Wednesday, January 5, 2011

aku mahu melacur II


sepi.
dunia di luar nampak hebat. 
sibuk dengan materialistik penghias dunia.

riuh.
tahun baru 2011.
aku tidak nampak signifikasi meriahnya dari lubuk hati.
"ada apa tahun baru" bilang si kecil.

aku mahu melacur.
kalau harus kemanusiaan ni aku lepaskan. dan, ya! aku lepaskan!
aku mahu mengganas haloba.
aku mahu kuasa.
revolusi minda, revolusi kuasa!

aku sudah lihat pelacur di merata-rata.
aku lihat tikus-tikus berpolitik di sini-sana.
aku tahu mana punca kuasa.

aku mahu melacur.
mulia aku lepaskan. kejahatan ingin aku genggam.
biar nampak gelap wajah!
biar nampak aku rakus!
biar megah jalanan hidupku!


aku mahu melacur, cuma mentera.
seperti nya partriot muda menentang kezaliman.
'paradigm shift' katanya.


Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

selamat tinggal kebaikan!
selamat jalan kemuliaan!

No comments: