Kehidupan aku kini ibarat sebuah tamparan, terlalu perit. Penghuni keliling pentingkan diri. Kemanusiaan sudah hilang disibukkan dengan dunia materiallistik. Manusia sudah lihat kebendaan sama nilai seperti keTuhanan. Aku sudah letih dengan tamparan material, pangkat, kuasa. Politik sini sana. Fitnah merata-rata. Unsur pendustaan dimana-mana.
Maruah juga sudah tiada. Aku lihat wanita telanjang sana-sini. Hatta, di negeri Islam ini.
Aku mahu lenyapkan bayangan ini. Mahu pulang, keinginan melonjak perasaan! Mahu cari kepuasan menilai sekeliling aku. Dikelilingi mereka yang merindui aku.
Kan bagus kalau cerita kehidupan dapat ditukar.
No comments:
Post a Comment