Lama, aku tercongak sendiri di depan lap top ni. Kebelakangan ni, aku amat sibuk dengan pelbagai pekerjaan. Heh! Ditambah, kebekuan idea aku untuk menulis. Sampaikan satu ketika, aku menerima email dari somebody yang mungkin silent reader blog aku. Thanks bro! Kalau tak, memang da macam-macam benda yang tumbuh melata kat blog aku ni.
Ok, sekarang kita da sampai ke bulan Mac 2010. Sekejap je kan? Pejam celik, bangun, duduk. So, ada beberapa minggu lagi aku akan berusia tua dari tahun lepas. Usia puluhan ni buat aku rasa ‘muda’ ckit dari tahun lalu. Hampeh! Hahahaha! Subjek umur buat aku tertekan la. Amacam? Nak terus buat perangai… atau forward je jadik ‘abang’ baik? Hahahaha!
Sebulan cuti kat Labuan ni macam tak terasa. Keluar bersama beberapa sahabat lama. 3 tahun lebih tak jumpa bai! So, macam-macam benda la. Yang di ungkit, yang di ungkap, tersingkap dan jadi lipatan sejarah cerita waktu persekolahan kami. Yang jadi inspirasi kami untuk berjaya. Irwan Saini – seorang pengurus di Mc Donald cawangan Labuan. Satu pencapaian buatnya, walaupun keputusan SPM nya tidak cemerlang seperti sahabat lain. Ada kata-katanya yang buat aku jadi terinspirasi. Impian dan hasratnya. Ranniey – menyambung pelajaran di seberang laut dalam jurusan pendidikan fizik. Perghhhh, mamat ni betul-betul canggih! Dari pertemuan beberapa minggu lalu, ada beberapa perkara yang dibualkan. Sosial – hiburan – kesenangan – itu yang menenggelamkan impian anak muda Labuan kini. Rata-rata kami tidak menyalahkan takdir, cuma sedikit pengalaman yang akan kami adun dalam lipatan kehidupan anak muda Labuan masa kini.
Tu sedikit cerita tentang pertemuan. Macam-macam kan?
Semalam, aku menjejakkan kaki ke Penutupan Hari Wilayah. Hebat! Serius aku cakap! Lagi hebat bila korang tengok, budak umur 14 tahun usung tangan pasangan ‘chenta’ masing-masing! Perghhh, bila budak sekolah berbahasa; ko tengok pun terdiam! Aku cuma tersengih! Sinis. Tak nak komen lagi. Nanti orang cakap aku terlalu menongkah ‘peraturan dunia’ – cinta!
Depan lap top ni ni pun, bibir aku menghadiahkan senyuman sinis. Sungguh! Apa pun, malam tu terima kasih la Bahagian Pencegah Maksiat JAWI Labuan yang nampak berfungsi dengan beberapa buah van yang standby mencari mangsa untuk ditarbiah. Sekurangnya, gejala tu dapat dibendung.
Masa berlalu, hujung minggu ni aku da nak balik Kota Bharu, kota ilmu aku. Apa-apapun, tunggu cerita aku dari sana! Insyaallah.
“aku nak bagi cap muka kat budak sekolah yang panggil aku abang pasni! Hahahaa!”
No comments:
Post a Comment