Tuesday, January 1, 2013

Dua Ribu Tiga Belas.

Hari ni, dah masuk 1.1.13. Aku nampak macam serupa pelik bila angka 3 duduk dekat hujung. Iya, serius pelik. Sebab, semalam aku agak risau jugak kot-kot tekaan Mayan pasal kiamat dunia tu jadik real. HAHAHA. Tak, tak; aku bergurau.

Aku ingat nak imbas sikit, benda-benda setahun lepas. Kalau dalam Facebook, namanya "2012 In Review". 

Setahun lalu, January 2012; aku masih berkhidmat untuk Baskin Robbins Malaysia sebelum berkhidmat ke satu independent company dalam perkhidmatan restaurant and lounge. Dan, dipertengahan 2012 aku kembali ke bidang perhotelan di tanah kelahiran; Labuan The Great.

Setahun sudah berlalu, benda-benda gampang; segala haram jadah memang banyak aku tempuh. Serius, dalam usia yang masih muda macam-macam benda aku dah hadap. Sepak terajang kapitalis, golongan korporat, ahli-ahli politik, pemuzik-pemuzik jalanan juga mainstream. Semua aku hadap. Demi kerjaya, demi minat dan cita-cita. Kiranya, lepas aku ingat-ingat balik benda-benda lama; aku rasa macam; ya, this is adult's life. Ada benda-benda yang kau rancang, yang kau plan baik punya, ada orang sokong, ada yang bangkang, ada pulak yang mencantas. Aku redha, pasrah. Sebab, aku tau Allahuakbar tak bagi ujian lebih dari kemampuan manusia tu sendiri. 

Setahun yang lepas jugak banyak mengajar aku jadi seorang yang ada pendirian. Yang cuba membangkitkan kesedaran realistik dan optimis untuk benda yang aku sendiri buat. Payah, memang. Itu aku tak boleh nafikan. But, at the end of the story bila aku nampak benda tu sendiri move on and excellence; tiba-tiba aku rasa puas. Puas, sampai rasa kalau Allah nak amek nyawa time tu aku memang bagi mudah je. Bila fikir balik yang banyak benda yang aku nak achieve beyond expectation; aku doa mintak panjang umur. hehehehe...

Cerita-cerita rabak yang aku tempuh, rasanya Allah dah bayar sekarang. Biarpun aku tak berkongsi gambar mahupun exposed to media; but you should know guys; bukan semua benda kita boleh sembang through Facebook or whatever social network nowadays. Rasanya aku dah selesa untuk hidup secara low-profile. Biasa-biasa. Lagi pulak, setahun yang lepas banyak benda rebel aku dah buat. Rebel ke hal politik, rebel ke hal organisasi, rebel ke hal perkhidmatan kerajaan. Pendek kata, jiwa aku memberontak dengan sistem yang kita ada sekarang. Capitalism, penindasan, kekuasaan, pangkat dan harta kekayaan dan aku cenderung untuk melawan arus kebiadapan manusia terhadap tamadun kemanusiaan dan peradaban social satu-satu masyarakat.

Dan, aku percaya yang rata-rata kita sekarang akan menempuh satu pasca zaman penjajahan minda yang mana kita percaya medium penulisan di media-media elektronik mahupun bertulis adalah platform untuk menentang segala ketidakadilan, prasangka atas nama KEADILAN dan KESAKSAMAAN. Sama macam zaman dulu-dulu era Ahmad Boestamam, A.Samad Ismail, Burhanuddin Al-Helmy. Mereka ini inspirasi penulisan aku.


Okay, sekarang aku nak tanya; MANA PEGI CERITA PASAL FLASHBACK 2012 AKU NI????!!! Gampang betul bila dah out from story ni!


No comments: