Aku mungkin terlambat dalam coretan belangsukawa Tan Sri Mohamed Rahmat yang kembali ke rahmatullah beberapa hari lalu. Jujur, sebagai generasi baru aku tidak kenal secara mendalam lebih-lebih lagi peribadi beliau. Apatah lagi kemuncak karier politik beliau berlangsung sekitar 1080-an dan 1990-an. Waktu aku masih sekecil tapak tangan. Masih tidak kenal siapa tan sri, siapa datuk seri atau lain-lain pangkat keduniaan.
Aku kenali Tan Sri Mohamed Rahmat atau popular dengan nama “Tok Mat” lebih dalam melalui buku pertama dan terakhir beliau “UMNO: AKHIR SEBUAH IMPIAN”. Mr. Propaganda, orang kuat Mahathir, Mat Bulat dan macam-macam lagi nama yang memberi kekuatan kepada tubuh ini. Jangan hairan, sepanjang pentadbiran beliau di Kementerian Penerangan; Negara kita ‘kecoh’ dengan pelbagai kempen mendekati rakyat. Tidak timbul soal ‘double-standard’ dalam kehidupan politiknya. Kemenangan parti kerajaan pada masa itu (berdasarkan pemahaman aku) seolah-olah bergantung sepenuhnya kepada kempen-kempen melalui idea gempak beliau!
Kalau golongan rockers sekitar tahun 80-an/90-an melenting marah, kini mereka boleh senyum. Rambut panjang yang menjadi simbolik mereka terpaksa ‘disopankan’ demi memenuhi piaiwai RTM. Ironinya, Allahyarham sendiri mencemar title menterinya dengan memotong rambut rockers seperti Wings dan satu kumpulan yang aku lupa namanya. Siapa antara menteri sekarang mampu mencemar bintang mereka semata-mata mahu mematuhi peraturan yang mereka cipta?! Sumpah, tidak ada! Paling koman, meronda 2, 3 jam. Heh!
Dalam buku itu juga disebut kekecewaan beliau terhadap Dr. M. dipecat tanpa sebarang penghargaan. Mungkin, atas sebab itu beliau ada menulis dalam Mastika(kalau tidak silap) “berhenti dari politik disaat popularity memuncak sebelum dibuang kerana kekalahan.” “jangan bertanding kerana pangkat” Rasanya itu amat mengena dalam mengatasi kebejatan nilai kemanusiaan dalam perjuangan UMNO sekarang. Syukur, kalau masih ada pemimpin seperti ini.
Aku tidak mahu ulas lagi panjang mengenai Allahyarham. Apa yang pasti bagi aku, amanat Allahyarham dalam bukunya harus dikaji, di dalami dan difahami. Mungkin, inilah kepuasan Tok Mat dipenghujung hayatnya dapat mencoret kenangan politik, karier dan kehidupan beliau. Meski, ada lagi sejarah yang belum terurai yang kita semua tidak ketahui. “UMNO: AKHIR SEBUAH IMPIAN” adalah bingkisan (mungkin juga coretan hati Tok Mat) untuk semua ahli-ahli politik dan juga kami sebagai pemimpin masa depan. Pemergian Tok Mat mungkin membawa semua amarahnya, kesedihannya, juga kenangannya. Jasa dan bakti Tok Mat akan dikenang selagi pemimpin sekarang mahu melihat sejarahnya sebagai teladan.
Di akhir tulisan ini, aku pinjam 2 minit anda, sedekahkan AL FATIHAH kepada ALLAHYARHAM TAN SRI MOHAMED RAHMAT. –AL FATIHAH.
1 comment:
kita kehilngan bintang yg amat brharga d negare ini,bukan artis je d gelas bintang,tapi tokoh seperti tok mat nie,semoga roh beliau dicucuri rahmat,alfatihah,,adiooss.,..!
Post a Comment