Masa senggang tadi, aku kembali ke habit lama; usha-usha balik blog-blog pujaan hati (ayat tak bley blah!). Blog Realiti Konspirasi menginspirasikan aku untuk mengenang kembali zaman-zaman waktu kecil, zaman berseluar biru/hijau, bawak fail kepit zaman IPT. Zaman bercinta dengan dara-dara pujaan (macam banyak?) buat aku tersenyum.
Kat bawah ni, aku senaraikan antara memori paling manis, seronok yang aku rasakan masa kecil, zaman berseluar biru/hijau, zaman-zaman retro dulu.
Zaman Kecil.
Masa kecik, tak tau nak explain aku ni macamana. Baik kot? Hehehe… membesar di bandar dan kampung dan kawasan ketenteraan, sedikit sebanyak merangsang aku nak jadik segak, macam officer yang aku nampak kat kawasan sekitar. (cita-cita tak kesampaian!).
Gua jenis pendiam. Tak banyak cengkadak macam kembar gua ni. Mana yang kena bagi, apa benda sekalipun gua terima dengan redha. Bersyukur la kan? Pendek kata, gua memang orang yang simple (sekarang banyak songeh!). Tak banyak songeh, rasanya berbaloi la puan chenta dapat gua.
Time kecik-kecik dulu, gua ingat lagi around 5 years old camtu, gua da usha anak jiran (namanya dilupakan) kat J.B. (wah, kecik lagi da gatal kan?) Tu zaman dulu la, sekarang gua bersyukur dapat puan chenta yang memahami. XD
Masa membesar kat Negeri Sembilan dulu,(abah den orang Rombau) gua sangat suka lompat keluar ikut tingkap. Padahal, pintu rumah terbuka besar gatal jugak nak lompat tingkap! Dapat jugak la hadiah sedas-dua dari mak tersayang. Hehehe…. Waktu tu, Wan paling sayang kat aku. Apehal sekalipun, aku dulu. Rashid first! Macam raja wacakap lu! Sebab tu, Pak Ngah Udin sayang nak lepas aku balik Labuan. Tu cerita zaman waktu aku jadi orang yang disayang. Macam kata Pak Ngah kat aku, “dik, macamano ekau beso pun; Pak Ngah tak lokek bagi ekau kasih-sayang”. Tak pun, macamni; “da balik tu, ekau jangan lupa singgah kek sini. Ekau tu bukan orang lain pun…” Ayat macam tu buat aku dihargai. Kalau Pak Ngah baca blog ni, terima kasih banyak atas kasih-sayang tu. Achid, (nama manja gua ok?!) tak lupa asal-usul. Ceh, tangkap syahdu pulak… p/s: da melalut….
Ok, time kecik gua suka memancing. Standard budak kampung katakan. Beli tali pancing, tak payah susah-susah beli fishing root harga beratus tu. Cari batang kayu, tak pun pakai tin coke je. jimat and survive. Ceruk mana kat Labuan ni, gua tak usha? Suma dah usha. Ikan haruan(orang Labuan panggil ikan dalak) besar-besar biasanya kat area Empangan Merinding-Layangan tu. Yang ni, gua mengaku masuk ikut suka. Hehehe….
Dulu, masa KML tu belum wujud ada satu rumah banglo dengan tasik kat depan rumah. Kat situ memang private property katanya. Pun, gua ceroboh jugak. Sapa suruh takdak pagar kan? Kalau tuan rumah ada, dan-dan gua kena sedas tembakan senapang patah. Heh! Rakyat biasa memancing, mesti la bawak rombongan kan? Rombongan ni tak la sampai macam rombongan cik kiah tu. Agak-agak cukup korum, pegi la mancing.
Zaman Seluar Biru/Hijau.
Masa berseluar biru, paling gua ingat tahun kebelakangan 90-an. Fenomena La Nina @ El Nino (kalau tak silap!), kes pecat Anwar Berahim, economy down (masa tu nama femes disebut of course Daim Zainuddin ngan Mahathir!), kemarau panjang, kebakaran dll. Sumpah, gua pun penah buat panggilan palsu (enchik bomba, tolong jangan marah gua!). Kat depan SKLT dulu, ada 2 batang pondok telefon. Ye ar, call 994 tu kan free? So, kitorang pun lantak call encik bomba; konon-konon ada kebakaran. Buat suara, ala-ala cemas. Hahaaha! Amek ko, kena maki ngan enchik bomba. Tak cukup call sekali, call sampai pecah perut ketawa.
Tu la paling jahat aku condemn penjawat awam. Sekarang ni, teknologi da canggih gua tak buat lagi. Mampus kena penjara tak pasal! Hehehe….
Masa kat sekolah rendah dulu, gua cukup rapat ngan Izam (sekarang da arwah., Al-Fatihah untuk sahabat ni). Macam-macam cerita. Dulu, gua ada ustaz dari Kelantan. Suka tumbuk student, sumpah gua tak tipu! Agak-agak sekarang ni dia buat lagi, confirm kena saman bapak budak! Nama beliau Ustaz Sh***i (sampai mati aku ingat nama beliau!). Aku penah kena luku dahi, sebab main-main dalam kelas. (time tu, gua da bukan good boy ok?) Suma gara-gara arwah ni buat lawak lukis muka ustaz macam raksasa yang lawan otromen. Hahaha! Sapa tak gelak kan?
Paling best kan SKLT tu, gua usha sorang awek Perak. Cantik siot…! Namanya, H*****h Azlan.(eja dengan kasih sayang ni!) Sayang, cinta gua dipandang sepi. Mungkin masa tu, gua belum mantap lagi kot. Tak macho lagi. Hahaha!
Next stage, kat SEMELA. Form 1, gua da main terbang-terbang dari tingkap belakang class. Gua ngan member-member siap gulung kain wat macam filem Rambo tu. Agak-agak bley buat luncur turun. Hahaha! Siot punya imaginasi. Kantoi ngan Cikgu Rayini,(beliau Penyelia Petang) gara-gara mamat bernama Rosmin Rosli(nama sebenar). Dan-dan kantoi tu, bley call nama aku, “ha, cigu rayini sudah nampak. baik ko keluar.” Padahal, masa tu gua da lompat turun ikut gulungan kain (betul-betul pengaruh filem omputih hero tu!) Masa tu, feeling da macam Shah Rukh Khan larikan diri dari kena bomb ngan penjahat! Siyal punya feeling… hahaha! Next 2003, tingkap-tingkap class da dipasang jeriji; supaya takda lagi scene-scene yang macam aku penah buat. Kira aku ni hero gak la… hahaha!
Tu zaman-zaman lower form. Time upper form (year 2005) lagi dasat. Huru-hara satu sekolah. Yang ni, gua bagitau sebab benda-benda ni da settle.(ye kot…) Ye la, kan da lama aku tinggal sekolah tu. Takkan cikgu-cikgu nak buat kira kan? Maafkan kami cikgu…. And, of course sebagai class leader aku sepatutnya dipersalahkan. Cikgu tak masuk, biar bebudak ni macam buat shooting filem kat luar class. Cehh, takkan aku nak train diorang ni macam platun kadet kot? Tak masuk akal… Yang nak tau cerita ni, bley la usha-usha entri-entri aku yang lama. Aku da letih menaip dan tergelak kesunyian. Sendiri.
Ya, sendiri. Umpamanya, hanya aku dan puan chenta. Melihat bayangan Luqmanul Hakim umpama melihat bayangan aku waktu kecil. Sekarang, aku sudah degil. Konon-konon, sudah tau mencorak hidup sendiri. Dewasa mengajar aku, mencorak hidup sendiri. Sebab, kita gembira untuk diri sendiri. Aku pon da letih buat orang lain ketawa, sedang jiwa aku lara.
Sekarang, aku focus membina kehidupan (praktikal tak abes lagi!). Kerana kedegilan ni la jugak, aku tercampak sendiri. Buat aku merajuk dengan orang lain. Kenangan waktu kecil, zaman retro berseluar biru/hijau, aku nilai figura kehidupan. Semuanya mencorak aku jadi manusia. Dan, bertungkus-lumus mengejar kemajuan diri. Ya, kemajuan. Sekarang ni bebudak da tak kesah bola kotak, memancing nak guna fishing root canggih-canggih, da tak nak bergelumang ngan tanah (kotor dan jijik katanya!). Sedang, orang tua kita (termasuk aku!) jadi dewasa kerana kesukaran dan kedegilan kami menongkah hidup. Da banyak kehidupan dulu mengekang kami sebagai dewasa untuk lakukannya. Contohnya, memancing di parit-parit. Agak-agak cacing pon da keding-keding sekarang ni. Hahaha!
Zaman-zaman retro ni, kalau diingat balik memang best. Zaman-zaman dimanjakan. Aku suka bila mama gosok-gosok rambut aku. Sekarang ni, da takde. Aku da dijauhkan dari diorang. Tapi, takpe aku percaya air dicincang takkan putus. Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi ngan saudara sekandung. Kan, kan? (oh, aku cuba menceriakan diri sendiri!)
Untuk blog Realiti Konspirasi ZackZukhairi, thanks sebab entri-entri beliau, banyak menginspirasikan aku untuk meneruskan hidup dan mengenang kembali kenangan waktu kecil aku. Dan, ya untuk kehidupan ini moga tidak sukar untuk hari-hari mendatang! Terima kasih waktu kecil yang mendewasakan aku!
Zaman Retro gua!
No comments:
Post a Comment