Friday, January 22, 2010

Aku Bukan Tanggang Itu!

Tuhan,

Mata mama lagi indah panoramanya

Di matanya ada cerita hidupku

Di matanya ada kolam derita ceritaku.

Tuhan,

Tubuh itu jarang sudah ku rangkul

Perjalanan ilmu ini merindukan aku.

Merindukan aku akan hangat peluk di tubuhnya.

Merindukan aku saat lena dalam ribanya.

Tuhan,

Kalau boleh biarlah waktu sesaat ini

Secara realiti aku bersamanya.

Di sisi. Tidak lama biar sebentar.

Tuhan,

Tatkala ini aku tidak mahu seperti tanggang itu.

Pujaan ku tetap mama.

Idola ku tetap dia.

Bukan si siti nurhaliza atau si mawi felda taib andak!

Bukan pak lah badawi, bukan najib razak!

Dia!

Bertahun sudah,

Ku tatap kisah ibu yang anaknya adalah tanggang itu.

Di tinggalkan, dihinakan.

Anaknya tanggang, tapi bukan aku!

Tuhan,

21 tahun sudah usia ku.

Sekali-kali aku tidak mahu jadi seperti itu

Kerna

Aku bukan tanggang itu!

“Menatap kisah tanggang moden”

22 Januari 2010

Kota Bharu, Kelantan.

1 comment:

fahana_ann said...

hehe..posting macam lebih kurang sama..em,mudah2an tidak menjadi tanggang