Tahun 2010.
Aku buat program disebuah sekolah Malaysia. Kumpulan sasaran adalah pelajar Menengah Rendah. Aku terlibat sebagai Ketua Fasilitator. Ya, fasilitator. Bertujuan memberi motivasi kepada adik-adik menengah rendah, ajar mereka bahawa hidup adalah perjuangan. Sebelum korbankan sesuatu, mereka harus berjuang. Dan, sudah semestinya kami seramai 5 orang ini adalah penggerak pemikiran mereka yang masih tepu.
Seorang budak Form 1 tu, namanya Amir. Tekun mendengar setiap apa yang aku simpulkan. Ketawa besar bila ada sesuatu yang lucu. Slot aku tamat dengan kerjasama bebudak tu. Alahai, apa la sangat bebudak menengah rendah kan? Diorang masih menelan satu-satu apa yang ko bagi. Kalau 1+1=2. Tak argue apa-apa dah! hohoho!
Budak Amir ni datang kat aku bila sesi makan-makan. biasa la, fasilitator pujaan! Dengan confident, "saya nak jadi macam abang. abang ada karisma!" Tersenyum simpul. Bangga jugak bila seorang remaja awal nak jadi macam aku.
Januari 2011.
Semalam baru aku teringat kisah ni. Erm, budak tu tak tahu dunia ni penuh dengan cabaran setiap 1 yang dicampur 1; tak semestinya jadi 2. Mungkin 3, mungkin 4; munkin 1 000 000! Dan, budak tu tak tau da berapa juta kali aku gagal dalam hidup!
Gagal exam, gagal tepati janji, gagal nak masuk military! Dah macam-macam kegagalan la! Mungkin bila aku cerita pasal kegagalan tu, budak tu dah tak nak jadik macam aku kot? hohoho!
Erm, seribu cerita macam ni jugak la yang memotivasikan aku untuk terus kejar hidup. Sampai berciciran segala azam! Gagal tak bererti perlu give up kan?
Ok, tanamkan azam anda untuk terus kejar impian!
p/s:
seorang budak dan seorang aku, aku pun pernah jadi budak.
1 comment:
hehe...salam abg shah..lama tak singgah sini..lama giler!! sekarang sy dtg balik...bersedialah sy nak serang blog abg shah sekali lagi...kui3x...
http://akusofinahl.blogspot.com
Post a Comment