Pesan orang tua-tua, “kami sediakan kamu tempat belajar, supaya kamu berilmu; supaya kamu dihormati. Supaya kamu mendapat tempat di kalangan masyarakat yang kian lupa hakikat dan sukakan kekejaman. Dalam masa yang sama, kamu akan belajar perjalanan hidup. berhempas-pulas demi sebuah kehidupan. Di mana, kamu berusaha menyenangkan golongan atasan. Padahal yang dikerjakan hanya untuk sesuap nasi, dan mengenyangkan perut sendiri.”
Kita sudah lupa hakikat kan? Ceritanya senang. Dengan ilmu, yang ada manusia semakin sombong, hanya tunduk pada dunia. Pada kuasa. Lalu, tanpa sedar; kita sudah membunuh kemanusiaan secara ilmiah. Ya, ilmiah! Cuma, sedikit sahaja kita peduli pada golongan bawahan sekadar untuk populariti. Dan, seperti entri terdahulu; aku terdesak dalam mengejar cita-cita. Memilih samada kemanusiaan yang aku suka atau menjadi robot yang diprogram untuk mengenepikan hakikat keTuhanan.
Kita cuma mampu menjadi pemerhati setiap kebaikan tanpa mahu meniru seperti yang dilakukan(kebaikan). Aku sudah gagal menjadi seorang yang bermotivasi. Cuma pasif. Menurut, seperti yang diperintahkan. Nilai-nilai kemanusiaan sudah menjadi sampingan bukan lagi keutamaan.
Hari-hari terus berlalu. Aku lalui, aku rasakan tanpa sebarang kemajuan. Dan, menukar persepsi aku terhadap kehidupan. Jauh lagi perjalanan. Terpaksa bersaing antara kerakusan, kemajuan, ranjau duri, dan berbagai. Lagi, kemanusiaan aku hilang. Turut sibuk dalam persaingan ilmiah. Supaya sebaris dengan professional lain. Bangga dipanggil dengan jawatan, YBhg; Datuk Y.Berhormat; Yang Dihormati.
Ya, perjalanan ini masih perlu diteruskan. Supaya dengan ilmiah, aku dihormati. Supaya dilihat seiring dengan kemodenan, zaman IT, zaman WiFi, berFaceBook. Dan, secara ilmiah aku sudah membunuh kemanusian!
~aku akan delete Fbook profile, dan akan terus hidup bersama blog ini. Oh, ya blog ini sudah bertukar nama, demi penghijrahan hidup baru.!~
No comments:
Post a Comment