Sunday, January 17, 2010

ANALISIS RINGAN: "Konspirasi Yahudi & Penguasaan Ke Atas Dunia"

Salam Semua.

Pertama, terima kasih buat sahabat yang berkongsi sedikit maklumat mengenai kewujudan laman-laman yang mengetengahkan konspirasi-konspirasi dunia yang melibatkan kekuasaan Yahudi dan mahu aku memberi sedikit ulasan mengenainya.

Keduanya, sebagaimana dijanjikan aku cuba membuat sedikit analisis ringan mengenai isu-isu yang melingkari teori-teori semasa yang menjerat dunia kedalam konspirasi Yahudi sejak sekian lama. Apapun, kelemahan serta kekurangan dalam analisis ini harap dimaafkan. Aku bukan penganalisis professional yang mampu berhujah atas segala fakta mahupun sejarah yang tepat. Analisis ini hanya bersandarkan teori dan pembacaan aku sebelum ini.

Sebelum kita pergi kepada fakta yang diketengahkan pemilik blog http://ibnuyaacob.com, mari kita lihat pergerakan Yahudi dalam usaha memusnahkan Palestin sejak berkurun lalu. Mahu percaya, atau sekadar kebetulan; serangan besar-besaran ke atas Palestin pasti akan berlaku saban tahun. Bermula dari Febuari, pertengahan tahun, dan penghujung tahun. Berlaku sedikit kelainan pada tahun lalu, dimana serangan ini dilakukan dengan senjata biologi. H1N1 atau nama 1Malaysia nya; “Selesama Babi” adalah hasil eksperimen konspirasi dunia ini. Tujuannya, mahu menyekat orang Islam mengerjakan ibadah haji. Alhamdullillah, kuasa ALLAH ianya tidak lagi mampu menyekat kekuatan umat Islam mengerjakannya.

Dalam pemilikan ekonomi dunia pula, seperti statistik yang dikeluarkan media antarabangsa; Yahudi adalah nombor 1. Benarkah yang terkaya di dunia ini Bill Gates dan Warren Buffet atau ada lagi kuasa lain? Ibnu Yaakob dalam blognya tidak menolak yang sumber-sumber kewangan golongan ini dibiayai oleh House of Rothschild, iaitu sebuah pertubuhan Illuminati yang dibangunkan Adam Weishaupt pada 1776.

Ramlee Awang Murshid dalam buku terbarunya tahun lalu MIKHAIL juga menyebut mengenai konspirasi ini yang menekankan kepada strategi dan dasar perluasan mereka. Organisasi yang berselindung disebalik kuasa-kuasa besar ini, memanipulasi segala kelebihan otak Yahudi yang sememangnya bersifat anti-Islam sejak sebelum kelahiran Muhammad SAW lagi. Biarpun novel beliau ini bersifat simbolik, namun penekanan kepada pemasalahan yang wujud cukup menonjol. Apatah lagi, organisasi ini punya hubungkait kepada Tragedi 911. Tidak hairan kenapa sehingga kini, masih ada kekeliruan dalam merumuskan kejadian-kejadian besar yang mendorong kepada perubahan dalam konsep politik, ekonomi dan social dunia. Dalam novel ini juga, Ramlee Awang Murshid cuba mengaitkan lambang mata dan pyramid yang terletak disebelah kiri wang kertas 1US Dollar dengan organisasi rahsia yang berperanan besar dalam pembentukan pemimpin besar dunia terutama Amerika.

Apa yang pasti, dalam proses mereka mencapai matlamat organisasi; pertubuhan ini cuba menyatukan semua negara di bawah konsep One World Government. Konsep ini berteraskan penyatuan kerajaan dibawah satu payung pentadbiran. Konsep ini juga bertujuan menarik minat golongan elit dan cendikiawan dalam usaha memantapkan lagi organisasi mereka.

Tragedi 911 pula dilihat oleh penganalisis sebagai konspirasi yang cukup kemas dan teliti untuk mengaburi dunia untuk mengaitkan organisasi pengganas Islam dalam perancangan seterusnya. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian aku sendiri; konspirasi 911 ini gagal, bilamana penganut Islam semakin bertambah dari hari ke hari. Ini ditambah dengan jumlah-jumlah pelajar di AS semakin ramai yang mengambil pengajian Islam demi untuk mengkaji apa benar keganasan adalah sebagai ajaran agama suci ini.

Berkata mengenai laman web interaktif terkini seperti Facebook, MySpace, mahupun Blogspot; aku tidak mampu untuk menafikan peranan organisasi ini dalam mendapatkan sumber pendapatan. Sepertimana yang aku katakan sebelum ini, kalaupun mereka mengeksploitasi medium ini untuk menghancurkan Islam; maka aku tidak teragak-agak untuk mengeksploitasi kemudahan ini mengetengahkan segala idea aku dalam memastikan mereka akan terperangkap dalam jerat yang meraka cipta sendiri. Ini bersesuaian dengan saranan Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi, yang mahu orang Islam mempergunakan medium Yahudi ini untuk menyatakan kebenaran.

Yang pasti, dunia sekarang semakin complicated. Tidak ada pemahaman yang jelas mengenai semua ini. Kuasa, pangkat, harta dan kebendaan telah mengatasi segala-galanya. Propaganda demi propaganda dilaungkan. Tidak kurang juga slogan-slogan tertentu yang berpaksikan kepada populariti semakin mengekang kebenaran. Keliling kita, adalah konspirasi. Sepertimana rujukan-rujukan aku sebelum ini; ada antara pemimpin kita punya hubungan rapat dengan mereka yang berada dalam organisasi Yahudi ini. Kalau benar, Masya-ALLAH (kita akan terancam!). Kalau sekadar momokan, harap ianya sekadar satu political strategy dalam memenangi hati rakyat.

Mungkin, ada yang anggap analisis ringan aku ini sesuatu yang biasa dan tiada kekuatan. Aku hanya menulis sedikit mengenai pemasalahan konspirasi ini. Maaflah, kalau kekurangan kerana tiada hadis mahupun ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat hujah sebab aku takde tauliah nak cakap pasal hadis ataupun ayat Al-Quran nanti kena tangkap!

1 comment:

azzam said...

informasi yg bagus bro..~!thanz...adioos...~!