Aku sudah selamat sampai. Satu kesyukuran melihat wajah tercinta menemani aku selama sebulan di sini.
Tiada lagi yang indah melainkan: pagi – aku dengar burung berkicau. Tengahari – desir daun ditup bayu. Petang – melihat merah mentari di ufuk. Malam – sunyi. Ini ketenangan. Jauh dari kesibukan materialistik. Jauh dari semua wajah-wajah manusia yang pentingkan kerjaya mahupun harta.
Aku lihat ketenangan dalam hari ku. Aku lakukan kerja dengan senyuman. Tiada tekanan dari manusia yang sekadar tahu berkata-kata. Sesuatu yang aku rindukan sudah aku genggam.
Aku sudah jauh dari manusia-manusia yang hari-harinya bercerita tentang wanita-wanita yang mencintai mereka. Jauh dari manusia yang hari-hari selalu bercerita tentang kebosanan. Sedangkan aku lagi bosan menghadap, menadah telinga kepada ceritanya.
Sekarang, aku sedang merelakan kenyataan dari terus menidakkan kebenaran. Perasaan tu lagi pedih dari terus lari dari realiti. Aku takkan rebut sesuatu yang bukan lagi milik aku. Aku lepaskan semua perasaan perlahan-lahan. Lagi senang. Dari terus terdera dengan perasaan sendiri. Selamat….
Kalau boleh, aku tak nak dilemaskan oleh masa lalu yang terus mengejar aku dengan daki-daki dosa silam. Kini, aku boleh bersyukur. Tak banyak, masih ada ruang untuk aku mencari rezeki. Terima kasih buat sekalian family aku. Tanpa korang, mungkin aku akan terus hidup tanpa arah tujuan yang sebenar. Juga, berterima kasih kepada suara-suara yang mengeji sebelum ini. Tanpa cacian kalian, mungkin aku tidak berubah. Dan, terus di takuk lama. Terima kasih banyak-banyak!
Terakhirnya, masa aku kini banyak dihabiskan bersama keluarga dari di luar. Bukan tidak mahu bersosial, aku telah lama tinggalkan keluarga. Sedikit sebanyak memori waktu kecil bersama mereka mempengaruhi aku agar berdiri bersama mereka. Aku sudah lihat banyak kejatuhan dan kedukaan. Perjalanan ini banyak menyedarkan aku. Di usia 21 tahun ini, ilmu kehidupan banyak mengajar aku! Terima kasih juga kepada kehidupan!
Salam cuti, selamat jiwa untuk ketenangan!
Meet Uncle Shah,
WP Labuan.
“jangan ubah buku kehidupan sendiri”
No comments:
Post a Comment