Fuhhhh, da seminggu melilau carik umah baru. Letih, tu je yang mampu aku cakap. Ape korang ingat senang ke nak carik umah sewa are Kota Bharu ni. Alhamdullillah, the last choice already chosen. Sekarang ni dalam proses pemunggahan barang-barang. Harap-harap boleh selesai sebelum usia 21 tahun aku.
Isnin, seiring peningkatan tahun; umur aku pun meningkat ke usia 21 tahun. Umur terlalu subjektif kan? Rasa tua, semangat berubah and so on. Semuanya bersatu dalam satu rasa. Nak berubah, jangan tidak-tidak kata Dr. HM Tuah. Dulu, masa takde identiti diri; masing-masing mahu kelihatan matang dari umur sebenar. Sebenarnya umur tak mempengaruhi kehidupan kita. Yang paling berpengaruh, cuma keinginan. Kalau keinginan cuma separuh jalan, tak seronok rasanya kehidupan ni.
Dalam hidup ni kita semua mahukan perubahan bukan? Malang bagi manusia kalau tidak mahu berubah. Sebagai orang muda, perubahan tu kita mahukan secara agresif, pantas dan tidak terlalu dikongkong oleh peraturan. Idea-idea macamni sebenarnya sesuatu yang segar dan perlu dalam menetukan halatuju kehidupan kita. Tapi, apa matlamatnya? Nama? Status? Kekuasaan? Atau mewarisi kepimpinan keluarga?
Aku banyak dirujuk mengenai persoalan ni. Bukan nak kata aku ni bijak pandai, tapi pengalaman aku banyak mengajar dan membantu manusia sekeliling aku. Peliknya, aku banyak membantu mereka yang diluar tanah kelahiran sendiri. Sedih kan? Semangat kenegerian sebenarnya tak bawa aku pergi mana-mana. Kalau aku kuat semangat kelahiran negeri mungkin aku tak keluar. Matlamat aku, satu: "pengalaman ada diluar aku nak gunakan merombak kesedaran orang dalam" Tak salah kalau kita meniru sesuatu yang baik untuk negeri kelahiran. Insyaallah, perancangan akan dilakukan selesai tamat pengajian nanti.
Sepanjang aku berada di Kelantan ni, banyak semangat kejiranan yang boleh aku jadikan contoh. Biarpun, ada sesetengah perkara aku cuma membantah dalam hati. Jujur, kalau nak ikutkan aku nak berhijrah lagi lama di sini. Bukan apa, kat sini aku tak nampak apa tu perbezaan taraf. Kalau adapun, cuma sesetengah mereka yang taksub kepada kehidupan politik berparti. Selebihnya, positif.
So, dalam usia yang makin bertambah ni. Terlalu banyak dalam masuk dalam otak dan mencorak setiap tingkahlaku dan perbuatan yang perlu aku bertanggungjawab. Pelik kan? Rupanya macamni rasa kalau umur da makin meningkat. hehehehe.... Apapun, tirai hidup ke-21 kali ni rasanya da bawak satu perubahan dalam hidup aku. Lain kali aku akan ceritakan! Wassalam.
No comments:
Post a Comment