aku mahu kena lihat sebab working abilities, commitment and willingness. Cakap banyak tak guna. Benda ni korang boleh fikir.

RESPECT, tu je benda penting kalau nak move on sebagai satu team.


tarik nafas panjang-panjang, complicated. biarkan manusia ketawakan kebodohan diri sendiri.

Saturday, May 19, 2012

kadang-kadang, setelah gua dapat atau hampir-hampir dapat apa yang gua mahukan dalam hidup ini gua persoalkan diri gua dengan macam-macam persoalan. awkward moment, ini serius. gua pun tak paham macamana.

kadang-kadang, bila gua lepaskan apa jua kejahatan masa lalu yang pernah gua buat; gua rasa pelik. sebab benda tu pernah jadi habit, entah macamana gua boleh lupa dan tinggalkan.

kadangkala jugak gua berfikir, apa dia sebenarnya peluang dan halangan dalam hidup. gua ada cita-cita; gua ada impian yang gua sudah create; tinggal masa untuk running. peluang? entah sekarang; entahkan masa mendatang. halangan? entahlah, soal-soal kehidupan ini selalu-nya jarang sangat gua dapat explain melalui ayat.

hidup ni susah kalau main "agak-agak". sebab "agak-agak" ni lah halangan paling besar dalam hidup sebab takde exact assumption

Wednesday, May 16, 2012

terima kasih sifoo!


kata orang tanpa guru; siapa lah kita hari ini.

16 tahun dulu,
aku masih ingat, cikgu aku cakap
“dalam hidup, apa jua perkara yang kalian akan hadapi; kena buat sehabis baik”
sampai mati aku ingat, insyaallah.

aku ingat lagi, cikgu aku cakap;
“bila besar nanti, kerja bagus-bagus.balas balik jasa keluarga yang bagi peluang kamu untuk belajar.”
“jangan cuba-cuba hisap rokok.rokok ni macam dadah; sekali cuba susah nak lepas”

SAYA MASIH INGAT LAGI, CIKGU.

bila umur aku masuk ke peringkat menengah.
pesan cikgu masih sama.
belajar bagus-bagus,
cari kerja yang elok,
balas jasa keluarga,
jadi manusia yang berguna untuk negara juga agama.

sampai masa, aku masuk kea lam IPT.

cikgu aku cakap,
“zaman sekarang, rebut peluang depan mata; bukan kejar benda yang belum pasti awak dapat ke tak. yang penting, buat bersungguh-sungguh. masa depan kita, bukan kita yang tentukan.”
pensyarah aku pernah cakap benda macamni,
“kalau awak tak berubah, tak tepati masa belajar; tak bersungguh belajar macamana orang bawahan awak nak dengar cakap awak Rashid?”


INSYAALLAH, SAMPAI HABIS JASAD SAYA AKAN INGAT.

sekarang,
aku masih ingat. siapa guru aku, nama guru aku; jawatan dan apa kenangan yang pernah aku lalui sama-sama dengan diorang.
ramai yang dah pencen, ramai jugak sudah berumur; sudah punya cucu.
aku ingat.
yang paling aku ingat, dalam setiap kudus nasihat diorang tak pernah ada kata-kata yang berbunyi;
“bila dah berjaya, kau bayar balik jasa aku ajar kau.”
tak, tak pernah.

sebab aku tahu,
diorang ikhlas.
kadang-kadang terikat dengan ancaman atasan.
kadang-kadang terikat dengan etika yang entah apa-apa.

sebab aku tahu,
diorang jadi guru bukan sebab OPTION.
bukan sebab takde pilihan lain.
sebab NIAT.

AKU TAHU SEMUA TU.

terima kasih guru.
terima kasih cikgu.
terima kasih sifu.

sampai habis jasad aku ingat korang.
sampai hujung nafas aku akan ingat kalian.
sampai akal sudah tiada fungsi aku akan kenang apa yang pernah kita buat.

maaf, kalau ada larangan yang kalian pernah cakap dulu aku buat hari ini.
rokok, contohnya.
maaf, kalau ada benda-benda yang buat kalian kecil hati.
maaf, kalau ada perkara-perkara yang buat kalian terasa liat mahu tegur tika ketemu di jalanan.

maaf, maaf dan maaf.
jujur dari hati, kalian manusia teragung kurniaan ILAHI selepas MUHAMMAD SAW-family-juga pemilik cinta hati ini.
moga keagungan ini terus kekal.

terima kasih,
teguran dan nasihat kalian menjadikan aku seorang MANUSIA yang me-MANUSIAkan manusia lain dalam hidup ini.


SELAMAT HARI GURU.


Wednesday, May 2, 2012

1.

kadang-kadang,
sunyi tu aku perlukan
untuk lari dari dunia celaka
untuk rasa aman dari ancaman kepura-puraan manusia.